Wednesday, September 5, 2018

Contoh hebahan kematian

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.r kth

Muslimin & Muslimat
Sahabat & Teman Budiman
Saudara Mara yg dikasihi sekalian

MAKLUMAN KEMBALINYA ___________________________________ KE RAHMATULLAH
Innalillah Wa'inna Ilaihi Roji'oon

Dgn nama Allah swt yg maha pemurah lagi maha penyayang kpd semua hambaNya. Salam & selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarganya, para sahabatnya dan seluruh ummat Islam samaada yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia

2. Dgn penuh insaf rendah diri dan dukacita dimaklumkan bahawa _________________________ telah menghembuskan nafas yg terakhir pada ___tarikh/hari/masa/lokasi/sebab kematian_______. sakit tua.

3. Sehubungan dgn itu pihak waris dan keluarga telah menetapkan upacara pengurusan jenazah al Marhumah pada ___tarikh/hari/masa/lokasi_______________ berdasarkan butiran seperti berikut :

📌 7.30am - Upacara Mandi

📌 8.30am - Upacara Kafan

📌 9.00am - Solat Jenazah Saudara terdekat di rumah

📌 9.30am - Dibawa ke Masjid _______________ utk Solat Jenazah terbuka kpd semua.

📌 10.00am - Dibawa ke kaw perkuburan _________ utk dikebumikan dgn Doa oleh Pak Imam.

📌 11.30am - Bersurai

4. Muslimin dan Muslimat & Saudara Mara kpd al Marhumah yg jauh dan dekat adalah dialu alukan utk hadir upacara pengkebumian, dan majlis tahlil bermula mlm ________ ini hingga mlm _____ atau jika uzur utk hadir memadailah dgn mendoakan akan kesejahteraannya di alam qubur dan akhirat kelak.

5. Mafhum Sabda Rasulullah saw : Barangsiapa yg menghadiri upacara pengurusan jenazah sehingga solat jenazah maka baginya 1 QIRAT. Jika sampai sempurna ke upacara pengkebumian maka baginya 2 QIRAT.

Apakah QIRAT itu? Jawab Baginda Rasulullah saw ianya bagai Gunung yg besar! ( memisahkan dari sempadan neraka )

Setiap Muslim yg mati atau meninggal dunia pasti akan beroleh SYAFAAT dari mereka yg hadir solat jenazah bersama 40 org lelaki soleh yg tidak mensyirikkan Allah swt!

6. Saya mengambil kesempatan ini utk mengumumkan jika al Marhumah ada mempunyai sebarang hutang dgn sesiapa sahaja dgn bukti dan belum dijelaskan lagi mohon berhubung dgn saya atau menghalalkan baginya yg lebih baik jika tidak mahu dituntut lagi.





7. Akhir sekali saya anak lelaki sulung al Marhumah yg menjadi waris ingin menyampaikan permohonan maaf zahir batin & mohon halal atas segala salah silap serta keterlanjuran kata dan perbuatan jika ada kpd semua yg mengenalinya sepanjang hidupnya.

Mohon doakan jua agar segala dosanya diampunkan dan bakal ditempatkan bersama org2 yg soleh di alam barzakh dan di akhirat nanti iAllah.

Sekian dimaklumkan

Setiap Bernyawa Pasti Akan Mati!

Saya yg menjalankan amanah


_______________________
Anak Sulong
Kepada Al Marhumah
Tel no. _____________________

NOTA : Mohon sebarkan kepada semua yg berkenaan. Aturcara tertakhluk kpd sebarang pindaan seperti cuaca dan sebagainya. Kerjasama semua diucapkan jutaan terima kasih. Wslm


No comments: