Monday, February 9, 2015

Muhrim ke mahram

Dalam masyarakat kita kadangkala istilah mahram & muhrim semacam tiada beza.

Ramai yg kurang faham dan tidak dapat membezakan penggunaan dua kalimah diatas.

Menurut bahasa :

"Muhrim" ialah orang yang sedang berihram ketika haji atau umrah.

Manakala

"Mahram" pula ialah orang yang berlainan jantina dengan kita tetapi HARAM kita bernikah dengannya.

Hakikat 'mahram' yang sebenarnya ialah perempuan yg dihalalkan utk dilihat, diajak berdua-duaan atau berpergian (bermusafir) dengannya.

Perempuan 'mahram' terbahagi kepada tiga bahagian dengan sebab-sebab yang tertentu :

(Pertama)

Mahram kerana keturunan.

(Kedua)

Mahram kerana saudara sesusuan.

(Ketiga)

Mahram kerana perkahwinan.

Adalah perlu untuk mengetahui siapakah mahram kita supaya kita dapat menjaga aurat dari dilihat oleh orang yang tidak dibenarkan oleh Islam.

Perlu juga tahu siapakah mahram kita agar tidak bersalaman dengan orang yang bukan mahram kita.

Dalam ahli keluarga kita,
ada yang dikategorikan sebagai mahram dan ada juga yang dikategorikan sebagai bukan mahram (ajnabiyyah).

Perempuan ajnabiyyah ialah perempuan yang boleh dinikahi, tidak halal untuk dilihat, haram diajak berdua-duaan dan berpergian dengannya dan ia adalah perkataan lawan bagi perkataan perempuan mahram.

Persoalan mahram amat penting kerana ia berkait dengan beberapa persoalan hukum yang lain seperti hukum perkahwinan, batasan aurat, pergaulan, hukum bermusafir, bersentuhan dan berdua-duaan.

Mafhum hadis, Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Janganlah seorang lelaki bersunyi-sunyian dengan seorang wanita melainkan bersamanya mahram.

Mafhum hadis lagi :

Tidak harus seorang wanita bermusafir lebih daripada tiga hari melainkan bersamanya suaminya atau ahli keluarga yang menjadi mahramnya.”

(H.R Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan An-Nasa’i)

Malangnya acap kali juga kita mendengar komentar-komentar seperti “Sepupu saya ni sejak kecil lagi sudah rapat dan biasa sangat dgn saya, macam adik-beradik”....

“Ini bukan orang lain pun, abang ipar saya saja”....

“Suami emak saudara kan macam bapa saudara juga”....

Dan pelbagai komentar lain lagi yang menunjukkan masih ramai kurang jelas tentang status kerabatnya sendiri dari sudut 'mahram' dan setakat mana batasan aurat dan pergaulan yang perlu dijaga.

Ada pula perempuan / muslimah yang hanya memakai tudung apabila keluar dari pagar rumah shj.

Jika hanya keluar sebentar untuk menyidai kain, menyiram pokok bunga atau menyapu di halaman, kebanyakannya tidak merasakan bahawa suasana itu juga perlu kepada pakaian yang menutup aurat dgn sebaik2nya.

Ada juga mahram "lakonan" iaitu kebiasaan yang sering terjadi, apabila ada seorang wanita ingin bepergian jauh seperti berangkat haji, dia mengangkat seorang lelaki yang ‘berlakon’ sebagai mahram sementaranya.
Ini merupakan musibah juga kecelakaan yang sangat besar.

Bahkan Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani menilai di dalam Hajjatun Nabi (hal 108) ; “Ini termasuk bid’ah yang sangat keji, sebab tidak samar lagi padanya terdapat hiyal (penipuan) terhadap syari’at dan merupakan tangga kemaksiatan”.

Oleh itu kita perlu berpegang kpd dalil utama yang menyenaraikan secara khusus golongan yang dikatakan mahram dalam Al Quran, ayat 23 daripada Surah al-Nisa’.

Kesimpulannya, wanita dibenarkan tidak menutup di bahagian tertentu pada auratnya apabila berdepan dengan mahram.

Dan WAJIB mengenakan penutupan aurat dengan sempurna kepada SELAIN mahram.

Hukum berkaitan Mahram ialah boleh melihat sesuatu yang biasa nampak dari aurat seseorang wanita seperti anggota-anggota wuduk.

Daripada Ibnu Umar r.a,
ia berkata : “ Dahulu kaum lelaki dan wanita pada zaman Nabi s.a.w melaksanakan wuduk secara bersama-sama.”
(Mafhum Hadis Riwayat Al-Bukhari).

Sentiasalah kita berusaha utk berubah untuk menjadi hambaNya yang lebih baik setiap hari ke hari.

Semoga Allah Swt mengampunkan segala dosa2 yang kita semua telah lakukan secara sedar atau tidak.

Semoga kita semua terus sentiasa hidup didalam redhaNya.

Aamiin.....InshaAllah.

Semoga bermanfa'at......

Wallaa hu a'lam.

No comments: