Thursday, January 5, 2017

Buat baja organik

1) Baja EM1
Manfaat kepada alam dan kehidupan
Kemajuan sains dan teknologi bukan sahaja mengembangkan penghasilan produk dalam bidang perindustrian, perubatan, pendidikan dan komunikasi tetapi juga dalam bidang pertanian khususnya penghasilan baja sintetik dan racun serangga kimia yang secara langsung memberikan kesan tidak sehat kepada kehidupan manusia dan alam sekitar. Dengan isu-isu sebegini, maka pada tahun 1970-an melalui kajian Terua Higa dari Universiti Ryukyu, Jepun telah menemui bahawa terdapat mikroorganisma yang boleh hidup bersama dan mempunyai nilai manfaat yang besar dalam bidang pertanian dan juga dalam bidang lain di mana telah mengabungkan lebih 80 microorganisma di dalam bahan-bahan yang dipilih untuk dikomposkan. Pada tahun 1982 produk EM1 mula dipasarkan di Jepun.

APAKAH ITU EM1 (EFFECTIVE MICROORGANISM)
EM1 ialah kaedah penggunaan mikroorganisma berfaedah dalam bahan-bahan dikompos bagi mempercepatkan aktiviti pengomposan untuk kebaikan pada tanah, haiwan, manusia, sungai dan alam sekitar. Secara umumnya terdapat 3 jenis bakteria di dalam EM iaitu Bakteria Laktic Asid, Yis dan Bakteria Potosintetik. Tahukah anda semasa tsunami melanda di negara kita EM1 disembur kepada mangsa korban untuk mengelak daripada berbau busuk?. 
MANFAAT EM1 KEPADA NILAI UMUM
1. Sembur pada sayuran bagi penggalakan pertumbuhan secara optimum. Sayuran tumbuh dengan baik.
2. Semburan EM1 pada tanaman, bunga-bungaan dan pokok buah-buahan mengelak dari serangan makhluk perosak. Tanaman kekal tumbuh sihat dan galak.
3. EM juga ditambah dalam pembuatan bahan asas/sisa dapur yang ingin dikomposkan. Fungsi EM mempercepatkan penapaian atau pengkomposan dari 3 bulan kepada 2 hingga 3 minggu sahaja. Kompos kaya dengan zat nutrisi yang diperlukan oleh tumbuhan.
4. Pencemaran sungai dan berbau busuk boleh dikurangkan dengan menyiram cecair EM ke dalam sungai. EM yang mengandungi bakteria baik akan memakan mikrob jahat hingga sungai kembali bersih. Kebanyakan negara menggunakan kaedah ini untuk mengawal pencemaran sungai.
5. Boleh disemburkan/dituang pada parit rumah untuk mengurangkan bau busuk.
6. Digunakan untuk mengurangkan bau busuk pada kasut, stokin, kusyen dll. Spray menggunakan ratio EM yang betul.
7. Boleh digunakan dalam bidang penternakan. Campurkan ratio EM yang betul di tempat minum haiwan ternakan seperti ayam, itik, kambing, lembu dll. 
8. Dapat memperbaiki kualiti tanah dengan cepat. Bakteria dalam EM akan memakan bahan organik dalam tanah dan membebaskan bahan nutrisi kepada tanaman.
9. Disemburkan kepada mayat untuk mengelak dari bau.
10. Boleh ditambah ke dalam aquarium untuk mengelak daripada timbulnya bau yang kurang menyenangkan.
11. Tambah dua sudu besar EM ke dalam satu gelas air, diminum selepas makan. Tetapi pastikan proses pembuatan EM anda haruslah bersih dengan menggunakan air tapis.
12. Serum EM juga berkesan mempercepatkan percambahan benih khususnya benih yang rumit bercambah di negara kita misalnya lobak merah, parsly, dan fennel. Rendam benih dalam campuran serum EM dan air dengan nisbah 1:1000. 
13. Gempa bumi di Jepun baru-baru ini telah menggunakan cecair serum EM untuk pembersihan lumpur, bangunan dan sebagainya.

CARA MEMBUAT EM1:
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
1. Satu cawan kecil beras kampung (beras baharu dituai tahun itu). Boleh guna apa-apa jenis beras jika beras kampung sukar diperolehi.
2. Gula perang
3. Susu segar
4. Air tanpa clorin. Guna air hujan atau air bertapis.
5. Botol nescafe besar atau kecil.
6. Botol mineral 1.5L
7. Penuras/penapis air.
Cara penyediaannya:
1. Masukkan beras ke dalam bekas botol nescafe.
2. Tuang dengan air tanpa klorin 100 ml. Tutup botol tersebut dan goncang hingga air bertukar menjadi putih/keruh. Air tersebut berubah menjadi keruh dan ia kaya dengan kandungan karbohidrat.
3. Tapis air beras tadi ke dalam botol yang lain menggunakan alat penuras untuk mengasingkan cecair beras dan biji beras. Tutup botol yang berisi air beras dan simpan di tempat selamat sehingga 1 minggu untuk ditapai. 
4. Seminggu kemudian, air beras tersebut mempunyai lapisan di permukaan dan tapis cecair beras tadi pada bekas botol lebih besar.
5. Tambah susu segar ke dalam cecair beras dengan nisbah 1:10 (cecair beras: susu segar contohnya 1 cup cecair beras dan 10 cup susu segar). Sukat jumlah banyak/liter cecair beras anda dan guna formula di atas. Tutup penutupnya dengan ketat dan goncang sedikit hingga susu segar sebati dengan cecair beras tersebut. Simpan semula botol tersebut di tempat selamat sehingga 1 minggu untuk ditapai kali kedua. Bebaskan gas dengan membuka botolnya pada hari ketiga. Anda boleh menggunakan susu asli UHL atau apa-apa jenama susu segar dalam kotak jika sukar mendapatkan susu segar dari ladang. Namun susu segar perahan yang baharu adalah lebih baik. Jangan guna susu yang telah basi.
6. Selepas 1 minggu, terdapatnya ketulan putih (curd) di permukaan, Tapis dan alihkan cecair tersebut pada botol yang lebih besar sedikit. Ambil cecair tersebut dan buang ketulan tersebut atau tambah dalam kompoS buatan sendiri. Sukat jumlah cecair beras + susu segar (EM) anda dan begitulah jumlah sukatan gula perang yang akan digunakan. Contohnya, jika cecair EM tersebut berjumlah 200 ml maka tambah 200 gram gula perang. Goncang hingga sebati. Maka serum EM1 anda sudah selesai. Lebih pekat gula lebih baik. Anda boleh simpan serum EM1 anda di tempat selamat dan diguna bila perlu. Jika anda menyimpannya di dalam peti sejuk tidak perlu letak gula perang. Gula perang adalah makanan kepada bakteria dalam EM dan EM anda boleh bertahan sehingga 6 bulan hingga 1 tahun.
8. Anda boleh tidak meletakkan gula perang atau molussa ke dalam serum EM anda dengan syarat simpan serum EM anda dalam peti sejuk. Jika ingin menggunakan serum EM pada apa-apa aktiviti seperti menyiram tanaman, membuat baja bokashi dan sebagainya tambah 2 sudu makan gula perang/molussa terhadap 2 sudu makan serum EM dan tambah 1 liter air tanpa klorin.

PANDUAN MENGAKTIFKAN EM INOCULANT MICROBIAL ANDA:
Untuk mengaktifkan serum EM anda, tambah 2 sudu makan serum EM ke dalam 1 liter air tanpa klorin. Dan 1 sudu makan gula perang (dicairkan) jika serum Em anda belum ditambah gula perang/molussa. Dibawah adalah cara tanomkinotuan mengaktifkan EM1 sendiri di rumah:
Bahan-bahan diperlukan:
1. Dua sudu makan serum EM1.
2. Dua sudu gula perang atau molussa.
3. Satu liter air tanpa klorin.
4. Besen dan botol mineral. 
PERINGATAN: Pengaktifan serum EM di sini bermaksud serum EM1 atau asli tanpa campuran air selepas diproses. Bahasa mudahnya ialah serum EM1 yang anda buat di rumah berdasarkan bahan-bahan di awal pos.
Cara penyediaannya:
1. Campurkan kesemua bahan tadi ke dalam botol mineral atau pilihan sendiri dan gaul hingga kesemua bahan menjadi sebati. 
2. Cecair tadi bolehlah digunakan untuk menyiram sayuran anda.

CARA MENGAKTIFKAN EM INOCULANT MICROBIAL VERSI TANOMKINOTUAN:
Bahan-bahan yang diperlukan;
1. Dua sudu makan serum EM1
2. Dua sudu makan gula perang atau molussa.
3. Satu liter air bersih tanpa klorin.
4. Satu sudu makan baja cecair ikan.
5. Botol spray / baldi
Cara penyediaannya;
1. Campurkan kesemua bahan tadi dan gaul hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam botol spray atau baldi dan spray/siram pada sayuran anda.

CARA PENGGUNAAN:
1. Tambah 2 sudu makan serum EM ke dalam 1 liter air tanpa klorin dan spray/siram pada sayuran anda. Maknanya jika anda mempunyai sayuran skala besar, tambah 10 sudu makan serum EM ke dalam 5 liter air tanpa klorin.
2. Tambah 8 sudu makan serum EM untuk 4 liter air tanpa klorin dan siram ke batas yang belum ditanam sayuran.
3. Tambah 2 sudu makan serum EM dengan 1 liter air tanpa klorin, spray pada bahan kompos anda (tinja binatang, tumbuhan dll) yang anda ingin komposkan. EM mempercepatkan pengemposan sisa kompos anda secara pantas.
4. Untuk menghasilkan baja bokashi dari bahan suratkhabar, tambah 2 sudu besar serum EM, 1 sudu besar gula perang atau molussa dan 750 ml air tanpa klorin ke dalam 2 gallon bahan suratkhabar itu tadi.  
 5. Tambah 1 liter serum EM bagi 10 x 25 kaki persegi kolam anda bagi pembersihan, nyahbau dan kesihatan ikan ternakan anda. 
6. Guna nisbah 1:1000 (serum EM: air tanpa klorin) untuk merendam benih tanaman. Misalnya 1 titik serum EM bersamaan 1000 titik air tanpa klorin.

PERBEZAAN ANTARA SERUM EM, KOMPOS TEH DAN BAJA CECAIR IKAN.
Serum EM:
Ialah satu kaedah berteknologi tinggi di mana menggunakan sumber alami yang tinggi zat kaborhidrat bagi menghasilkan atau mewujudkan lebih mikroorganisma berfaedah dalam satu tempat yang baik kepada tanaman. Kaedah rumit sedikit berbanding dengan kaedah kompos teh dan baja cecair ikan.
Kompos teh:
iaitu cecair baja organik yang terhasil melalui kompos yang dicairkan dengan nisbah air tertentu serta dioksigenkan dalam tempoh tertentu bagi pembiakan bakteria berfaedah di dalamnya. Ditambah gula perang atau molussa. Bermanfaat kepada kualiti tanah.
Baja Cecair Ikan:
Ialah sumber yang dihasilkan melalui ikan yang diperam selama 1 minggu. Ia ditambah gula perang atau molussa. Sesuai disiram pada sayuran.
Jika anda menggunakan serum EM ke atas tanaman di kebun, anda boleh lihat perubahan ketara dari segi pertumbuhannya, daunnya, batangnya, buahnya dan bunganya cukup baik, kuat dan sihat;
Siram satu kali dalam 2 minggu. Selang seli dengan baja NPK, kompos, kompos teh dan baja cecair ikan. Teknik nenek dan datuk kita zaman dahulu menggunakan air basuhan beras yang disiram terus ke batas kebun adalah aktiviti benar dan berfakta, namun begitu, ia mengambil masa untuk mewujudkan bakteria lacto yang menguraikan karbohidrat pada beras tersebut untuk membebaskan zat makanan kepada akar tanaman.
Selamat bertani dan menuai hasil.

Nota ulangkaji bg yg dah lupa atau yg nak tahu

A Membuat em1
1. 1 liter em2
2. 1 liter gula merah/molases
3. 3kg buah buruk
4. 10 liter air tanpa klorin
5. Segenggam garam
Peram selama min 3 bln dlm bekas kedap udara

B. Membuat em2
1. 1 liter em1
2. 1 liter gula merah/ molases
3. 18 liter air
2) Baja Azzola
Formula booster azolla
30% silaj azolla
30%tinja haiwan ayam,lembu,kambing..
1liter Em1
1liter molases
40%air
Peram dalam tong kedap udara selama 1bulan
Lg lme lg
3) Penggalak Tanaman (Plant Booster) memudahkan tanaman menyerap baja. Penggunaan baja boleh diminimakan bila digandingkan dengan penggalak tanaman ini. Sesuai digunakan disemua peringkat tanaman, dari anak pokok hingga berbunga, berbuah, hingga pokok tua. Kalau pokok dah mati tak payah gunalah…
Bahan-bahan

PENGGALAK TANAMAN
Bahan A. Kisar halus pisang, nenas, betik, kangkung dan belacan.
Bahan A (kisar halus)
1. 0.5kg pisang
2. 0.5kg nenas
3. 0.5kg betik
4. 0.5kg kangkung
5. 0.25kg belacan

PENGGALAK TANAMAN
Bahan B. Susu, gula merah, telur dan beras hancur.
Bahan B
6. 5 biji telur, sekali dgn kulitnya
7. 0.5kg gula merah
8. 0.25kg dedak (sy gantikan dengan beras yg dihancurkan)
9. 1L susu cair
10. 10L air
Bahan C. Ragi dan labu dipotong nipis.
Bahan C. Ragi dan labu dipotong nipis.
Bahan C
11. 0.5kg labu, hiris nipis, lebihkurang 2mm tebalnya.
12. 3 biji/peket ragi.
Cara Membuat
Masukkan bahan A dan B. Susun labu di atasnya.
Masukkan bahan A dan B. Susun labu di atasnya.
1. Campur bahan A (yg dikisar) dengan bahan B. Masukkan dlm satu bekas, kacau.
2. Susun labu yg dipotong nipis atas permukaan bahan. Tabur ragi diatas permukaan labu dan bahan cecair. Jangan tanya saya kenapa, kalau nak tau jugak pasal apa, sila tanya Jabatan Pertanian, diaorang suruh buat macam tu.
Tabur ragi di atas permukaan bahan.
Tabur ragi di atas permukaan bahan.
3. Tutup bekas samada dengan kain atau penutup lain. Kain batik orang rumah pun boleh guna. Pastikan bekas yg digunakan tidak penuh. Perlu ada sekurang2nya 1/3 ruang untuk udara dalam bekas peraman. (mikrob pun nak bernafas jugak).
Tutupkan dengan kain
Tutupkan dengan kain
4. Peram seminggu. Hari ke 5 dan ke 6, kulapuk dah mula banyak dipermukaan. Biar saja, jangan usik usik dia.
Lepas seminggu, ada kulapuk putih dipermukaan. Baunya masam masam manis. Dah menjadi Penggalak Tanaman ni.
Lepas seminggu, ada kulapuk putih dipermukaan. Baunya masam masam manis. Dah menjadi Penggalak Tanaman ni.
5. Baja matang selepas hari ke 7. Baunya masam masam manis.
step 5 pt
6. Bila baja dah matang, kacau dan tapis. Bersabar waktu menapis, istighfar banyak banyak sbb proses menapis sangat menguji kesabaran. Kalau tapis sambil baca nasyid pun boleh jugak. PT ni agak pekat dan sedikit berlendir.
Nah. Tudia, hasilnya 11.5L Penggalak Tanaman.
Nah. Tudia, hasilnya 11.5L Penggalak Tanaman.
Cara penggunaan.
Cairkan PT, 10ml atau 20ml dengan 1L air tanpa klorin dan sembur atau siram pada keseluruhan pokok dan tanah. Ikutlah citarasa masing masing. Seperti biasa, saya selalu bermewah-mewah dengan penggunaan baja buatan sendiri. Kalau habis boleh buat lagi. Seronok pulak main peram- peram baja ni.
Gunakan sekali atau 2 kali seminggu. Adalah perlu diingati bahawa Penggalak Tanaman ini perlu digunakan bersama baja.
Nota : Penggalak Tanaman ini saya ubahsuai dari resepi Jabatan Pertanian


EM
Sediakan bahan-bahan seperti berikut:
1) Betik berserta kulitnya 500gm.
2) Pisang dan kulitnya 500gm.
3) Nenas dan kulitnya 500gm.
4) kacang panjang segar 250gm.
5) Sayuran hijau (kangkung/bayam) 250gm.
6) Gula pasir 1kg.
7) Ragi tapai 5 biji.
Campurkan betik, nenas, pisang, kacang panjang dan sayuran. Kisar lumat bahan-bahan tersebut menggunakan blender.
Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam bekas yang ada penutupnya.
Lalu tambahkan 1 liter air, gula pasir dan ragi tapai.
Kacau perlahan-lahan sehingga rata. Kemudian tutup bekas dengan rapat, diamkan selama 7 hari.
Setelah tujuh hari akan terbentuk cairan berwarna coklat gelap.
Tapis cairan tersebut, air hasil saringan merupakan larutan efektif mikroorganisme (EM) yang boleh dijadikan dekomposer baja bokashi.
Simpan cairan dalam botol.
Larutan EM boleh dipakai sehingga 6 bulan, sedangkan hampasnya bisa digunakan sebagai kompos.
*Manfaat EM Untuk Ternakan Anda.*
✅ _Mengurangkan faktor stres pada ternakan._
✅ _Mengurangkan masalah bau di kandang dan kolam kumbahan._
✅ _Mengurangkan lalat dan serangga._
✅ _Membantu perkembangan kesihatan dan pembiakan ternakan._
✅ _Mengurangkan penggunaan ubat/bahan kimia._
✅ _Perlindungan kepada ternakan._
✅ _Tumbesaran ternakan yang sihat._
✅ _Menambah kualiti baja dari tinja ternakan._
*Cara Mengaktifkan EM-1 (pati).*
_- 500ml EM-1 (pati)._
_- 500ml molasses._
_- 9 liter air tanpa klorin._
_- 1 botol 10 liter kedap udara._
_* masukan ke tiga-tiga bahan ke dalam botol._
_* lepaskan gas._
_* peram selama seminggu maka jadilah 10 liter *EMAS AKTIF*._
*Cara Menggunakan EM-2 (EMAS AKTIF).*
_1) *Minuman Ternakan Kambing/Lembu* setiap 2x seminggu pada kadar 1 liter EMAS AKTIF nisbah 200 liter air minuman tanpa klorin (1:200-500)._
_2) *Minuman Ternakan Ayam* setiap 2x seminggu pada  kadar 1 liter EMAS AKTIF nisbah 200 liter air minuman tanpa klorin (1:200-250)._
_3) *Kompos* semasa penyediaan pada kadar 1.5 gelen EMAS AKTIF / 30kps³._
_4) *Rawatan Bau* dengan kekerapan 2x seminggu pada kadar 1 liter EMAS AKTIF nisbah 50 liter air tanpa klorin (1:50)._
_5) *Semburan Kandang/Reban Ternakan* dengan kakarapan setiap 2x seminggu pada kadar 1 liter EMAS AKTIF nisbah 50 air tanpa klorin (1:50-100)._
*Jangka Hayat:*
_- EM-1 (pati) 6 bulan._
_- EM-2 (EMAS AKTIF) 30-45 hari._
_* Simpan di tempat suhu bilik
Cara Mudah nak buat *EM1* sendiri...
1) 1 keping roti
2) 1.5 liter air tanpa klorin.
3) bekas kedap udara.
Cara-Cara;
Carik-carikkan roti, masukkan ke dalam air tanpa klorin. Tutup dan simpan di tempat yg tidak terdedah cahaya matahari.
Buka penutup setiap 3 hari bagi membebaskan gas yg terperangkap.
Boleh digunakan selepas seminggu...
Boleh bertahan selama setahun jika disimpan dalam peti sejuk.
Bertahan 6 bulan jika di suhu bilik. Tambah molasses jika disimpan dalam suhu bilik...
Selepas 6 bulan, tambah molasses lagi...

