SUJUD DI ATAS TUJUH ANGGOTA.
أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعِ أَعْظَمٍ: عَلَى الْجَبْهَةِ وَأَشَارَ بِيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ وَالْيَدَيْنِ وَالرُّكْبَتَيْنِ وَأَطْرَافُ الْقَدَمَيْنِ وَلاَ نَكْفُتُ الثِّيَابَ والشَّعْرَ
"Aku diperintahkan untuk sujud di atas tujuh anggota: dahi termasuk hidung, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut, dan jari-jemari kaki, dan ditegah dari menyelak pakaian dan rambut."
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis no: 774]
Meletakkan wajah di antara kedua telapak tangan
Wail bin Hujr Radiallahu ‘anhu menceritakan, aku solat bersama Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam…
ثُمَّ سَجَدَ وَوَضَعَ وَجْهَهُ بَيْنَ كَفَّيْهِ
Kemudian apabila baginda sujud, baginda meletakkan wajahnya di antara kedua tapak tangannya.
[Sunan Abu Daud, Kitab as-Solat, hadis no: 620]
Meletakkan tangan selari dengan telinga
ثُمَّ سَجَدَ فَجَعَلَ كَفَّيْهِ بِحِذَاءِ أُذُنَيْهِ
Wail bin Hujr Radiallahu ‘anhu menceritakan tentang sifat solat nabi:…. Kemudian baginda sujud dan meletakkan kedua tapak tangannya selari dengan kedua telinganya.
[Sunan an-Nasaie as-Sughra, Kitab al-Iftitah, hadis no: 879]
Merapatkan jari jemari
Wail bin Hujr radiallahu ‘anhu berkata Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam….
إِذَا رَكَعَ فَرَّجَ أَصَابِعَهُ ، وَإِذَا سَجَدَ ضَمَّ أَصَابِعَهُ
apabila baginda ruku’, baginda menjarakkan antara jari-jemarinya, dan apabila sujud, baginda merapatkan jari jemarinya.
[al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra, Kitab al-Haidi, hadis no: 2471]
Lengan Direnggangkan
كَانَ إِذَا سَجَدَ جَافَى بَيْنَ يَدَيْهِ حَتَّى لَوْ أَنَّ بَهْمَةً أَرَادَتْ أَنْ تَمُرَّ تَحْتَ يَدَيْهِ مَرَّتْ
Maimunah Radiallahu ‘anha menceritakan bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam apabila sujud, baginda mengangkat kedua tangannya sehingga jika ada anak kambing mahu lalu di bawah tangannya, maka ia mampu untuk lalu.
[Sunan Abu Daud, Kitab as-Solat, hadis no: 764]
Tidak meletakkan lengan di atas lantai
اعْتَدِلُوا فِي السُّجُودِ ، وَلَا يَبْسُطْ أَحَدُكُمْ ذِرَاعَيْهِ انْبِسَاطَ الْكَلْبِ
Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sempurnakanlah sujud, janganlah membentangkan lengan sebagaimana anjing membentangkan (kakinya)
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis no: 783]
Meregangkan Tangan
إِذَا سَجَدَ ، خَوَّى بِيَدَيْهِ ، يَعْنِي جَنَّحَ ، حَتَّى يُرَى وَضَحُ إِبْطَيْهِ مِنْ وَرَائِهِ
Maimunah Radiallahu ‘anha, isteri nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam menceritakan baginda ketika sujud, akan meregangkan tangannya, iaitu ketiaknya, sehingga dapat dilihat putih ketiaknya dari belakang [Sahih Muslim, Kitab as-Solat, hadis no: 771]
Jari-jemari kaki dihadapkan ke arah kiblat
فَإِذَا سَجَدَ وَضَعَ يَدَيْهِ غَيْرَ مُفْتَرِشٍ وَلَا قَابِضِهِمَا وَاسْتَقْبَلَ بِأَطْرَافِ أَصَابِعِ رِجْلَيْهِ الْقِبْلَةَ
Abu Humaid as-Sa’idi Radiallahu ‘anhu berkata, Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam apabila sujud, baginda tidak membentangkan tangannya di atas lantai, dan tidak pula menggenggamnya. Baginda mengarahkan hujung jari-jemari kedua kakinya ke arah kiblat.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis no: 789]
No comments:
Post a Comment