Saturday, May 21, 2022

Tumbung kelapa

Mengalami Masalah Penyakit kulit (eczema) kulitnya mengelupas2. 
Pertama cari kelapa yang dah tumbuh.  
Ambil tumbung dan dibland sehingga hancur. 
Kemudian bacakan surah Al-Fatihah tujuh kali, Ayat kursi dan tiga Qul.
Setelah dibacakan sapu tempat yang gatal ketiga hendak tidur.
Bagi yang gatal-gatal disebabkan santau/sihir pun boleh guna kaedah ini. Ulang sehingga nampak perubahan.
Tombong kelapa sebenarnya kaya khasiat dan elok diamalkan dimakan.

Antara Khasiatnya:

Fikiran jadi lebih tenang
Menguatkan daya otak
Mencegah selsema
Menurunkan kadar tekanan darah tinggi
Mengatasi sukar tidur
Melegakan batuk kering
Kesihatan mata
Melegakan sakit kepala
Cegah radang selaput otak
Cegah Penyakit Lumpuh
Perkuatkan tulang dan gigi
Cegah Penyakit jantung
Cegah Penyakit hati
Dan lain-lain penyakit boleh cuba ikhtiar.

Ilmu ini milik Allah swt..saya hanya berusaha. Ini hanya sebagai salah satu ikhtiar bagi menghindari / merawat segala Penyakit yang ada di dalam tubuh badan kita.
Sesungguhnya Allah yang maha melindungi dan menyembuhkan. 

Monday, May 16, 2022

Nyanuk

 MUSIM NYANYUK PADA UMUR PENCEN

Setiap kali saya mengajar perubatan klinikal kepada pelajar pada tahun keempat perubatan, saya mengemukakan soalan berikut:

Apakah penyebab nyanyuk pada orang tua?

Sebahagian mereka mengatakan: "Tumor di kepala". Saya menjawab: Tidak!

Yang lain mencadangkan: "Gejala awal Alzheimer". Saya menjawab lagi: Tidak!

Dengan setiap penolakan jawapan mereka, mereka semakin tiada idea.

Dan mereka lebih terbuka ketika saya menyenaraikan tiga sebab yang paling biasa:

- diabetes tidak terkawal;

- jangkitan salur kencing;

- penyahhidratan


Ia mungkin terdengar seperti gurauan, tetapi tidak. Orang yang berusia lebih dari 60 tahun selalu berhenti merasa dahaga dan akibatnya mereka berhenti minum air.

Apabila tidak ada orang yang mengingatkan mereka untuk minum air, mereka cepat terhidrat. Dehidrasi adalah teruk dan mempengaruhi seluruh badan. Ia boleh menyebabkan nyanyuk yang tiba-tiba, penurunan tekanan darah, peningkatan jantung berdebar, angina (sakit dada), koma dan juga kematian.

Kebiasaan lupa minum air ini bermula pada usia 60 tahun, ketika kita hanya perlu mempunyai lebih dari 50% air di dalam badan kita. Orang yang berusia lebih dari 60 tahun mempunyai simpanan air yang lebih rendah. Ini adalah sebahagian daripada proses penuaan semula jadi.

Tetapi ada lebih banyak komplikasi. Walaupun mereka mengalami dehidrasi, mereka tidak merasa seperti ingin minum air, kerana mekanisme keseimbangan dalaman mereka tidak berfungsi dengan baik.

Kesimpulan:

Orang yang berumur 60 tahun ke atas mengalami dehidrasi dengan mudah, bukan hanya kerana mereka mempunyai bekalan air yang lebih kecil, tetapi juga kerana mereka tidak merasakan kekurangan air di dalam badan.


Walaupun orang berusia lebih dari 60 tahun kelihatan sihat, kemerosotan prestasi tindak balas dan fungsi kimia dapat merosakkan seluruh tubuh mereka.


Oleh itu, terdapat dua makluman:

1) Jadikan kebiasaan untuk minum air. Cecair termasuk air kosong, jus, teh, air kelapa, susu, sup, dan buah-buahan yang kaya dengan air, seperti tembikai, tembikai susu, pic dan nanas; Oren dan jeruk juga berfungsi.

Yang penting ialah, setiap dua jam, anda mesti minum sedikit cecair. Ingat ini!

2) Makluman untuk ahli keluarga: sentiasa memberikan cecair kepada orang yang berumur lebih dari 60 tahun. Pada masa yang sama, awasi mereka.

Sekiranya anda menyedari bahawa mereka menolak minum air dan dari hari ke hari, mereka mudah tersinggung, sesak nafas atau merasa kurang perhatian, ini adalah merupakan gejala dehidrasi yang berulang.

Bahagia selalu 😊

Tak boleh nak kencing

 APA PATUT DI BUAT JIKA TETIBA ANDA TIDAK BOLEH KENCING.


Ini adalah pengalaman seorang doktor yang terkenal kerana artikel perubatan.


Beliau berusia 70-an dan pakar ENT. Menakjubkan untuk mendengar pengalaman beliau.


Pada suatu pagi, dia dapati susah hendak kencing, puas dicubanya tidak juga keluar-keluar padahal dia berasa hendak kencing sangat2.


Pada usia lanjut ramai orang susah kencing seperti dia, mungkin setelah dicuba berkali-kali baru boleh kencing.


Dia cuba berkali-kali dengan pelbagai kaedah dan cara, namun air kencingnya tidak juga keluar.


Walaupun dia seorang doktor, tidak terkecuali untuk menghadapi masalah seperti itu kerana dia juga manusia biasa yang tercipta dari daging dan darah seperti orang lain.


Dia terasa bawah perutnya menjadi berat dan keras, tidak dapat duduk dan berdiri, siksanya hanya Tuhan saja yg tahu. Mukanya berkerut menahan sakit.


Dia call kawannya seorang doktor pakar urology dan beritahu masalahnya.


Urologist itu jawab yang dia berada disebuah hospital di pinggir bandar dan akan sampai dalam masa setengah jam lagi. Ahh... siksanya nak tunggu setengah jam lagi.


Kebetulan ketika itu kawannya dari zaman kanak-kanak, juga seorang doktor buat panggilan. Apa lagi, dia terus mengadu kepada kawannya itu.


Kawannya jawab, "Oh, pundi kencing tuan penuh dan tuan tidak boleh  kencing. Jangan risau, lakukan seperti yang saya akan bagitahu".


"Berdiri dan lompat kuat-kuat, sambil lompat angkat kedua-dua tangan seolah-olah tuan cuba mencapai (jurangai) buah pelam yang tak sampai dipetik, 15 hingga 20 kali".


"Apa? Dengan pundi kencing yang penuh dia suruh saya melompat?" rungutnya dalam hati.


Walaupun sedikit gusar dan skeptikal dia cuba juga sebagaimana disarankan.


Baru lompat 5~6 kali, air kencingnya mula keluar. Dia pun meneran sekuat tenaga hingga kesemua air kencingnya keluar. Banyak sekali air kencing dari biasa, barulah terasa lega yang amat sangat.


Dia begitu gembira dan berterima kasih kepada kawan zaman kanak-kanaknya yang telah membantunya menyelesaikan masalah itu dengan kaedah yang begitu mudah, jika tidak, dia sebagai seorang doktor perlu masuk hospital, yang akan menerima rawatan dengan dimasukkan catheter didalam pundi kencing, suntikan, anti biotik dan lain-lain.


Jika anda dan keluarga payah kencing, lakukan seperti doktor tadi, Insya Allah pundi kencing yang salurannya tersumbat akan keluar air kencingnya.


Tidak perlu panik hendak bawa ke hospital dan sebagainya.