PERKONGSIAN KAEDAH LAIN PEMBUATAN EM
Cara buat EMS...(Effective Microorganisma Sendiri)
1.2 biji -Air kelapa
2.2 botol -Vitagen atau lain2 Susu Kultur.
3. 1 sudu kecil- air ragi atau yis atau jika ada air tapai.
4. 2 Camca - gula merah atau molasses.
5. 1 Camca - kicap soya  pekat ...
Campur sekali di dalam jug dan tuangkan ke dlm botol...tutup botol rapat, peram 7 hari jgn buka tudung.
Boleh buka dan guna selepas 7 hari. Tempoh kegunaan sebelum 3 bulan dari tarikh pembuatan.
UNTUK PEKEBUN DAN PENTERNAK.
Kegunaanya EMS (Effecttive Microorganisma Sendiri ) :-
1.Mempercepatkan pereputan dengan meleraikan bahan organik di dalam tanah menjadi makanan kepada tumbuh - tumbuhan.
2.Menghalang reban binatang, telaga ikan menjadi busuk.
3.Mempercepatkan proses membuat baja organik .
4. Mempercepatkan pembesaran tumbuh-tumbuhan.
Cara :
1.Sembur seluruh daun pokok - EMS 20ml +Air 20 Liter
2. Sembur tanah dan pangkal pokok: 100ml Ems + Air 20 Liter.
3. Membersih reban ternakan , 1Liter EMS + Air 1,000 Liter
4. Membersih/Menyegarkan Kolam ikan - 1 Liter EMS : 10,000 Liter air kolam.
2.Membuat baja Air...Biotically Fertilizer:
Air basuhan beras 2 liter + 2 Camca EMS + 1 Camca Kicap Soya pekat. Peram 7 hari di botol kosong bersih. Jgn buka sebelum cukup tempoh 7 hari. Selepas 7 hari boleh sembur pokok sayur ,bunga,buahan dgn campuran 40ml+Air 18 Liter.
Tempoh kegunaan sebelum 3 bulan dari tarikh pembuatan.
3. Membuat baja Organik...
( i.)10liter air+40g gula merah+40ml EMS atau EM utk siram ke gaul(ii.)
(ii.) Kacau ,1 bahagian tahi ayam atau tahi lembu + 1 bahagian hampa padi.
Gaul/kacau sehingga sebati.
Genggam dgn kuat campuran tadi, air siraman tidak mengalir keluar bermakna sudah berjaya.
(iii.)Campur dedak halus  0.5 bahagian
(iv.) Peram di lantai/tempat teduh -alih tiap-tiap hari. 
Atau
(iv.)Peram di guni baja - secara longgar, jgn padat. Alihkan tiap hari dengan pusingkan bhg atas ke bawah dan keesokannya sisi kiri ke sisi kanan...dan seterusnya selama 7 hari.
Boleh guna selepas 7 hari.
Cth Campuran: 2 guni Tahi Ayam/lembu(tahi binatang) + 2 guni hampa padi + 1 guni dedak halus.
4. Membuat Racun Serangga Organik (RSO).
1. Bekas Jug.
2. Alkohol 40% atau arak atau Samsu - 2 gelas .
3. Cuka 5% buatan/makan  - 1 gelas.
4. EMS - 1 gelas.
5. Gula merah 200g. atau 1 gelas molasses.
CARA BUAT.
Masukkan semua bahagian dan kacau di dalam jug sehingga sebati, tuang ke da lam botol bersih.
Peram selama 24 jam sahaja di tempat teduh. Catat tarikh pembuatan dan masa pada botol. "Guna sebelum 3 bulan sahaja. "
Cara menggunakannya: 40ml+ Air 20liter. (NISBAH 1:500)
1 LIT. RSO boleh campur 500LIT. AIR ( jgn terlalu pekat...nanti daun pokok kekuningan)
Sembur diwaktu pagi lebih baik kerana daun dapat menyerap dengan baik. Bubuh gam daun organik iaitu susu segar tawar mengikut nisbah RSO. Jangan bubuh susu manis...nanti semut naik pokok tanaman anda.
i.Menghalang penetasan telur serangga. Telur menjadi busuk.
ii.Menghalang penetasan kepompong serangga.
iii.Menghalang serangga menyerang / berdekatan tanaman kita.
iv.Menguatkan imun tanaman kita.
v. Membunuh nyamuk .
vi.Menghalang lalat membiak di kandang dan tempat kotor.
Selepas 3 bulan RSO...
boleh digunakan sebagai Racun Rumput Organik (RRO).
Kerana terdapat Asid Asitic..bahan yg menghalang pertumbuhan tanaman.
CARA SEMBURAN.
Rumput biasa dan Lalang-
400ml RSO + Air 20liter
Sembur .
Jangan bagi kena tanaman kita.
5. Membuat Hormon merangsang buah.
Bahan2...Buah-buahan kuning
1.Pisang masak : potong bersama kulit, 4 potongan sebiji .
2.Betik masak:  potong bersama kulit, isi dan biji.
3.Nenas : potong bersama kulit dan isi.
Campurkan dan bubuh ke dalam bekas setengah balang .
Campurkan EMS 40ml bersama gula merah 40g ke dalam air 2 liter.
Tuangkan campuran ini ke dalam balang tadi , tinggalkan sedikit ruang udara setinggi 2cm atau 3cm. Mengikut kebesaran bekas.
Tutup dengan penutup rapat selama 7 hari. Tulis tarikh pembuatan. Jangan buka sebelum 7 hari.
Semasa cukup 7 hari, akan nampak lemak putih tertimbul di permukaan air peraman. Tapis dan botolkan... tutup botol rapat.
Sisa tapisan boleh buat baja Organik.
Semoga bermanafaat.
Cara buat EMS...(Effective Microorganisma Sendiri)
1.4 biji -Air kelapa .
2.2 botol -Vitagen atau lain2 Susu Kultur.
3. 2 sudu kecil- air ragi atau yis atau jika ada air tapai.
4. 2 Camca - kicap soya  pekat ...
Campur sekali di dalam jug dan tuangkan ke dlm botol...tutup botol rapat, peram 7 hari jgn buka tudung.
Boleh buka dan guna selepas 7 hari. Tempoh kegunaan sebelum 3 bulan dari tarikh pembuatan.
UNTUK PEKEBUN DAN PENTERNAK.
Kegunaanya EMS (Effecttive Microorganisma Sendiri ) :-
1.Mempercepatkan pereputan dengan meleraikan bahan organik di dalam tanah menjadi makanan kepada tumbuh - tumbuhan.
2.Menghalang reban binatang, telaga ikan menjadi busuk.
3.Mempercepatkan proses membuat baja organik .
4. Mempercepatkan pembesaran tumbuh-tumbuhan.
Cara :
1.Sembur seluruh daun pokok - EMS 20ml +Air 20 Liter
2. Sembur tanah dan pangkal pokok: 100ml Ems + Air 20 Liter.
3. Membersih reban ternakan , 1Liter EMS + Air 1,000 Liter
4. Membersih/Menyegarkan Kolam ikan - 1 Liter EMS : 10,000 Liter air kolam.
2.Membuat baja Air...Biotically Fertilizer:
Tempoh kegunaan sebelum 3 bulan dari tarikh pembuatan.
Cara buat Baja Air Beras(BAB)
1.Air basuh beras 2 liter + 2 sudu kicap+ 2 camca EM. Kacau dlm jug dan tuang masuk ke dlm botol bersih. Tutup botol ketat...jgn buka tudung botol sehingga cukup tempoh 7 hari. Selepas 7 hari ,buka tudung secara perlahan2 , ada gas keluar...
2. Cara guna : 200ml NPK16 + Air 20 liter sembur di pokok , daun....pokok , pisang , padi , cabai, pokok bunga, buahan, sayur dll. Boleh ganti baja NPK. 16.16.16.
1 titik EM S mempunyai 200 juta  Microorganisma yg baik. Dalam air beras ada garam galian, vitamin B1,B6, B12, lemak.
Untuk bunga cepat.
Juga boleh menghilangkan bau mulut.. Air bersih 1/2 gelas + BAB 3 Camca. Masukkan ke mulut 2 minit.. dan buang.
Hilangkan bau badan pure BAB... celup kapas sapu di tempat berbau
3. Membuat baja Organik...
1.  1 bahagian Tahi binatang + 1 bahagian Sekam Padi.
2.Gaulkan hingga sebati.
3. Campur 10 liter air+40g. gula merah+40ml EMS atau EM utk siram ke gaulan.... gaul sekali lagi hingga rata.
4.Bubuh ke dalam guni secara longgar. Terbalik-balikkan guni tiap2 hari mengikut posisi yg berbeza, selama 7 hari.
Cara buat:
( i.)10liter air+40g gula merah+40ml EMS atau EM utk siram ke gaul(ii.)
(ii.) Kacau ,1 bahagian tahi ayam atau tahi lembu + 1 bahagian sekam padi.
Gaul/kacau sehingga sebati.
Genggam dgn kuat campuran tadi, air siraman tidak mengalir keluar bermakna sudah berjaya.
(iii.)Campur dedak halus  0.5 bahagian
(iv.) Peram di lantai/tempat teduh -alih tiap-tiap hari. 
Atau
(iv.)Peram di guni baja - secara longgar, jgn padat. Alihkan tiap hari dengan pusingkan bhg atas ke bawah dan keesokannya sisi kiri ke sisi kanan...dan seterusnya selama 7 hari.
Cth Campuran: 2 guni Tahi Ayam/lembu(tahi binatang) + 2 guni sekam padi + 1 guni dedak halus.
Bubuh baja mengikut kebesaran pokok.
(v)Boleh guna selepas 7 hari. Boleh simpan dan guna sehingga 1 tahun.
4. Membuat Racun Serangga Organik (RSO).
1. Bekas Jug.
2. Alkohol 40% atau arak atau Samsu - 2 gelas .
3. Cuka  buatan/makan 5%  - 1 gelas.
4. EMS - 1 gelas.
5. Gula merah 200g. atau 1 gelas molasses.
CARA BUAT.
Masukkan semua bahagian dan kacau di dalam jug sehingga sebati, tuang ke dalam botol bersih.
Peram selama 24 jam sahaja di tempat teduh. Catat tarikh pembuatan dan masa pada botol. "Guna sebelum 3 bulan sahaja. "
Cara menggunakannya: 40ml+ Air 20liter. (NISBAH 1:500)
1 LIT. RSO boleh campur 500LIT. AIR ( jgn terlalu pekat...nanti daun pokok kekuningan)
Sembur diwaktu pagi lebih baik kerana daun dapat menyerap dengan baik. Bubuh gam daun organik iaitu susu segar tawar mengikut nisbah RSO. Jangan bubuh susu manis...nanti semut naik pokok tanaman anda.
i.Menghalang penetasan telur serangga. Telur menjadi busuk.
ii.Menghalang penetasan kepompong serangga.
iii.Menghalang serangga menyerang / berdekatan tanaman kita.
iv.Menguatkan imun tanaman kita.
v. Membunuh nyamuk .
vi.Menghalang lalat membiak di kandang dan tempat kotor.
Selepas 3 bulan RSO...
boleh digunakan sebagai Racun Rumput Organik (RRO).
Berkebun satu hobi:
Resepi dari kak sara saad
PHOTO SYNTHESIS BACTERIA (PSB)/MEMBUAT BAKTERIA BAIK UNTUK KESUBURAN TANAH DAN POKOK
Proses ini adalah utk membiak bakteria baik dgn menggunakann telur. Tengok lama dah di pos oleh seorang medical doktor di Bangkok, Dr. Taweesak Ponpaca, tapi buat tak kisah waktu tu. Kemudian baru tahu bahawa ini adalah magic solution untuk pokok. Cara nak membuatnya pun amat MURAH dan SENANG, cuma perlu peraman kurang dr satu bulan di bawah matahari dlm botol 5 litre bertutup. Solution ini, lebih baik dari EM kata orang Thai. So tunggu apa lagi jomm kita buat!
Ingredients:
- 5 litre air hujan/atau air tanpa chlorine.
- 3 biji telur
- Sodium glutamate/ajinomoto 2 tsp
- Belacan 1 tsp
- Sos ikan/Fish sauce 3 tbs
Cara buat ialah:
Blend semua diatas termasuk kulit telur bersama sedikit air. Tuang dlm botol 5 litre yg dah berisi air tanpa klorin. Goncang rata2. Tutup botol, kemudian letakkan bawah panas cahaya matahari. Goncang botol ini 2-3 hari sekali. Dalam 20 hari air akan bertukar warna merah/crimson. Itu tanda psb anda sudah menjadi. Susah jadi kalau kawasan anda musim hujan.
Cara guna bila jadi:
Siram 10 ml: 1 litre air tanpa chlorine
Spray 10 ml: 10 litre air tanpa chlorine
Setiap 15-30 hari.
Benefits:
1. Untuk kesuburan tanah dan pokok.
2. Gaul dgn makanan binatang, tinggi protein dan vitamins
3. Control kekotoran aquarium
4. Guna utk cuci reban dan kandang.
5. Untuk sawah 1 litre psb untuk 1 ekar tanah, percik ke seluruhan sawah.
6. Water treatment.
7. Juga sbg pengalak bunga untuk lemon, tomato, orange, mangga, manggis dan sebagainya.
8. Untuk makanan ikan di kolam.
9. Root booster masa buat tut.
Resepi dari kak sara saad

3 comments:

mahadi said...

tqvm

Unknown said...

Terima kasih atas info yang sangat berguna

Unknown said...

Info yg baik.