Saturday, May 21, 2016

SALAM NISFU SYAABAN

*SALAM NISFU SYAABAN*

Selepas waktu maghrib *21.5.2016* hari ini *Sabtu malam Ahad* bermulalah malam *Nisfu Syaaban*.

Seluruh umat Islam dianjurkan menghidupkan malamnya kerana terdapat beberapa hadis yang menyebutkan bahawa Allah taala melihat hamba-hamba-Nya pada malam nisfu Syaaban, Allah taala akan mengampunkan dosa semua hambanya kecuali *orang yang syirik* dan *orang yang bergaduh dan bermusuhan sesama mereka*(memutuskan silaturrahim).

*Oleh itu dikesempatan ini saya dengan rasa rendah diri ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya terdapat kata2 atau tingkah laku saya yang telah menyinggung perasaan dan tidak menyenangkan hati saudara2 dan sahabat2 sekalian*.

*Amatlah tidak bermakna segala amalan saya sekiranya saudara2 dan sahabat2 sekalian tidak memaafkan dosa kesalahan saya*.

*Saya juga bersedia memaafkan saudara2 dan sahabat2 sekalian sekiranya ada berlaku perkara yg sama ke atas saya*.

"Ya Allah, jadikan kami daripada kalangan *ahli Ramadhan*".
"Ya Allah, jadikan kami daripada kalangan yang *bertemu Lailatul Qadr*".

Selamat berjuang untuk beribadah bagi meraih keberkatan menghidupkan malam nisfu Syaaban dan berpuasa sunat diwaktu siangnya.

*Wallahu a'lam*

No comments: