A.Cara ubati Coryza
Tepung beras - 300g
Kencur ditumbuk halus - 200g
Halia parut - 50g
Digaul rata dan dijadikan berbentuk palet bebulat dan dijemur kering. Beri makan.
2.Cara ubati Sampar
Daun betik - sehelai
Halia - seketul
Akar bakawali - serumpun
Direbus sampai lunyai hancur. Beri minum airnya dan bahan yang lunyai tadi dicampur dalam makanan.
3.Anti-stress semula jadi
Taugeh dibuang kepala kacang hijaunya. Di racik-racik kecil sebelum diberi makan.
Taugeh dibuang kepala kacang hijaunya. Di racik-racik kecil sebelum diberi makan.
********************************************************************************
B: Ubat herba (antibiotik) ayam:
1.lengkuas
2.kunyit
3.lempuyang
4.temulawak
5.cekur
6.daun betik
7.halia
8.bunga cengkih
9.Em-1
10.Molasses/gula perang
Cara 1- air herba untuk ternakan:
-Hiris bahan 1 hingga 8 dan rebus dalam 30 minit
-Biarkan menyejuk dan kemudian asingkan bahan bahan yang tidak terlarut
-ambil air rebusan dan masukkan kedalam bekas tertutup
-campurkan sedikit larutan EM-1 (bergantung kepada nilai air rebusan yang disimpan / sekadar cukup rasa)
-Masukkan molasses/gula perang
-tutup bekas dan biarkan semalaman sebelum boleh digunakan -
* terus guna juga boleh, campur sahaja dengan air minuman ayam atau makanan
*molasses/gula merah/gula perang
*air mestilah bebas klorin (air hujan dll)
Cara 2- ibu herba (pati)
1. Potong bahan 1-8 dan masukkan ke dalam bekas
2. Masukkan sedikit larutan EM-1 dan tambahkan molasses
3. Tutup dan simpan campuran bahan tadi di di kawasan bersuhu bilik
4. Biarkan selama 1 bulan dan buka tutup bekas sekali bagi setiap satu minggu
5. Setelah itu boleh guna pati herba tadi dengan cara yang sama dengan air herba tadi
Sekadar perkongsian - saya juga masih belajar . Untuk khasiat2 herba-herba tersebut boleh google sahaja apa fungsinya .. Maaf jika ada yang terkurang ..
*p/s boleh tambah lagi pelbagai herba lain spt bawang putih, serai , lada hitam dll.
No comments:
Post a Comment