Thursday, June 25, 2015

Doa

                              
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon kepadaMu keimanan yang sempurna, keyakinan yang sebenar bahawa tiada sesuatu yang akan berlalu keatas kami melainkan apa yang telah Engkau tetapkan.
.         
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami ilmu yang berguna agar dapat kami membaiki diri serta memberi manfaat kepada keluarga dan masyarakat setempat.

Ya Allah Ya Tuhan kami, lapangkanlah dada kami, tutupilah keburukan kami, tenteramkanlah hati kami agar kami sentiasa khusyu' beribadat kepadaMu.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal.

Ya Allah lindungilah kami daripada segala bencana, mala petaka, fitnah, khianat serta inanya daripada sumber yang nyata atau tersembunyi.ِ

Ya Allah kami berlindung dengan Mu dari nafsu yang menyuruh kepada keburukan.

Ya Allah jadikan kami diantara kekasih-kekasihMu, karana kekasihMu saja yang tidak mendapat kecemasan dan kesedihan.

Ya Allah baikkan agama kami, karena itulah sandaran urusan kami dan baikkan akhirat kami, kerana itulah tempat kembali kami.

Ya Allah jangan biarkan pada diri kami dosa kecuali Engkau telah ampunkan

Ya Allah jangan biarkan pada diri kami kesusahan kecuali Engkau hilangkan.

Ya Allah jangan biarkan pada diri kami musuh kecuali Engkau damaikan.

Ya Allah kami memohon ditolakkan setiap kebencian. Sebaliknya Ya Allah berilah kami kecintaan yang pangkalnya redhoMu.

Ya Allah akhirilah hidup kami dengan keampunan.ْ

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Ya Allah…ya Rahman…ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..
Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya malikal mulk…

Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati. dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp gol yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah ya zal jalali wal ikram…

Ya Allah….Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jdkanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…

Aamiin, Aamiim, Aamiin, Ya Robb...

Doa 2

Doa Arafah - Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam saya dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindingi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji pada tahun 2015.

28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Doa 3

🌸ISTIGHFAR REJAB

1.🌹Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan lagi Maha Penyayang dan selawat dan salam  semoga Allah curahkan keatas Saidina Muhammad, keluarganya  serta sahabat² nya.
Aku mohon ampun kpd Allah 3X dan aku bertaubat kpd Allah dari apa² yg dibenci oleh Allah, dalam bentuk perkataan, perbuatan, lintasan hati, batin dan zahir.Aku mohon keampunan kpd Allah Yang Maha Agung yang mana tiada Tuhan selainNya Dia Yang Maha Hidup &Maha Berdiri Sendiri dan aku bertaubat kpdNya. Ya Allah sesungguhnya  aku mohon keampunan kpdMu dgn dosa² ku yg terdahulu dan dosa² ku yg terkemudian, dgn dosa² yg aku rahsiakan dan dosa²  yg aku lakukan secara terang-terangan yg mana Kau lebih mengetahui dari diriku ini Kau Dzat Terawal dan Dzat Terakhir dan Kau Berkuasa atas setiap sesuatu.

2.🌹Aku mohon keampunan kpd Dzat Yang Maha Agung dan Mulia dari semua dosa², aku mohon keampunan atas dosa² ku semuanya baik yg rahsia mahupun yg tampak, baik yg kecil mahupun yg besar, baik yg lama mahupun yg baru,baik yg pertama mahupun yg terakhir baik yg zahir mahupun batin dan aku bertaubat kpd Mu

Ya Allah sesungguhnya aku mohon keampunan  kpd Mu dari semua dosa yg aku telah bertaubat kpd Mu, kemudian aku kembali mengulanginya.

3.🌹Aku memohon keampunan kpd Mu dr amalan yg mana aku mahukan keredhaan Mu Yang Maha Pemurah namun aku campurkan amalan tadi dgn sesuatu yg Kau tidak redha dgnnya.

Aku memohon keampunan kpd Mu dgn apa2 yg Kau janjikan keatas diriku kemudian aku menyalahi janji tersebut.

Aku memohon keampunan kpd Mu dari apa² yg telah mengajak ku hawa nafsuku dari hal² keringanan yg aku tidak tahu akan hukumnya sedangkan hal itu disisi Mu adalah haram.

4.🌹Aku memohon keampunan kpd Mu yg mana tiada Tuhan selain Mu,Yang Maha Mengetahui hal² yg ghaib dan yg nampak dari segala keburukan yg telah aku lakukan pada waktu cerahnya hari dan waktu gelapnya malam ditika saat ramainya orang mahupun saatku bersendirian, baik aku lakukan secara rahsia mahupun terang terangan dan Kau melihat padaku ketika aku melakukannya, dan aku kerjakan perbuatan itu atas sebab bermaksiat, maka aku bertaubat kpd Mu wahai Yang Maha Lembut Yang Maha Pemurah Yang Maha Penyayang.

Dan aku memohon keampunan Mu  dgn nikmat yg Kau berikan kpdku namun nikmat itu aku bangun kan ia utk perbuatan maksiat.

5.🌹Dan aku memohon keampunan Mu dari dosa² yg tidak ada siapa pun yg tahu melainkan Mu ya Allah,
dari dosa yg tiada siapa yg nampak akan dosa itu melainkan Mu.

tidak mampu aku menampung dosa² ku melainkan dgn kemurahan Mu.

tidak ada yg dpt menyelamatkan aku dari dosa² ku melainkan dgn keampunan Mu.

Dan aku mohon keampunan dariMu dari sumpah2 yg telah aku lafazkan dan kemudian aku langgar sumpah itu  yg mana aku akan dipertanggungjwbkan kelak disisi Mu.

6.🌹Aku mohon keampunan Mu wahai Yang ''Tiada Tuhan selainMu,Maha Suci Engkau sesungguhnya aku termasuk orang2 yg zalim.Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).
Dan Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".

7.🌹Ya Allah ampunilah aku kasihanilah aku dan Kau adalah sebaik2 Dzat Yang Penyayang.
Dan aku mohon keampunan Mu ya Allah dr semua kewajipan2 yg kau fardhukan keatas ku pd malam hari dan pd siang hari dan aku tinggalkan nya krn salah atau sengaja atau lupa atau lalai atau jahil dan dgn sbb itu aku kelak dibalas seksa krnnya.

Dan aku mohon keampunan Mu dari sunnah² Pemimpin Para Rasul dan Penutup Para Nabi², Nabi Mu Sayyidina Muhammad SAW yg mana aku tinggalkannya krn kelalaian atau lupa atau jahil atau ketidakpedulianku akannya.

8.🌹Dan aku mohon keampunan Mu  wahai Dzat tiada Tuhan  selain Mu Kau la Yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi Mu dan sesungguhnya Muhammad hambaMu dan RasulMu. Maha Suci Engkau Tuhan sekalian alam.
Milik Mu kerajaan ini dan segala kepujian bagi Mu dan Kaulah Dzat yg mencukupi bagi kami  dan sebaik-baik wakil, sebaik- baik Tuan dan sebaik-baik penolong.
Dan tiada daya upaya dan kekuatan kecuali dgn Mu ya Allah Yang Maha Tinggi dan Yang Maha Agung.

Wahai Dzat Yang Menutupi segala kekurangan,
Wahai  Dzat Yang Menyenangkan bagi semua yg kesepian,
Wahai Dzat Yang Menemani bagi semua  orang yg asing,
Wahai Dzat Yang memudahkan semua yg susah.

9.🌹Wahai Dzat Yang tidak memerlukan penjelasan dan keterangan,
dan Kau Maha Mampu atas segala sesuatu yg Kau kehendaki, dan semoga Allah melimpahkan selawat keatas Nabi Muhammad dgn bilangan org² yg berselawat ke atasnya,
dan semoga Allah melimpahkan selawat keatas Sayyidina Muhammad dgn bilangan org² yg tidak berselawat ke atasnya, dan semoga Allah melimpahkan selawat  keatas roh Sayyidina Muhammad dalam alam arwah,
dan semoga Allah melimpahkan selawat keatas tanah Sayyidina Muhammad yg berada didalam tanah,
dan semoga Allah melimpahkan selawat keatas kubur Sayyidina Muhammad yg berada didalam kubur,

10.🌹semoga Allah melimpahkan selawat keatas gambaran Sayyidina Muhammad yg berada didalam gambaran,
dan semoga Allah melimpahkan selawat keatas nama Sayyidina Muhammad yg berada didalam nama².

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

11.🌹Maka jika mereka berpaling (dari keimanan) , maka katakanlah,"Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepada Nya aku bertawakal,  dan Dia adalah Tuhan yg memilik'Arasy yg Agung."  Surah At Taubah 127-128
dan selawat dan salam  semoga Allah curahkan keatas Saidina Muhammad, keluarganya  serta sahabat² nya.

No comments: