Tuesday, March 21, 2017

Pengurusan jenazah

💧🍃💧🍃💧🍃💧
"Siapa yang pernah mandikan JENAZAH?"

👳🏻‍♂🧕🏻 "Siapa yang pernah bercita-cita ingin menguruskan jenazah ibu bapanya jika mereka meninggal dunia?"

😔 Bagaimana yang meninggal itu kaum kerabat kita? Tiada siapa yang lebih afdal untuk menguruskan mereka, kalau bukan kita sebagai waris. Jangan gementar dan takut. Apa yang penting, kita mesti tahu apa yang perlu dilakukan apabila berhadapan dengan jenazah. 
》▪Antaranya:-▪《

1.  SETELAH MENINGGAL DUNIA
》▪ Tutup matanya.
》▪ Lembutkan sendi-sendinya.
》▪ Ikat dagunya ke kepala supaya mulutnya tertutup.
》▪ Baringkan ke arah kiblat.
》▪ Tanggalkan pakaian yang dipakainya.
》▪ Tutup keseluruhan tubuhnya dengan kain.
》▪ Letakkan pemberat di atas perutnya.

2.  SEBELUM MANDI
Sediakan peralatan mandi jenazah:-
》▪ Tempat mandi (jong).
》▪ 2 Baldi besar.
》▪ 2 gayung
》▪ 2 Talam
》▪ 1 tikar kecil (tikar mengkuaang- saiz kecik- jika ada).
》▪ Tuala & kain sarung batik basahan & kain batik lepas. 
》▪ Air mutlak.
》▪ Air daun bidara atau air sabun.
》▪ Kapas. (Sedia kapas extra utk jenazah yg ada masaalah).
》▪ Pampers
》▪ Putik kapas.
》▪ Sabun.
》▪ Air Mawar jika ada.
》▪ Minyak atar.
》▪ Serbuk cendana.
》▪ Kapur barus.
》▪ Sarung tangan.
》▪ Getah paip/ bekas menjirus air.

3.  KETIKA MANDI
》▪ Keluarkan kotoran daripada perut dengan menekan perutnya.
》▪ Bersihkan sisa kotoran di mulut, hidung, telinga dan celah kukunya.
》▪ Istinjakkan jenazah dengan air mutlak.
》▪ Basuh seluruh anggotanya dengan sabun termasuklah rambut, belakang badan, jari tangan, ketiak dan pelipat lengan.
》▪ Bilas dan niat memandikan jenazah.
》▪ Wudukkan Jenazah.
》▪ Jiruskan air bidara/sabun, air mutlak dan air kapur barus di atasnya.


4.  KETIKA KAFAN
》▪ Ukur ketinggian jenazah.
》▪ Potong kain kafan kepada tiga bahagian dan hamparkan.
》▪ Baringkan jenazah di atasnya.
》▪ Tutupi kemaluan, siku, bahu tangan, dada, leher, hidung, telinga dan kepala jenazah dengan kapas.
》▪ Selimutkan jenazah dengan kain kafan dengan kemas serta ikat dengan tali kain  dengan sempurna.
》▪ Renjiskan air mawar atau sapukan minyak attar di atasnya. 

5.  SOLAT JENAZAH
》▪ Niat.
》▪ Takbir pertama - baca Al-Fatihah.
》▪ Takbir kedua - Selawat.
》▪ Takbir ketiga - Doakan Jenazah.
》▪ Takbir keempat - Beri Salam.

6.  PENGEBUMIAN JENAZAH
》▪ Gali kubur secara melintang ke arah kiblat.
》▪ Baringkan jenazah di atas lambung kanannya menghadap kiblat.
》▪ Tutup liang lahad dengan papan dan kambus semula dengan tanah.

😪 Hidup ini sementara. Kaya mana pun, kain kafan akan jadi pakaian diri. Kuat mana pun, kita tiada daya lagi untuk mengurus diri.

☺ Jadi tiada apa yang perlu dibangga dan disombongkan. Berbaik-baiklah dengan orang di sekeliling, kelak merekalah yang akan mengurus JENAZAH kita!!!

💧🍃💧🍃💧🍃💧

Perhatian:-
Jika jenazah kemalangan contoh lemas, anggota badan terpisah.
Jika di jumpai bahagian besar anggota badan seperti kepala atau seluruh  bahagian paha dulu hendaklah di mandi di kapan dan di solatkan dan tanam kuburkan.
Kemudian jika terjumpa anggota badan di bahagian kecil contoh tangan kaki dan lain2 hanya di mandi di kapan dan di kuburkan sahaja. 😊 

Perkongsian yg sedikit mudah2an Manfaat utk semua...😘


Tuntut Khairat Kematian

Pengalaman yg sgt berharga ketika menyelesaikan pengurusan jenazah arwah adik sy.. Terjumpa artikel ni. Esoknya sy trs pegi ke pej2 spt kwsp, pnb, bank rakyat dll.. Borang2 sy dah ambil dan serahkan kpd isteri arwah...

Rupanya Ada Lebih 10 Tempat Tuntut Khairat Kematian. Rugi Kalau Anda Tak Ambil Tahu !

Tahu tak, ramai waris tak tuntut khairat kematian sebab tak pernah ambik tahu. Akhirnya duit burn macam tu je. Ada yang total hampir RM10k. Rugikan !

Jadi, lepas tahu ni pastikan anda bagitau dekat pasangan & anak-anak supaya mereka boleh tuntut jika berlaku sesuatu pada anda.

Urmm, dah dapat duit tu nanti nak buat apa?

Disebabkan khairat kematian TIDAK dikira sebagai harta pusaka maka terserahlah pada budi bicara waris-waris. Nak guna buat bayar hutang, kenduri tahlil, sedekah atau lain-lain terserah pada waris asalkan untuk tujuan yang baik. Tapi pastikan guna dulu untuk tujuan utama khairat ni dibuat iaitu untuk urusan jenazah. Segala kos pengurusan jenazah guna duit ni. Jika ada waris dahulukan duit mereka, boleh ganti semula. (mengikut budi bicara waris2)

Sini saya kongsikan 10 tempat tuntutan. Pastikan anda baca satu persatu ya. Boleh detect tempat mana waris boleh tuju nanti.

1. Khairat Kematian Khariah Masjid
▪Sekitar Rm 500 - Rm 5,000
▪Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah

2. Khairat Kematian PERKESO
▪RM 2,000
▪Syarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO

3. Khairat Kematian KWSP
▪RM 2,500
▪Syarat: si mati ahli/pencarum KWSP

4. Bantuan Mengurus Jenazah JPA
▪RM 3,000
▪Syarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam

5. Khairat Kematian Bank Rakyat
▪RM 3000
▪Syarat: si mati ada akaun Bank Rakyat

6. Khairat Kematian ASNB
▪RM 200 - RM 2,000
▪Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati

7. Khairat Kematian Skim Takaful
▪RM 2,000 - RM 5,000
▪Syarat: si mati pencarum takaful

8. Khairat Kematian Persatuan Berdaftar/NGO/Koperasi
▪RM 500 - RM 5,000
▪Syarat: si mati adalah ahli berbayar persatuan/NGO/Koperasi

9. Khairat Kematian Pencen
▪RM3000

10. Lain-lain
▪Mungkin ada lagi khairat kematian lain yang boleh dituntut bukan hanya di tempat-tempat yang dinyatakan diatas. Boleh search.

▪Mereka yang segerakan proses tuntutan pusaka biasanya akan diberitahu jika ada khairat kematian. Waktu nak urus, perlu jumpa pegawai, jadi waktu tu biasa pegawai akan beritahu jika mereka ada sediakan khairat kematian.

Macam mana nak tuntut?

Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri, polisi takaful di tempat yang berkenaan. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kematian. Jangan ditangguh.

❗nasihat sy, lps ni, jika xde akaun bank rakyat, sila buka akaun bank trsbt. Insya allah ada manfaat. Bank ini adlh satu2nya bank yg ada khairat kematian.

❗yg bekerja sendiri, yg xcarum dlm kwsp dan perkeso, sila carum sukarela. Pegila hadap peg kwsp dan perkeso, tanya prosedurnya. Sgt2 membantu dgn bantuan.

❗yg xde insuran/takaful diri, sila la beli takaful dgn kadar yg mampu. Xperlu nak beli caruman yg mahal tp hanya mampu byr utk 3bln shj. Kalu xmmp sgt, beli la PA Insuran je. Cukup murah tp membantu waris jika terjadi apa2 nnt

Biarkan waris kita menangis krn kehilangan kita, jgn waris kita menangis krn terbeban krn kehilangan kita....

No comments: