بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ
لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ
وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ
وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Dengan nama Allah yang
Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar
Nabi Muhammad S.A.W. keluarga dan para sahabatnya.
Ya
Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Dalam
dakapan Ramadhan yang suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yang kerdil dan
hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu ya Allah… semoga Engkau
sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha
Mendengar.
Ya
Fattahu Ya 'alim…
Ajarkanlah
kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua permasalahan yang
membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap
kebaikan pada kejadian dan takdirMu. Ya Allah..takdirkanlah yang baik-baik
untuk diri kami, Janganlah kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami
lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu untuk kami ya Allah…
Ya
Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah
untuk kami dengan kesihatan yang baik..supaya denganya kami dapat beribadah kepadaMu.
Ya Allah.. ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu
Ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa
sakit, Kami lupa kepadaMu ketika senang, kami ingat kepadaMu bila datang
kesusahan. Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira, Kami ingat kepadaMu ketika
sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula
mengingatiMu ketika usia sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa
kami..berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang
sentiasa melalaikan kami daripada mengingatimu ya Allah…
Ya
Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…
Ampunkanlah
dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri
kami... kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke
syurgaMu ya Allah... ya Rahman... pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh
ayah kami dalam mencari rezki kepada keluarga kami...kau gantikanlah dengan
keampunan yang membawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak
akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan
kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan...Justeru
kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu ya
Allah…..
Ya
Allah….
Kami
juga memohon ampun untuk adik beradik, jiran tetangga, saudara mara, kaum
kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami yang terlebih dahulu
pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dalam golongan orang-orang
yang Engkau redhai dan ampuni…apabila tiba pula giliran kami menuju
barzakhMU..maka Kau ambillah kami dalam keadaan yang Kau redha, dalam keadaan
yang baik-baik dan dalam keampunan dan rahmatMu Ya Allah…
Ya
Allah Ya azizz…
Kurniakanlah
kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dengan sifat syukur,
redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah daripada kami
sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.
Ya
Rashid…Ya rahman…Ya Rahim..
Jika
ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah
mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang
bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada
di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat
mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang
diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah
bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yang derhaka kepada ibubapa atau
terkurang dalam melayani ibubapa mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah
kami anak-anak yang soleh, taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang
Maha Mendengar dan Mengasihi…
Ya
Allah Ya Malikal Mulk…
Ya
Razak..Ya Fattahu Ya 'Alim…
Kurniakan
kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dengan rezeki itu
kami semakin dekat denganMu.. sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada
golongan yang lupa diri setelah mendapat rezeki dan kurniaannMu.
Ya Allah buatkan supaya kami selalu merasa cukup dan mensyukuri
apa yang kami punya supaya kami merasa bahagia dan pasti bersyukurlah dengan
apa yang kami ada.
Ya Allah sedarkanlah kami
bahawa harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan itu hanyalah sementara,
hanya pinjaman dari Mu. Yang terbaik dan terpenting adalah perilaku yang Baik,
sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal-hal tercela dan sentiasa mengawal
diri.
Ya Allah muliakanlah kami,
lapangkanlah hati kami,
Bahagiakanlah keluarga
kami dan luaskan rezeki kami seluas lautan yang Engkau ciptakan, mudahkan
segala urusan kami, kabulkan cita-cita kami.
Ya
Allah….
Bantukanlah
kami dalam menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yang
padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami,
Ya Allah selamatkan lah diri kami, keluarga kami, saudara2 kami,
rumah tangga kami, kampung kami, dan negara kami, dari sebarang ancaman luar
dan dalam. Engkaulah Ya Allah tempat sebaik2 perlindungan.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا
أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ
الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ
حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ
وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
آمِيْنُ... آمِيْنُ... آمِيْنُ... يَا رَبِّ الْعَالَمِين
No comments:
Post a Comment