Friday, November 10, 2017

Doa harian

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga dan para sahabatnya. 

Ya Allah, kami bersyukur diatas segala nikmat, rahmat dan kurniaanmu. Jadikanlah setiap langkah kami sentiasa dalam kebaikan. Jadikanlah hidup kami hari ini penuh dengan keberkatan. Lindungilah kami hambaMu dengan kasih sayangMu.

Ya Allah jadikanlah kami hari ini penuh bersemangat, dipermudahkan rezeki, tubuh badan yang sihat, mendapat ilmu yang bermanfaat, keimanan yang teguh dan terlepas dari segala kesulitan.

Ya Allah jadikanlah kami orang yang tidak pernah lupa untuk bersyukur kepada Mu atas semua nikmat dan anugerahMu.

Ya Allah bimbinglah kami untuk mensyukuri segala nikmat-Mu yang memungkinkan kami mencapai redhaMu.

Ya Allah bantulah kami untuk menaati-Mu dan melazimkan ibadah pada-Mu, memastikan ganjaran-Mu dengan kurnia pertolongan-Mu.

Ya Allah kasihanilah kami, palingkanlah kami dari melakukan maksiat pada-Mu,  tuntunlah kepada kami apa yang bermanfaat bagi kami.

Ya Allah dengan kitab-Mu, legakan dada kami, dengan bacaannya, ringankan beban kami.

Ya Allah kurniakan pada kami keselamatan agama dan diri kami.

Ya Allah dekatkan kami dengan semua orang yang menjadi kerinduan kami.

Ya Allah sempurnakanlah kebaikan-Mu pada kami, pada seluruh sisa umur kami,j seperti Engkau telah berbuat baik pada umur kami dimasa yang telah lalu.

Ya Allah ingatkan kami bahawa sehari berlalu, umur kami berkurang sehari dan jika kita lewati hari ini dengan berbahagia, ingatkanlah kami bahawa kami kami sangat beruntung. Oleh itu doronglah kami untuk berbuat baiklah dan selalu mengucap syukur, kerana kami tidak tahu bila kami akan dipanggil 'pergi'.

Ya Allah buatkan supaya kami selalu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kami punya supaya kami merasa bahagia dan pasti bersyukurlah dengan apa yang kami ada.

Ya Allah sedarkanlah kami bahawa harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan itu hanyalah sementara, hanya pinjaman dari Mu. Yang terbaik dan terpenting adalah perilaku yang Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela dan sentiasa mengawal diri.

Ya Allah muliakanlah kami, lapangkanlah hati kami,
Bahagiakanlah keluarga kami dan luaskan rezeki kami seluas lautan yang Engkau ciptakan, mudahkan segala urusan kami, kabulkan cita-cita kami.

Ya Allah jauhkan diri kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar, dan mungkar.

Ya Allah jauhkan dari kami dari segala musibah serta terimalah semua amal ibadah kami dan jadikanlah kami sebagai penghuni Syurga-Mu.

Wahai Tuhan yang Maha Pemberi keampunan dan penerima Taubat dan yang Maha Penyayang. 

Ya Allah.. terimalah taubat kami dan sayangilah kami..

Ya Allah selamatkan lah diri kami, keluarga kami, saudara2 kami, rumah tangga kami, kampung kami, dan negara kami, dari sebarang ancaman luar dan dalam. Engkaulah Ya Allah tempat sebaik2 perlindungan.
           
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِيْنُ... آمِيْنُ... آمِيْنُ... يَا رَبِّ الْعَالَمِين


No comments: