Thursday, January 26, 2017

About Allah

الله موجود بلا مكان

真主有,不占空间
Allah wujud tanpa bertempat
Allah exists without a place

ولا في السماء

不是在天
Bukan di langit
Not in the skies

ولا في الأرض

不是在地
Bukan di bumi
Nor in the earth

ولا في ما بينهما

不是在天和地之间
Bukan di antara keduanya
Nor in what between them

ولا في كل مكان

不是在所有地方
Bukan di semua tempat
Nor in all places

ولا في مكان واحد

不是在一个地方
Bukan di suatu tempat
Nor in a place

ولا في كل الجهات

不是在任何方向
Bukan pada segala arah
Nor in any direction

لان الله تعالى موجود بلا مكان قبل ان خلق المكان. وبعد ان خلق المكان، الله لا يتغير. فهو موجود بلا مكان.

因为,真主在创造空间和地方之前不占空间。真主创造了地方后,真主不会改变,这是不占空间 。

Kerana Allah wujud tanpa bertempat sebelum menciptakan tempat dan setelah Allah menciptakan
tempat, Allah tidak berubah. Maka Allah tetap wujud tanpa tempat.

Because Allah existed without a place before created places. After Allah created places, Allah does not changes. Hence, Allah still exists without a place.

"كان الله و لم يكن شيء غيره"
(رواه البخاري و البيهقي وابن الجارود)

"真主在创造创作物之前,没有任何创作物是存在的。(包括地方,空间,天,地和方向)"

"Allah wujud tanpa bertempat sebelum menciptakan tempat dan tiada sesuatupun yang wujud pada azali selain Allah. (Termasuknya tempat, ruang, langit, bumi dan arah.) "

"Allah existed without a place and there was nothing with Allah. (Be it places, space, skies, earth nor directions)"

Tuesday, January 24, 2017

Ayat pintu-pintu rezeki dari Al Quran

*1.Rezeki Yang Telah dijamin.*

_"Tidak ada satu mahluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya"_
(Q.S.11:6)

*2.Rezeki Karena Usaha.*

_"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya"_ (Q.S.53:39)

*3.Rezeki Karena Bersyukur.*

_"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu"_ (Q.S.14:7)

*4.Rezeki yg Tak Terduga.*

_"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya"_
(QS. At Thalaq :2)

*5.Rezeki Karena Istighfar.*

_"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta”_ (QS. 71 : 10-11)

*6.Rezeki Karena Menikah.*

_"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kemapanan kepada mereka dengan karunia-Nya.”_(QS. an-Nur : 32)

*7.Rezeki Karena Anak.*

_"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”_(QS. al-Isra 31)

*8.Rezeki Karena Sedekah.*

_"Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak"_ (QS. Al Baqarah 245)

9. Rezeki karena rajin menjalin tali silaturrohim

10. Rezeki karna Iman dan taqwa.

11. Rezeki karena pengorbanan diri, harta dan waktu utk urusan Keagamaan

12. Rezeki krn istiqomah membaca Al-Qur'an, Surah Al Waqiah, dan Sholat Sunnah Dhuha.

Yaa Allah,.. Yaa Robb,.. Yang Maha Kaya, Luas dan lapangkanlah Rezekinya dari arah yg tdk disangka sangka, rezeki yg halal dan penuh berkah barokah..., Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi dan Pemilik semua pintu rezeki ,... Aamiin

Cantiknya perundangan Islam

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa Islam adalah agama yang paling lengkap meliputi soal yang berhubung kait dengan ibadah, muamalat, munakahat dan jenayah. Para Fuqaha telah menyusun secara terperinci berdasarkan dalil dan hujjah mengikut 4 bahagian sebagaimana yang telah dinyatakan di atas.

UNDANG-UNDANG JENAYAH SYAR'IYAH

Undang-undang jenayah syar'iyah atau Kanun Jinayah Syar'iyah ialah undang-undang syarak yang bersabit dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh seseorang yang boleh didakwa di bawah kes jinayah syar'iyah.

PENGERTIAN JENAYAH

Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.W.T atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehnya.

PENGERTIAN JENAYAH MENURUT FUQAHA

Jenayah menurut fuqaha ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa  atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja.

HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM

Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada tiga bahagian:

a.     Hukum Qisas

b.     Hukum Hudud

c.     Hukum Ta'zir

PENGERTIAN QISAS

Qisas dari sudut bahasa bermaksud memotong. Manakala dari sudut syara' ialah hukuman balas bagi kesalahan membunuh dibalas dengan bunuh, menghilangkan salah satu dari anggota orang lain atau melukakannya atau mencederakannya dibalas dengan hukuman mengikut jenis kesalahan yang dilakukannya.

Firman Allah S.W.T:

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas(balasan yang seimbang) dalam perkara orang mati dibunuh" ( Surah al-Baqarah :178)

"Dan di dalam hukuman qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertakwa" ( Surah al-Baqarah:179)

JENIS JENAYAH QISAS

Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah:

Membunuh dengan sengaja (Dengan niat membunuh dan dengan senjata yang boleh membunuh pada adatnya).
Menghilangkan atau mencederakan anggota tubuh badan dengan sengaja seperti mata, hidung, telinga dan sebagainya.
Melukakan orang lain dengan sengaja.

HUKUMAN TERHADAP KESALAHAN QISAS.

Mengikut Hukum Islam, qisas hendaklah dilakukan terhadap penjenayah dengan hukuman yang sama seperti mana dia melakukan kepada mangsanya. Membunuh dibalas dengan dibunuh, melukakan dibalas dengan dilukakan dan mencederakan dibalas dengan mencederakannya.

DIYAT

Diyat ialah denda yang wajib dibayar oleh orang yang melakukan jenayah kerana kesalahan jenayahnya sebagai ganti qisas.

Apabila keluarga orang yang dibunuh ( Pembunuhan sengaja) atau orang yang dihilangkan atau dicederakan anggota atau yang dicederakan memaafkan, maka diganti dengan diat. Hanya waris sahaja yang boleh memaafkan tetapi bukan pemerintah ).

KADAR DIYAT

Diyat terbahagi kepada 2 jenis:

Diyat Mughallazah ( ganti kerugian yang berat )
Diyat Mukhaffafah ( ganti kerugian yang ringan )
Diyat Mughallazah adalah satu diyat penuh iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara terus (tanpa tangguh) sebagaimana yang berikut:

30 ekor  unta berumur 4 tahun
30 ekor unta berumur 3 tahun
40 ekor unta yang sedang bunting
Diyat Mughallazah juga boleh dibayar dengan bayaran-bayaran berikut:

33 ekor unta berumur 4 tahun
33 ekor unta berumur 3 tahun
34 ekor unta yang sedang bunting.
Diyat Mukhaffafh juga adalah satu diyat penuh iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara beransur-ansur (tangguh)selama 3 tahun dan setiap tempoh masa satu tahun dibayar 1/3 diyat  sebagaimana yang berikut:

20 ekor unta umur 4 tahun
20 ekor unta umur 3 tahun
20 ekor unta betina umur 2 tahun
20 ekor unta jantan umur 2 tahun
20 ekor unta betina umur 1 tahun
Kadar diyat adalah dikira mengikut bilangan unta dengan harga semasa  iaitu harta yang paling bernilai ketika itu. Kadar penuh untuk satu diyat penuh ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun , para ulama' berpendapat boleh menggantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Diantaranya ialah:

a.     Wang Emas         -           1,000 dinar

b.     Wang Perak         -           10,000 dirham

c.     Lembu                 -           200 ekor

d.     Kambing             -           2,000 ekor

e.     Persalinan         -           200 persalinan lengkap.

Kadar seekor unta misalnya RM4,000 maka jumlah satu diyat penuh ialah RM 400,000. Manakala jika seekor lembu RM2,000 maka satu diyat penuh ialah RM400,000. Begitulah nilai semasa satu diyat penuh.

Bagi pesalah perempuan diyat mereka adalah separuh dari diat lelaki dan diat hamba adalah separuh dari diyat orang merdeka.

Diyat Mughallazah di kenakan kepada orang yang membunuh secara sengaja (niat membunuh dan dengan senjata yang boleh membunuh ) dengan syarat dimaafkan dan dipersetujui oleh waris orang yang dibunuh. Diyat tersebut hendaklah dibayar secara tunai tanpa bertangguh atau beransur.

Diyat Mukhaffafah pula ialah bagi pembunuhan tidak sengaja ( seperti tertembak rakan yang disangkanya binatang buruan ) atau pembunuhan yang seperti sengaja ( tidak niat membunuh dan dengan benda yang lazimnya tidak boleh membunuh ). Boleh dibayar secara beransur-ansur selama 3 tahun.

DIYAT MENGHILANG ATAU MENCEDERAKAN ANGGOTA

Menghilangkan atau mencederakan anggota tubuh badan dengan sengaja seperti mata, hidung, telinga dan lain-lain dikenakan qisas sebagaimana kehilangan dan kadar kecederaan anggota. Tetapi jika orang yang terkena dengan jenayah tersebut memilih untuk mengganti dengan diyat maka kadarnya adalah seperti berikut:

100 ekor unta untuk anggota tunggal sepert terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh badan dan hilang keupayaan bersetubuh.
50 ekor unta untuk anggota berpasangan seperti dua mata dan lain-lain. Jika kedua-duanya maka diyatnya 100 ekor unta.
33 ekor unta untuk luka yang sampai ke dalam bahagian otak.
33 ekor unta untuk luka yang sampai keselaput kepala.
25 ekor unta untuk anggota yang berpasang yang mempunyai kelopak seperti 4 kelopak mata.
15 ekor unta untuk luka yang sampai ketulang dan mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya.
10 ekor unta bagi luka yang memecah atau mematah tulang.
10 ekor unta untuk anggota yang mempunyai 10 sendi atau bahagian seperti jari tangan dan kaki.
5 ekor unta untuk luka yang menampakkan tulang

PENGERTIAN HUDUD

Hudud dari sudut bahasa membawa maksud menahan atau mencegah. Manakala dari segi istilah ialah keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib dilaksanakan  sebagai hak Allah S.W.T atau merosakan kepentingan masyarakat umum dan ketenteraman orang ramai iaitu berzina, menuduh orang berzina, minum arak, memcuri, murtad, merompak dan memberontak . Kadar hukumannya adalah mandatori dan tidak boleh dipinda samaada dikurang atau ditambah.

Firman Allah S.W.T:

"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim"(Surah al-Baqarah:229)

JENIS-JENIS JENAYAH HUDUD DAN HUKUMANNYA

Kesalahan-kesalahan yang termasuk dalam hukuman hudud ialah sebagaimana berikut:

a.   Zina

Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dan perempuan. Hukumannya ialah direjam sampai mati jika telah berkahwin dan sebat 100 kali jika pesalah belum pernah berkahwin.

b.   Qazaf ( Menuduh berzina )

Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik. Hukumannya ialah 80 kali sebatan.

c.    Minum Arak

Minum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan    akal. Hukumannya ialah 40 kali sebatan.

d.   Mencuri

Mengambil harta orang lain secara senyap atau bersembunyi. Hukumannya adalah potong tangan.

e.   Merompak

Mengambil hatra orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman. Hukumannya ialah:

Sekiranya membunuh hendaklah dibunuh.
Sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tanga dan kaki secara bersilang seperti tangan kanan dengan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan yang seterusnya.
Sekiranya hanya mengganggu ketenteraman awam dendaklah di ta'zir seperti dipenjara dan lain-lain lagi.
f.    Murtad

Keluar dari agama Islam samaada dengan perkataan atau perbuatan. Hukumannya ialah bunuh ( setelah diberi tempoh untuk bertaubat )

PENGERTIAN TA'ZIR

Ta'zir dari segi bahasa bererti menolak atau menghalang. Dari segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam al-quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaaannya tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.

KESALAHAN YANG TERMASUK DI BAWAH KATEGORI TA'ZIR.

Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategori ta'zir ialah sebagaimana berikut:

Kesalahan-kesalahan hudud dan qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud dan qisas.
Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab, lesbian dan sebagainya.
Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat,berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.
HUKUMAN BAGI KESALAHAN TA'ZIR

Hukuman ta'zir diserahkan kepada budi bicara hakim supaya hukuman tersebut memberi pengajaran supaya penjenayah serik untuk melakukan semula. Antara hukuman-hukuman yang boleh dikenakan kepada pesalah adalah sebagaimana berikut:

a.   Nasihat

Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan datang.

b.   Teguran

Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha memperbaiki dirinya.

c.   Ancaman

Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman.

d.   Pemulauan

Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersepit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.

e.   Pengisytiharan Umum

Membuat pengistiharan kepada umum terhadap kesalahan penjenayah supaya penjenayah berasa malu dan tertekan.

f.    Denda dan merampas harta

Mengenakan denda dalam bentuk wang dan sebagainya atau merampas harta bendanya.

g.   Penjara

Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut realiti semasa.

h.   Sebat

Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu.

i.     Buang daerah

Mengenakan hukuman buang daerah supaya pesalah rasa tertekan, mengalami kesukaran, kesusahan dan terpisah dari kaum keluarga

j.     Bunuh

Dibenarkan oleh syara' bagi menjaga kemaslahatan awam jika difikirkan sesuai

HIKMAH PERLAKSANAAN HUKUMAN JENAYAH ISLAM

Melindungi masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum berlaku
Memperbaiki penjenayah dan memperbetulkan penyelewengan.
Membersihkan dosa penjenayah, mendidiknya dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.

Disusun Oleh:
Hj. Khairuddin bin Haiyon
PP Bahagian Dakwah
(Unit Penerangan dan Penerbitan)

Saturday, January 21, 2017

Tentang Al Quran

S : Berapa jumlah Surah dlm al-Quran?
J : 114 Surah

S : Berapa jumlah Juz dlm al-Quran?
J : 30 Juz

S : Berapa jumlah Hizb dlm al-Quran?
J : 60 Hizb

S : Berapa jumlah Ayat dlm al-Quran?
J : 6236 Ayat

S : Berapa jumlah Kata dlm al-Quran?, dan Berapa Jumlah Hurufnya?
J : 77437 Kata, atau 77439 Kata dan 320670 Huruf

S : Siapa Malaikat yang disebut dlm al-Quran?,
J : Jibril, Mikail, Malik, Malakulmaut, Harut, Marut, Al-Hafazhah, Hamalatul-Arsy, dll.

S : Berapa Jumlah Sajdah (ayat Sujud) dlm al-Quran?
J : 15 Sajdah

S : Berapa Jumlah para Nabi yg disebut dlm Al-Quran?
J : 25 Nabi

S : Berapa Jumlah Surah Madaniyah dlm al-Quran? sebutkan.
J : 28 Surah, al-Baqoroh, al-Imron, al-Nisa" al-Maidah, al-Anfal, al-Tawbah, al-Ra'd, al-Haj, al-Nur, al-Ahzab, Muhammad, al-Fath, al-Hujurat, al-Rahman, al-Hadid, al-Mujadilah, al-Hasyr, al-Mumtahanah, al-Shaf, al-Jum'ah, al-Munafiqun, al-Taghabun, al-Thalaq, al-Tahrim, al-Insan, al-Bayinah, al-Zalzalah, al-Nashr.

S : Berapa Jumlah Surah Makiyah dlm al-Quran? sebutkan.
J : 86 Surat, selain surah tersebut di atas.

S : Berapa Jumlah Surah yg dimulai dgn huruf dlm al-Quran?
J : 29 Surah.

S : Apakah yg dimaksud dgn Surah Makiyyah?, sebutkan 10 saja.
J : Surah Makiyyah adalah Surah yg diturunkan di Makkah sebelum Hijrah, seperti: al-An'am, al-Araf, al-Shaffat, al-Isra', al-Naml, al-Waqi'ah, al-Haqqah, al-Jin, al-Muzammil, al-Falaq.

S : Apakah yg dimaksud dgn Surah Madaniyyah? sebutkan lima saja?
J : Surah Madaniyah adalah Surah yg diturunkan di Madinah setelah Hijrah, seperti: al-Baqarah, al-Imran, al-Anfal, al-Tawbah, al-Haj.

S : Siapakah nama para Nabi yg disebut dlm Al-Quran?
J : Adam, Nuh, Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub, Musa, Isa, Ayub, Yunus, Harun, Dawud, Sulaiman, Yusuf, Zakaria, Yahya, Ilyas, Alyasa', Luth, Hud, Shalih, Dzul-Kifli, Syuaib, Idris, Muhammad 'alayhi shalatu wa sallam.
S : Siapakah satu-satunya nama wanita yg disebut namanya dlm al-Quran?
J : Maryam binti Imran.

S : Siapakah satu-satunya nama Sahabat yg disebut namanya dlm al-Quran?
J : Zaid bin Haritsah. Rujuk dlm surah Al-Ahzab ayat 37.

S : Apakah nama Surah yg tanpa Basmalah?
J : Surah at-Tawbah.

S : Apakah nama Surah yg memiliki dua Basmalah?
J : Surah al-Naml.

S : Apakah nama Surah yg bernilai seperempat al-Quran?
J : Surah al-Kafirun.

S : Apakah nama Surah yg bernilai sepertiga al-Quran?
J : Surah al-Ikhlas

S : Apakah nama Surah yg menyelamatkan dari siksa Qubur?
J : Surah al-Mulk

S : Apakah nama Surah yg apabila dibaca pada hari Jum'at akan menerangi sepanjang pekan?
J : Surah al-Kahfi

S : Apakah ayat yg paling Agung dan dlm Surah apa?
J : Ayat Kursi, dlm Surah al-Baqarah ayat No.255

S : Apakah nama Surah yg paling Agung dan berapa jumlah ayatnya?
J : Surah al-Fatihah, tujuh ayat.

S : Apakah ayat yg paling bijak dan dlm surah apa?
J : Firman Allah Swt :" Barang siapa yg melakukan kebaikan sebesar biji sawi ia akan lihat, Barang siapa melakukan kejahatan sebesar biji sawi ia akan lihat.. (Surah al-Zalzalah ayat 7-8)

S : Apakah nama Surah yg ada dua sajdahnya?
J : Surah al-Haj ayat 18 dan ayat 77.

S : Pada Kata apakah pertengahan al-Quran itu di Surah apa? ayat no Berapa?
J : وليتلطف Surah al-Kahfi ayat No. 19.

S : Ayat apakah bila dibaca setiap habis Sholat Fardhu dpt mengantarkannya masuk ke dalam surga?
J : Ayat Kursi.

S : Ayat apakah yg diulang-ulang sbyk 31 kali dlm satu Surah dan di Surah apa?
J : Ayat فبأي آلاء ربكما تكذبانِ ) pada Surah al-Rahman.

S : Ayat apakah yg diulang-ulang sbyk 10 kali dlm satu Surah dan di surah apa? Apakah ayat ini ada juga disebut dlm surah lainnya? Di Surah apa?
J : Ayat (ويل يومئذ للمكذبين) pada Surah al-Mursalat, juga ada dlm Surah al-Muthaffifiin ayat No. 10.

S : Apakah Ayat terpanjang dlm al-Quran? pada Surah apa? Ayat berapa?
J : Ayat No 282 Surah al-Baqarah.

Monday, January 16, 2017

Tips melancong ke Vietnam

Tips melancong ke Vietnam.


1.     Penerbangan dari KLIA (KUL) ke Ho Chi Minh, Vietnam (SGN-Saigon).

a.     MAS          i.    KUL - SGN: 09:05, 14:45, 17:10 (waktu MAL),
                                         ii.    SGN - KUL: 11:00, 16:40, 18:55 (waktu SGN).

b.    AIR ASIA    i.    KUL - SGN: 08:00, 09:10, 14:35, 18:45 (waktu MAL),
                                         ii.    SGN - KUL: 09:25, 10:35, 13:25, 16:10, 20:15 (waktu SGN).

c.     Jet Star     i.    KUL - SGN: 09:05, 14:35, 21:25 (waktu MAL),
                                         ii.    SGN - KUL: 07:10, 08:55, 15:45, 21:10 (waktu SGN).

d.    Malindo      i.    KUL - SGN: 08:15, 14:25 (waktu MAL),
                                         ii.    SGN - KUL: 10:20, 16:20 (waktu SGN).

2.     Penggunaan transport awam di Ho Chi Minh City(HCM), Ho Chi Minh, Vietnam.

a.     Taxi – Vinasun (ronda-ronda bandar HCM), taxi lain selalu menipu.
b.    Limousine – dari HCM ke Vung Tau ke HCM
                                          i.    Phat Loc An ;
          Ø   HCM èSo 8, Pham Van Hai Phuong 2, Quan Tan Binh. DT:           08-3842.0408 or 08.3842.0717
          Ø   Vung tau è 395 Thong Nhat(moi), Phuon 8, TP Vung Tau.            0643.819.868 or 0643.812.227, Hotline: 
                0996.788.443(TPHCM), 0996.788.445(Vung Tau).

Note – dari SGN air port ke Vung Tau atau dari Vung Tau ke SGN Airport bayaran 150,000 VDN. Kene tempah dulu dan tunggu dekat tiang no. 14 dekat dengan Burger King, lepas tu dia akan bawa ke shoping kompleks untuk tunggu orang lain se perjalanan kira kira 10 orang, ada wifi, air mineral percuma dan singgah sebentar kat R&R untuk buang air dan kekadang pemandu makan .
                                         
3.     Tempat tinggal.

a.     Sekitar bandar HCM

                                          i.    Sheraton Saigon Hotel & Towers – dekat Masjid Musulman
                                         ii.    Lavender Central Hotel (3*) 208-210 Lê Thánh Tôn, Bến                        Thành, Quận 1, Ho Chi Minh City, Vietnam
                                        iii.    Asian Hotel, (3*) p. q. 1, 150 Đồng Khởi, Bến Nghé, District 1,                Ho Chi Minh, Vietnam.

b.    Sekitar bandar Vungtau

                                          i.    Petro House Hotel – 63 Trần Hưng Đạo, 1, Tp. Vũng Tàu, Bà                Rịa - Vũng Tàu, Vietnam. sebelahnya Sambal Café                                Restaurant.
                                         ii.    Lotus Apartment Hotel – 6/11 Ngyen Du Str., Ward 1, Vung                    Tau City, Phường 1, Tp. Vũng Tàu, Bà Rịa - Vũng Tàu,                             Vietnam (siap peralatan memasak (bawa le tanah untuk                         samak peralatan) – dekat dengan Viet Ann Halal Restaurant                   (500meter))
                                        iii.    Place Hotel – dekat dengan Ali Baba Restaurant (belakang                    hotel)
                                             
c.     Lain-lain.


4.     Tempat menarik untuk dilawati.

a.     Sekitar bandar HCM

                                          i.    Masjid Musulman (Saigon Central Mosque), 66 Đông Du, Bến                Nghé, Quận 1, Ho Chi Minh City, Vietnam.

                                         ii.    Masjid Jamiul Islamiyah, 459 Trần Hưng Đạo, Cầu Kho, Quận                1, Hồ Chí Minh, Vietnam.

                                        iii.    Masjid Anwar, phường 1, District 8, Ho Chi Minh, Vietnam.

                                        iv.    Benh Tanh Market, 32-30, 36-34-32-30 Phan Bội Châu, Bến                  Thành, Quận 1, Hồ Chí Minh, Vietnam.

                                         v.    Reunification Palace (The Independence Place), 135 Nam Kỳ                Khởi Nghĩa, Bến Thành, Quận 1, Hồ Chí Minh, Vietnam.

                                        vi.    Notra Dame Cathedral, 1, Công xã Paris, Bến Nghé, District                  1, Ho Chi Minh, Vietnam.

                                       vii.    Saigon Central Post Office, 2 Công xã Paris, Bến Nghé, Quận                1, Hồ Chí Minh, Vietnam.

                                      viii.    War Remnants Museum, 28 Võ Văn Tần, 6, Quận 3, Hồ Chí                    Minh, Vietnam.

                                        ix.    White Palace, 194 Hoàng Văn Thụ, phường 9, Phú Nhuận,                    Hồ Chí Minh, Vietnam.



b.    Sekitar bandar Vungtau

                                          i.    Jesus Christ’s Statue, Thùy Vân, Phường 2, Tp. Vũng Tàu,                    Bà Rịa - Vũng Tàu, Vietnam.

                                         ii.    Whale Temple, Thắng Tam, Vung Tau, Ba Ria - Vung Tau,                      Vietnam.

                                        iii.    Vung Tau Cable Car Tourism, Trần Phú, Vung Tau, Bà Rịa -                    Vũng Tàu, Vietnam.

                                        iv.    Khu du lịch Hồ Mây (Ho May Park) – Taman Tema atas bukit                  kene naik Kabel Car (Dewasa 300K sekepala).

                                         v.    Worldwide Arms Museum, 98 Trần Hưng Đạo, Phường 1, Tp.                Vũng Tàu, Bà Rịa - Vũng Tàu, Vietnam

                                        vi.    Cho Phường 1(Pasar Basah), Vung Tau, Ba Ria - Vung Tau,                  Vietnam.

                                       vii.    Live Sea Food Market, Chợ Phường 1, Vung Tau, Ba Ria -                      Vung Tau, Vietnam.

                                      viii.    Teluk Hạ Long, Vung Tau, Bà Rịa - Vũng Tàu, Vietnam


c.     Lain-lain tempat yang menarik.

                                          i.    Cu Chi Tunnel (Dia Dao Cu Chi), Ấp Phú Hiệp, Phú Hiệp, Phú                 Mỹ Hưng, Củ Chi, Hồ Chí Minh 733800, Vietnam.

                                         ii.    Red Sand Dunes (Doi Hong), 706B, Mũi Né, Tp. Phan Thiết,                  Bình Thuận, Vietnam.

                                        iii.    Mỹ Tho, Tiền Giang, Vietnam.

                                        iv.    Mekong Delta River


5.     Tempat makan halal (dikata halal kekadang tiada sijil halal dipamir).

a.     Sekitar bandar HCM
                                          i.    Red Hause Restaurant
                                         ii.    Saigion Sri Pinang
                                        iii.    D’Nyonya Restaurant
                                        iv.    Kedai Shamsudin
                                         v.    Restaurant Empat Musin

b.    Sekitar bandar Vungtau(harga makanan halal agak mahal di Vung Tau).

                                          i.    Viet An Halal Restaurant., 3/5 Lý Thường Kiệt, 1, Vũng Tàu 1,                 Vũng Tàu Bà Rịa Vũng Tàu, Phường 3 tp. Vũng Tàu Bà Rịa                   Vũng Tàu, Phường 3, Tp. Vũng Tàu, Bà Rịa - Vũng Tàu,                         Vietnam (+84 64 3853 735)

                                         ii.    Ali Baba Restaurant

                                        iii.    Sambal Café Restaurant, 63 Trần Hưng Đạo, 1, Tp. Vũng                      Tàu, Bà Rịa - Vũng Tàu, Vietnam

6.     Barangan yang patut dibeli.

a.     Kopi Vietnam dengan set minumannya sekali.
b.    Buah Avokado Vietnam
c.     Kain Cotton
d.    Beras Vietnam
e.     Udang & makanan Laut – Vung Tau.(frozenkan)

7.     Merancang perjalanan.

a.     HCM – Vung Tau
                                          i.    Ambil penerbangan pukul 9 page dari Malaysia dan tiba di HCM dalam pukul 10 pagi waktu Vietnam (perjalanan lebih kurang 2 jam) waktu Vietnam awal sejam dari Malaysia.
                                         ii.    Selepas urusan kastam beli le sim kad internet bior waze atau google map boleh pakai pas tu ambil taxi kat luar, depan air port ada sebuah shoping kompleks dalam 300meter jalan kaki dan ambil taxi vinasun dan terus pi Masjid Musulman (Saigon Central Mosque), 66 Đông Du, Bến Nghé, Quận 1, Ho Chi Minh City, Vietnam untuk solat Zohor dan Asar jamak le (pukul 12 tgh).
                                        iii.    Lepas tu boleh pi Benh Tanh Market di 32-30, 36-34-32-30 Phan Bội Châu, Bến Thành, Quận 1, Hồ Chí Minh, Vietnam sama ada jalan kaki (1.1 km dalam 15 minit melalui melalui Đồng Khởi dan Lê Thánh Tôn) kalua bag tak banyak sambal boleh tengok-tengok bandar HCM tak terasa punya tau-tau dah sampai atau ambil taxi.
                                        iv.    Dalam pukul 4.00pm ambil taxi dan pusing-pusing HCM untuk melawat;
Ø  Masjid Jamiul Islamiyah, 459 Trần Hưng Đạo, Cầu Kho, Quận 1, Hồ Chí Minh, Vietnam.
Ø  Masjid Anwar, phường 1, District 8, Ho Chi Minh, Vietnam
Ø  Reunification Palace (The Independence Place), 135 Nam Kỳ Khởi Nghĩa, Bến Thành, Quận 1, Hồ Chí Minh, Vietnam.
Ø  Notra Dame Cathedral, 1, Công xã Paris, Bến Nghé, District 1, Ho Chi Minh, Vietnam
Ø  Saigon Central Post Office, 2 Công xã Paris, Bến Nghé, Quận 1, Hồ Chí Minh, Vietnam
Ø  War Remnants Museum, 28 Võ Văn Tần, 6, Quận 3, Hồ Chí Minh, Vietnam
Ø  White Palace, 194 Hoàng Văn Thụ, phường 9, Phú Nhuận, Hồ Chí Minh, Vietnam.
Ø  Dalam pukul 5.30pm suruh taxi pi Phat Loc An, So 8, Pham Van Hai Phuong 2, Quan Tan Binh. DT: 08-3842.0408 or 08.3842.0717
(PASTIKAN TELAH BUAT TEMPAHAN DAHULU)
                                         v.    Pastu Gerak ke Vung Tau ambil masa dalam 2.5 jam (96km) terus ke hotel (PASTIKAN TEMPAHAN TELAH DIBUAT) kalau family baik sewa la Lotus Apartment Hotel – 6/11 Ngyen Du Str., Ward 1, Vung Tau City, Phường 1, Tp. Vũng Tàu, Bà Rịa - Vũng Tàu, Vietnam (siap peralatan memasak (bawa le tanah untuk samak peralatan)
                                        vi.    Lepas tu boleh le pi makan di Viet Ann Halal Restaurant (500meter) 3/5 Lý Thường Kiệt, 1, Vũng Tàu 1, Vũng Tàu Bà Rịa Vũng Tàu, Phường 3 tp. Vũng Tàu Bà Rịa Vũng Tàu, Phường 3, Tp. Vũng Tàu, Bà Rịa - Vũng Tàu, Vietnam (+84 64 3853 735).
                                       vii.    Lepas makan boleh le lepak-lepak di persisiran pantai dalam 20mm dari Lotus Apartment sambal-sambil pekene kopi Vietnam.
                                      viii.    Besok pagi boleh le bersarapan di Sambal Café 63 Trần Hưng Đạo, 1, Tp. Vũng Tàu, Bà Rịa - Vũng Tàu, Vietnam sebelah Petro Hotel.
                                        ix.    Pas tu boleh pi Worldwide Arms Museum, 98 Trần Hưng Đạo, Phường 1, Tp. Vũng Tàu, Bà Rịa - Vũng Tàu, Vietnam dekat je satu jalan.
                                         x.    Pas tu pi Cho Phường 1(Pasar Basah), Vung Tau, Ba Ria - Vung Tau, Vietnam beli le buah-buahan dan air mineral, tengok-tengok ikan dan kerng-kerangan.
                                        xi.    Pas tu pi Vung Tau Cable Car Tourism, Trần Phú, Vung Tau, Bà Rịa - Vũng Tàu, Vietnam dan naik le Khu du lịch Hồ Mây (Ho May Park) – Taman Tema atas bukit kene naik Kabel Car (Dewasa 300K sekepala dewasa kanak kanak 150K). Lebih kurang macam genting ada them park dan boleh lihat Vun Tau dan cantic untuk photo matahari tenggelam.
                                       xii.    Pukul 4 pm boleh le pi Live Sea Food Market, Chợ Phường 1, Vung Tau, Ba Ria - Vung Tau, Vietnam boleh le beli untuk di masak buat makan malam.
                                      xiii.    Malam boleh le ambil taxi atau sewa motosikal dari apartment ronda-ronda Vung Tau terutama pantai di Teluk Hạ Long, Vung Tau, Bà Rịa - Vũng Tàu, Vietnam, ini adalah kawasan baru dibangunkan bangunan dan jalannya besar. Banyak sea food restoran tapi tak jumpa yang halal lagi.
                                     xiv.    Besok hari ketiga boleh le check out ke HCM pi perabih duit di Benh Tanh Market di 32-30, 36-34-32-30 Phan Bội Châu, Bến Thành, Quận 1, Hồ Chí Minh, Vietnam and ambil le penerbangan balik pukul 4 pm atau selepasnya untuk keselesaan.