Budget per pax (INI BUKAN PAKEJ PERCUTIAN)
4 days 3 nights (25/1 - 28/1)
KK -> Kundasang -> Ranau -> KK
Ticket flight AirAsia KLIA <-> KKIA (Return) RM 160
Sewa Kereta (Viva Auto) RM 100
Minyak RM 20
Entrance Kinabalu Park RM 3
Entrance Desa Cattle Farm RM 5
Ticket Poring rm 6 (inc entrance + canopy walk )
Ticket to Island Hoping (Sapi & Mamutik) RM 28
Entrance to TAR Park RM 3
Makan RM 80
Souvenir rm 20
Hotel (4 days 3 nights) RM 80
Total Budget : RM 505
*jumlah bajet di atas adalah jumlah yang dibahagi 3 orang. bajet per person yang saya letak boleh jadi lagi jimat kalau korang pergi lebih dari 3 orang. lagi cantik kalau pergi 4 orang, boleh jimat nak bayar kereta sewa, penginapan & etc. harga flight, penginapan semua kami dah settlekan sebelum ke sabah. booking online lagi murah dari walk in, saya dah try tanya, mmg harga walk in lagi mahal. harga hotel boleh cari di trivago.com
*Actually sewa kereta boleh dapat rendah dari harga tu (rm300 for 4 days) sebab lepas sembang dgn org sabah diorang cakap boleh dapat dalam rm75 per day. tapi sebab booking last minute so tu ja lah harga paling murah yang boleh dapat.
*seafood kat sana harga lebih kurang macam dekat Langkawi saja. tapi still dalam harga yang murah la. tapi seafood sana lagi sedap dari Langkawi
*sebab utama nak pergi Sabah sebab nak view hunting saja kot. so takdalah food hunting, takda sukan lasak(rafting etc) dan semua aktiviti yang kami lakukan hanya berkaitan bajet yang rendah atau yg tak perlukan duit.
*memandangkan masa yang agak singkat, banyak tempat yang kena cancel. contoh, dalam plan nak pergi tip of borneo, tapi jarak kk to kudat pun dah 3 jam lebih. tak campur penat drive lagi. nak teroka tasik dekat ranau pun tak sempat. byk jugaklah tempat yang cantik yang tak sempat tgk, so next time kena plan seminggu kalau nak discover separuh sabah saja!
*tempat tidur wajib kena try bila ke kundasang ialah Hounun Ridge Farm. even jalan masuk dia agak gila, tapi view dia memang lawa gila and tempat tu tenang sangaatttttt. rugi kalau tak stay situ. awalnya plan nak camping dkt situ tapi cuaca ptg tu hujan lebat and angin kabus kuat sangat, so kami decide tidur dlm bilik ja mlm tu. harga bilik dgn camping pun lebih kurang. boleh lawat fb Hounun Ridge Farm kalau nak tahu pasal harga. jarak Hounun Ridge Farmstay dari Pekan Kundasang dalam 40 minit.
*tempat wajib ke kundasang nak acah2 macam kat new zealand mestilah di Desa Dairy Farm. make sure kalau nak pemandangan yang cantik, nampak Gunung Kinabalu clear & tak berkabus, pergi sebelum pukul 10 am. and kenalah berani meredah kawasan kalau nak ambil gambar lawa. ahaha
*lepas balik dari Desa Dairy Farm, boleh singgah ke Crystal Hill. kena berani redah semak, sebab situ korang boleh nampak view Pekan Kundasang yang sangat cantik. nak ke Crystal Hill, dekat roundabout Pekan Kundasang ada signboard ke Crystal Hill. so make sure mata kena tajam nak cari signboard tu.
**********************************************************************************************************
1st day :
11.30 am : tiba di KKIA
12.15 pm : ambil kereta sewa
1.30 pm : makan di Kota Kinabalu
2.00 pm : bertolak ke Kundasang
4.00 pm : tiba di Kundasang. Terus ke Kinabalu Park
5.00 pm : bertolak ke Hounun Ridge Farmstay. Berehat
2nd day
7.30 am : bergambar di sekitar Hounun Ridge Farmstay
8.30 am : bertolak ke Desa Cattle Dairy Farm
9.00 am : tiba di Desa Cattle Dairy Farm.
10.45 am : bertolak ke Crystal Hill
11.10 am : bergambar di Crystal Hill
11.45 am : bertolak ke Poring Hot Spring, Ranau
12.30 pm : tiba di Poring Hot Spring, Ranau
3.30 pm : bertolak ke Kota Kinabalu
5.50 pm : tiba di Kota Kinabalu. Check in di Promenade Service Apartment
7.30 pm : makan seafood di Anjung Senja. Gerai no 17
3rd day
8.30 am : bertolak ke Jesselton Point
9.20 am : selesai urusan membeli tiket di Kaunter 10
9.40 am : bertolak ke Sapi Island. Aktiviti : hiking, mandi laut
1.00 pm : bertolak ke Mamutik Island
3.00 pm : bertolak pulang ke Jesselton Point
3.30 pm : Check in di 7 Hung Hung Inn
5.30 pm : bertolak ke Tanjung Aru, menikmati keindahan sunset di situ
7.00 pm : makan malam dimsum di Fook Yuen
8.30 pm : bersiar-siar di Pasar Filipina
4th day
10.00 am : sarapan di Sri Latha Curry House
11.30 am : hantar keretaa sewa di airport
12.30 pm : bertolak pulang ke KLIA2
Accommodation
Hounon Ridge Farmstay 013-8506463
Promenade Service Apartment +6088 260 003 / 260 888
7 Hung Hung Inn +60 88-312 626
Car Rental
0146795065
0167665905
0128438048
0138900244
harap itinerary di atas membantu korang untuk discover Sabah even tak banyak. thanks for sharing my post :)
p/s : tolong jangan PM saya tanya pasal pakej atau suruh saya buat trip ke sana, sebab saya bukan travel agency. Ini summary trip dan budget yang saya habiskan di sana. Kalau nak itinerary yang lebih detail, boleh pm saya. Thanks
No comments:
Post a Comment