SUBUH:
Orang yang pertama
mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar
dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah
kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah
keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan
malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.
ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim
a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih
anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir
matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan .
Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan
dukacitanya dan juga anaknya .
Rakaat ketiga :- Bersyukur dan bermohon akan
keredhaan Allah.
Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan
dengan tebusan kibas.
ASAR:
Orang yang pertama
mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan
oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi
pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus
lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah
daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut .
Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun .
MAGHRIB:
Orang yang pertama
mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan
oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah
terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat
kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan
selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan dan
juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan
sumbang.
Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya
bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.
ISYAK:
Orang yang pertama
mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa
telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya
penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan
dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat
rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun .
Terbitkan makna dalam kita mengerjakan solat
semoga dengan memahami bacaan
akan membuat kita lebih khusuk dalam
solat.
Allah Maha Besar (Takbiratulihram)
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi
Allah dengan banyaknya.
Maha
suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku
hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan
suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya
solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah
untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak
ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari
golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi
maha Mengasihani.
Segala
puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang
maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang
menguasai hari pembalasan.
Hanya
Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah
kami jalan yang lurus.
Iaitu
jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan
mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha
Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah
mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai
Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha
suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya
Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah
daku,
kayakan
daku,
angkatlah
darjatku,
rezekikan
daku,
berilah
aku hidayah,
sihatkanlah
daku dan
maafkanlah
akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat
yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas
engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas
kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu
adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami,
selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan
ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan
yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas
engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas
hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh
Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas
Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas
Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas
keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga
Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi
Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk
sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang
yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang
yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang
telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan
yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang
menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain
daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang
memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau
musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan
kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala
macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada
Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang
ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
"Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula
aku sanggup
ke NerakaMu.... kami lah hamba yang
mengharap belas darimu ."ya Allah
jadikan lah kami hamba2 Mu yang
bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa
kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"
No comments:
Post a Comment