1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan
yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu
kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka
(perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan
yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan :
Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki
terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti
pelacur dizaman
jahiliyah.
3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian
kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu
telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung
yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis
Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga
menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat
31.
5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau
meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani,
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang
merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu
dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan
tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tan gan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui
Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma!
Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan
anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis
Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih
baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya -
Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka
menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat
31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu
mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja
manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari
Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu
lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong
dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S
ura h Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang
mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh
bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan
mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin,
hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka -
Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada
pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah
suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah -
Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan
terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di
hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan
Ibn Majah.
Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59.
Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu
dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju
labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran
itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah
perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat
dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga
dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan
: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka
bahagian-bahagian
tertentu.
13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang
akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu
di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan
mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Wanita-wanita yang dikasihi sekelian..tunggu apa lagi, tutuplah
auratmu, kerana ianya perintah dari Allah, Allah yang menciptakan kamu, Rabb
yang memberikan kita kehidupan kekal abadi diakhirat kelak, baik atau buruk
diatas rahmat Dia dan bagaimana buku amal kita diterima kelak. Jangan tunggu
apa lagi, kita tidak pasti bila ajal maut kita atau bila Allah pilih kita untuk
diberi hidayah..para isteri, tidak sayangkah anda pada suami2 anda? suami2 anda
akan ditanya, dipersoalkan kelak dihadapan Allah..kasihan pada
mereka..suami-suami? Tidak
cintakah lagi pada isteri? isteri anda akan menerima azab yang berat di
akhirat..Na'uzubillahhimin
zaliq..bersama-samalah kita berpesan untuk kebaikan bersama dan berdoa ke
hadrat Allah atas kesilapan-kesilapan dan dosa-dosa yang telah kita lakukan,
sentiasa bermuhasabah dan menginsafi diri sendiri serta tidak putus asa
daripada meminta rahmat Allah s.w.t kerana ia adalah sifat kaum-kaum yang
beriman..
Rabbana aatina fiddunya hasanah wafil
aakhirati hasanah waqina 'azabannar. Amin.
No comments:
Post a Comment