Wednesday, February 4, 2015

Info ibadah haji malaysia

Maklumat Semasa Muzakarah Haji Kebangsaan Ke-31 (16-19 Jan 2015) Di TH Hotel, Alor Setar
_________________________

1) Jumlah jemaah haji berdaftar sehingga kini : 1.6 juta orang.

2) Kuota Haji Malaysia:0.1% daripada penduduk negara iaitu 27 900 orang. Selepas dikurangkan 20%,kuota semasa : 22 320 orang.

3) Tempoh menunggu daripada daftar sekarang : 65 tahun ke atas (e.g: Daftar tahun 1436H, tahun hajinya 1501H).

4) Jumlah jemaah Haji dalam sistem untuk musim 1436H : 31 600 orang. Kuota baru : 22 320 ( Kerja-kerja pembesaran Masjidil Haram).

5) Rekod kategori warga emas berumur 75 tahun ke atas dalam sistem ada 17 000 orang.

6) Harga sedia ada setiap jemaah ialah RM16 155 seorang tanpa subsidi. TH memberi subsidi RM6175. Maka harga pakej biasa ialah RM9980 bagi jemaah Haji kali pertama.

8) Oleh kerana tempoh menunggu lama(65 tahun), maka yang berkemampuan dinasihatkan mengerjakan ibadat Umrah terlebih dahulu.

9) Kepada yang belum mendaftar Haji, segeralah mendaftar dengan bayaran RM1300@daftar KWSP
Untuk makluman, permohonan rayuan haji musim 1436H/2015M telah dibuka pada 18 Disember 2014 dan akan ditutup pada 20 April 2015 bersamaan 1 Rejab 1436H.

Untuk permohonan rayuan haji, sila kemukakan surat rayuan dalam format surat rasmi yang lengkap bertandatangan kepada:

Bahagian Operasi Domestik,
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.

Isi kandungan surat rayuan:

i. Nama penuh
ii. Nombor akaun TH
iii. Nombor MyKad
iv. Tujuan rayuan
v. Tandatangan

Bakal Haji juga boleh melampirkan dokumen berkaitan sebagai sokongan kepada rayuan tersebut.

Surat rasmi rayuan tersebut boleh dihantar ke Tabung Haji Contact Center (THCC) melalui:

i. e-mel : th-info@lth.gov.my, [mohon surat dicetak, ditandatangan, diimbas (scan), attach dalam e-mel],
ii. faks : 03-77284959, atau
iii. menghantar surat rayuan haji ke cawangan TH berhampiran.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03-62071919 – THCC

No comments: