Tuesday, March 21, 2017

Recepi

GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN

Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin dalam 1kg ~ bersihkan sebersih bersihnya untuk hilang bau hanyir
15 biji lebih atau kurang cili api(cili padi) ~ tumbuk
10 biji cili besar merah
2 batang serai ~ ketuk
2 sudu atau lebih tempoyak
3 kuntum bunga kantan
Segengam daun kesum
1 helai daun kunyit
Serbuk kunyit secukupnya(lebih sedap kalau guna kunyit hidup ~1cm)
2 keping asam keping
1 susu cuka
Garam dan sedikit gula.
Air ~ ikut pekat kuah yg diingini

Cara penyediaan:

1. Masukkan cili api yg telah ditumbuk, tempoyak, serai, kunyit dan air ke dalam periuk. Kacau rata supaya tempoyak hancur dan tidak berketul. Masakkan bahan2 sehingga mendidih.
2. Kemudian masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan dan biarkan ikan sehingga masak. Tambahkan garam, dan sedikit gula. Kalau kuah tidak masam, bolehlah ditambahkan tempoyak lagi(biasanya rasa masam ikan hanya dari tempoyak sahaja), Tapi kalau tidak suka kuah yg agak pekat, bolehlah ditambah asam keping atau cuka utk menambah masam).
3. Bila ikan sudah masak, bolehlah diangkat.

Satu lagi cara memasak ikan:
~ Masukkan cili, serai, serbuk kunyit, tempoyak dan air ke dalam periuk, kacau rata hingga tempoyak hancur.
~ Kemudian masukkan ikan dan renihkan. Masukkan daun kunyit, daun kesum dan masak sehingga mendidih. Masukkan garam dan sedikit gula. Bolehlah diangkat.
⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️

MEE REBUS TULANG

Bahan-bahan
1kg mee kuning, direndam di dalam air mendidih hingga lembut dan toskan (lalukan di bawah air paip untuk mengelakkan mee melekat)
4 - 5 biji telur rebus atau telur pindang
5 keping tauhu, digoreng dan potong nipis
5 biji telur ayam, direbus dan dibelah 2 (pilihan)
daun sup dan daun bawang, dihiris halus
5 biji cili hijau, dipotong nipis
5 biji limau kasturi, dibelah 2
RM1.00 bawang goreng
RM1.00 taugeh, buang ekor dan celur dalam air panas
keropok rangup (adunan keropok sepertimana membuat rempeyek atau tumpi, tetapi tidak menggunakan kacang dan digoreng menjadi keropok. Hancurkan ke dalam mee apabila hendak dimakan)

Bahan-bahan untuk kuah
500gm - 1kg tulang gearbox kambing (dicuci bersih dan rebus dengan 1.5 liter air + serai dan halia yang diketuk dan rempah sup bunjut selama 2 jam atau hingga empuk)
500 gm tetel/daging, direbus bersama tulang gearbox kambing
500 gm keledek oren, dikupas, potong dadu dan direbus sampai lembut, kemudian dikisar lumat
garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
4 sudu besar rempah kari (pilihan sendiri) + air panas
3 sudu besar asam jawa, perah ambil air
1 cawan minyak untuk menumis

bahan-bahan kisar (anggaran, boleh dilebihkan atau dikurangkan ikut citarasa sendiri)
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
2 batang serai
1 senduk taucu (dicuci dan toskan airnya)
1 cm halia
1 cm lengkuas
10 biji cili kering, buang biji dan rendam dalam air panas

Cara menyediakan kuahnya
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sampai garing dan pecah minyak. Masukkan rempah kari, air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa. Kacau sebati, masukkan keledek yang dikisar, tetelan atau hirisan daging yang telah direbus dan juga tulang kambing yang direbus beserta air rebusannya.. Masak sampai mendidih dan renehkan setengah jam sebelum sedia dihidangkan. Kuah jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Sesuaikan rasa masam manis dan pedas mengikut citarasa sendiri. Hidangkan dengan mee dan bahan2 lain. Selamat mencuba.

nota :
Kuah mee rebus ini juga sedap jika menggunakan udang kering atau udang geragau kering dengan cara mengisar udang kering atau udang geragau kering dan dimasukkan sebaik sahaja bahan-bahan tumisan telah garing.

No comments: