APA PATUT DI BUAT JIKA TETIBA ANDA TIDAK BOLEH KENCING.
Ini adalah pengalaman seorang doktor yang terkenal kerana artikel perubatan.
Beliau berusia 70-an dan pakar ENT. Menakjubkan untuk mendengar pengalaman beliau.
Pada suatu pagi, dia dapati susah hendak kencing, puas dicubanya tidak juga keluar-keluar padahal dia berasa hendak kencing sangat2.
Pada usia lanjut ramai orang susah kencing seperti dia, mungkin setelah dicuba berkali-kali baru boleh kencing.
Dia cuba berkali-kali dengan pelbagai kaedah dan cara, namun air kencingnya tidak juga keluar.
Walaupun dia seorang doktor, tidak terkecuali untuk menghadapi masalah seperti itu kerana dia juga manusia biasa yang tercipta dari daging dan darah seperti orang lain.
Dia terasa bawah perutnya menjadi berat dan keras, tidak dapat duduk dan berdiri, siksanya hanya Tuhan saja yg tahu. Mukanya berkerut menahan sakit.
Dia call kawannya seorang doktor pakar urology dan beritahu masalahnya.
Urologist itu jawab yang dia berada disebuah hospital di pinggir bandar dan akan sampai dalam masa setengah jam lagi. Ahh... siksanya nak tunggu setengah jam lagi.
Kebetulan ketika itu kawannya dari zaman kanak-kanak, juga seorang doktor buat panggilan. Apa lagi, dia terus mengadu kepada kawannya itu.
Kawannya jawab, "Oh, pundi kencing tuan penuh dan tuan tidak boleh kencing. Jangan risau, lakukan seperti yang saya akan bagitahu".
"Berdiri dan lompat kuat-kuat, sambil lompat angkat kedua-dua tangan seolah-olah tuan cuba mencapai (jurangai) buah pelam yang tak sampai dipetik, 15 hingga 20 kali".
"Apa? Dengan pundi kencing yang penuh dia suruh saya melompat?" rungutnya dalam hati.
Walaupun sedikit gusar dan skeptikal dia cuba juga sebagaimana disarankan.
Baru lompat 5~6 kali, air kencingnya mula keluar. Dia pun meneran sekuat tenaga hingga kesemua air kencingnya keluar. Banyak sekali air kencing dari biasa, barulah terasa lega yang amat sangat.
Dia begitu gembira dan berterima kasih kepada kawan zaman kanak-kanaknya yang telah membantunya menyelesaikan masalah itu dengan kaedah yang begitu mudah, jika tidak, dia sebagai seorang doktor perlu masuk hospital, yang akan menerima rawatan dengan dimasukkan catheter didalam pundi kencing, suntikan, anti biotik dan lain-lain.
Jika anda dan keluarga payah kencing, lakukan seperti doktor tadi, Insya Allah pundi kencing yang salurannya tersumbat akan keluar air kencingnya.
Tidak perlu panik hendak bawa ke hospital dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment