Thursday, June 25, 2015

Doa

                              
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon kepadaMu keimanan yang sempurna, keyakinan yang sebenar bahawa tiada sesuatu yang akan berlalu keatas kami melainkan apa yang telah Engkau tetapkan.
.         
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami ilmu yang berguna agar dapat kami membaiki diri serta memberi manfaat kepada keluarga dan masyarakat setempat.

Ya Allah Ya Tuhan kami, lapangkanlah dada kami, tutupilah keburukan kami, tenteramkanlah hati kami agar kami sentiasa khusyu' beribadat kepadaMu.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal.

Ya Allah lindungilah kami daripada segala bencana, mala petaka, fitnah, khianat serta inanya daripada sumber yang nyata atau tersembunyi.ِ

Ya Allah kami berlindung dengan Mu dari nafsu yang menyuruh kepada keburukan.

Ya Allah jadikan kami diantara kekasih-kekasihMu, karana kekasihMu saja yang tidak mendapat kecemasan dan kesedihan.

Ya Allah baikkan agama kami, karena itulah sandaran urusan kami dan baikkan akhirat kami, kerana itulah tempat kembali kami.

Ya Allah jangan biarkan pada diri kami dosa kecuali Engkau telah ampunkan

Ya Allah jangan biarkan pada diri kami kesusahan kecuali Engkau hilangkan.

Ya Allah jangan biarkan pada diri kami musuh kecuali Engkau damaikan.

Ya Allah kami memohon ditolakkan setiap kebencian. Sebaliknya Ya Allah berilah kami kecintaan yang pangkalnya redhoMu.

Ya Allah akhirilah hidup kami dengan keampunan.ْ

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Ya Allah…ya Rahman…ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..
Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya malikal mulk…

Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati. dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp gol yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah ya zal jalali wal ikram…

Ya Allah….Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jdkanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…

Aamiin, Aamiim, Aamiin, Ya Robb...

Doa 2

Doa Arafah - Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam saya dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindingi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji pada tahun 2015.

28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Doa 3

🌸ISTIGHFAR REJAB

1.🌹Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan lagi Maha Penyayang dan selawat dan salam  semoga Allah curahkan keatas Saidina Muhammad, keluarganya  serta sahabat² nya.
Aku mohon ampun kpd Allah 3X dan aku bertaubat kpd Allah dari apa² yg dibenci oleh Allah, dalam bentuk perkataan, perbuatan, lintasan hati, batin dan zahir.Aku mohon keampunan kpd Allah Yang Maha Agung yang mana tiada Tuhan selainNya Dia Yang Maha Hidup &Maha Berdiri Sendiri dan aku bertaubat kpdNya. Ya Allah sesungguhnya  aku mohon keampunan kpdMu dgn dosa² ku yg terdahulu dan dosa² ku yg terkemudian, dgn dosa² yg aku rahsiakan dan dosa²  yg aku lakukan secara terang-terangan yg mana Kau lebih mengetahui dari diriku ini Kau Dzat Terawal dan Dzat Terakhir dan Kau Berkuasa atas setiap sesuatu.

2.🌹Aku mohon keampunan kpd Dzat Yang Maha Agung dan Mulia dari semua dosa², aku mohon keampunan atas dosa² ku semuanya baik yg rahsia mahupun yg tampak, baik yg kecil mahupun yg besar, baik yg lama mahupun yg baru,baik yg pertama mahupun yg terakhir baik yg zahir mahupun batin dan aku bertaubat kpd Mu

Ya Allah sesungguhnya aku mohon keampunan  kpd Mu dari semua dosa yg aku telah bertaubat kpd Mu, kemudian aku kembali mengulanginya.

3.🌹Aku memohon keampunan kpd Mu dr amalan yg mana aku mahukan keredhaan Mu Yang Maha Pemurah namun aku campurkan amalan tadi dgn sesuatu yg Kau tidak redha dgnnya.

Aku memohon keampunan kpd Mu dgn apa2 yg Kau janjikan keatas diriku kemudian aku menyalahi janji tersebut.

Aku memohon keampunan kpd Mu dari apa² yg telah mengajak ku hawa nafsuku dari hal² keringanan yg aku tidak tahu akan hukumnya sedangkan hal itu disisi Mu adalah haram.

4.🌹Aku memohon keampunan kpd Mu yg mana tiada Tuhan selain Mu,Yang Maha Mengetahui hal² yg ghaib dan yg nampak dari segala keburukan yg telah aku lakukan pada waktu cerahnya hari dan waktu gelapnya malam ditika saat ramainya orang mahupun saatku bersendirian, baik aku lakukan secara rahsia mahupun terang terangan dan Kau melihat padaku ketika aku melakukannya, dan aku kerjakan perbuatan itu atas sebab bermaksiat, maka aku bertaubat kpd Mu wahai Yang Maha Lembut Yang Maha Pemurah Yang Maha Penyayang.

Dan aku memohon keampunan Mu  dgn nikmat yg Kau berikan kpdku namun nikmat itu aku bangun kan ia utk perbuatan maksiat.

5.🌹Dan aku memohon keampunan Mu dari dosa² yg tidak ada siapa pun yg tahu melainkan Mu ya Allah,
dari dosa yg tiada siapa yg nampak akan dosa itu melainkan Mu.

tidak mampu aku menampung dosa² ku melainkan dgn kemurahan Mu.

tidak ada yg dpt menyelamatkan aku dari dosa² ku melainkan dgn keampunan Mu.

Dan aku mohon keampunan dariMu dari sumpah2 yg telah aku lafazkan dan kemudian aku langgar sumpah itu  yg mana aku akan dipertanggungjwbkan kelak disisi Mu.

6.🌹Aku mohon keampunan Mu wahai Yang ''Tiada Tuhan selainMu,Maha Suci Engkau sesungguhnya aku termasuk orang2 yg zalim.Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).
Dan Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".

7.🌹Ya Allah ampunilah aku kasihanilah aku dan Kau adalah sebaik2 Dzat Yang Penyayang.
Dan aku mohon keampunan Mu ya Allah dr semua kewajipan2 yg kau fardhukan keatas ku pd malam hari dan pd siang hari dan aku tinggalkan nya krn salah atau sengaja atau lupa atau lalai atau jahil dan dgn sbb itu aku kelak dibalas seksa krnnya.

Dan aku mohon keampunan Mu dari sunnah² Pemimpin Para Rasul dan Penutup Para Nabi², Nabi Mu Sayyidina Muhammad SAW yg mana aku tinggalkannya krn kelalaian atau lupa atau jahil atau ketidakpedulianku akannya.

8.🌹Dan aku mohon keampunan Mu  wahai Dzat tiada Tuhan  selain Mu Kau la Yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi Mu dan sesungguhnya Muhammad hambaMu dan RasulMu. Maha Suci Engkau Tuhan sekalian alam.
Milik Mu kerajaan ini dan segala kepujian bagi Mu dan Kaulah Dzat yg mencukupi bagi kami  dan sebaik-baik wakil, sebaik- baik Tuan dan sebaik-baik penolong.
Dan tiada daya upaya dan kekuatan kecuali dgn Mu ya Allah Yang Maha Tinggi dan Yang Maha Agung.

Wahai Dzat Yang Menutupi segala kekurangan,
Wahai  Dzat Yang Menyenangkan bagi semua yg kesepian,
Wahai Dzat Yang Menemani bagi semua  orang yg asing,
Wahai Dzat Yang memudahkan semua yg susah.

9.🌹Wahai Dzat Yang tidak memerlukan penjelasan dan keterangan,
dan Kau Maha Mampu atas segala sesuatu yg Kau kehendaki, dan semoga Allah melimpahkan selawat keatas Nabi Muhammad dgn bilangan org² yg berselawat ke atasnya,
dan semoga Allah melimpahkan selawat keatas Sayyidina Muhammad dgn bilangan org² yg tidak berselawat ke atasnya, dan semoga Allah melimpahkan selawat  keatas roh Sayyidina Muhammad dalam alam arwah,
dan semoga Allah melimpahkan selawat keatas tanah Sayyidina Muhammad yg berada didalam tanah,
dan semoga Allah melimpahkan selawat keatas kubur Sayyidina Muhammad yg berada didalam kubur,

10.🌹semoga Allah melimpahkan selawat keatas gambaran Sayyidina Muhammad yg berada didalam gambaran,
dan semoga Allah melimpahkan selawat keatas nama Sayyidina Muhammad yg berada didalam nama².

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

11.🌹Maka jika mereka berpaling (dari keimanan) , maka katakanlah,"Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepada Nya aku bertawakal,  dan Dia adalah Tuhan yg memilik'Arasy yg Agung."  Surah At Taubah 127-128
dan selawat dan salam  semoga Allah curahkan keatas Saidina Muhammad, keluarganya  serta sahabat² nya.

Monday, June 15, 2015

Ramadhan

1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.
2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap mlm.
3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
4. Beri makan org berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari.
4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
5. Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.
6. Sunat dhuha setiap pagi.
7. Sedekah setiap hari minima seringgit.
8. Pastikan sahur setiap hari.
9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. Tadarus al Quran sambil usaha memahami maksudnya.
11. Ziarah orang yg kurang bernasib baik.
12. Kurangkan ziarah ke bazar2 ramadhan.
13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
14. Elakkan membeli makanan dari tangan2 orang yg fasik.
15. Jauhkan aktiviti yg lagha.
16. Zikir harian, banyakkan berdoa.
17. Lazimi bibir beristighfar sekurang2nya 70x dlm sehari.
18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah
19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
20. Menjaga dan menghubung silaturrahim
21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna ( bukan berpakaian tp bertelanjang)
22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara2 yg dilarang.
23. Tidak berlebih2an maupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan amalan2 sunat- solat sunat rawatib.
24. Lazimi sunnah Rasulullah yg ringan tulang dlm urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)
25. Lazimi utk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah utk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkcan syukur kpd Allah di kala senang maupun susah.
28. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yg telah ditetapkan.
30. Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah2 inilah Ramadhan terakhir kita.

Wednesday, June 3, 2015

Senarai arwah PenGeARK

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. 

AlFatihah      
. بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين


SENARAI NAMA-NAMA ARWAH

ALMARHUM HAJI MUHAMMAD YUSUF BIN JAAFAR
ALMARHUM HAJI MAT NOH BIN HAJI MANAN
ALMARHUM HAJI SUBOH BIN JANTAN
ALMARHUM JANTAN BIN ABDULLAH
ALMARHUM MALIK BIN HAJI MUHAMMAD YUSUF
ALMARHUM SULAIMAN BIN KULUP ABDULLAH
ALMARHUM HAJI AZAHARI BIN HASHIM
ALMARHUM SARIF BIN MAHMUD
ALMARHUM MUHAMMAD NOOR BIN TAMIN
ALMARHUM ZAINOR NIZAM BIN KAMSIDI
ALMARHUM HAJI NGADNI BIN KARTO
ALMARHUM HAJI WARJO BIN SAN ROHMAN
ALMARHUM MUNAJAT BIN MUSTAR
ALMARHUM AHMAD BIN ?????
ALMARHUM ZAINOL BIN AHMAD
ALMARHUM ZAIDI BIN AHMAD
ALMARHUM HASNAN BIN TOLU
ALMARHUM MUHAMMAD FAIZ BIN ZAINOR AZHAR

ALMARHUMAH HAJJAH ASIAH BINTI HAJI OMAR
ALMARHUMAH HAJJAH TAKSIAH BINTI HAJI MUHAMMAD YUSOF
ALMARHUMAH HAJJAH SOM BINTI SAAD
ALMARHUMAH ROHANI BINTI SUBOH
ALMARHUMAH MENCOM BINTI ABDULLAH
ALMARHUMAH HAJJAH JURIAH BINTI KASIRON
ALMARHUMAH KHALIZAH BINTI JABA
ALMARHUMAH MADINAH BINTI DAING
ALMARHUMAH HAJJAH FATIMAH BINTI HAJI ABDUL MALIK
ALMARHUMAH MAKIAH BINTI MUNAJAT
ALMARHUMAH KAMSIAH BINTI DOL MANAP
ALMARHUMAH RASIMAH BINTI HAJI WARJO
ALMARHUMAH MURTASIAH BINTI SAM ABDI
ALMARHUMAH SITI FATIMAH BINTI MOHAMAD AZMI

Tuesday, June 2, 2015

Lemon

Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu Sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system. Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.

Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:

1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.

3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.

4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.

5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.

6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.

7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.

8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.

9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.

10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.

11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.

12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

Lain-Lain Keistimewaan Lemon:

1. Menghilangkan acne Lemon mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam merawat acne.

Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar Caranya: Dengan menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit jus lemon ke tempat acne tu dan biarkan semalaman. Bilas pada esok pagi. Mula-mula memang rasa pedih tapi bila dah selalu buat dah tak rasa apa Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. Letakkan campuran ini dikawasan acne tersebut dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam) Tapi kalau acne ni dah teruk atau ada luka, mintak nasihat dari doctor sebelum memulakan rawatan ye.

2. Menghilangkan rasa takut dan cemas

Kajian membuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress. Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau lemon kan? Caranya: Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.

3. Tiada lagi ulser mulut

Sifat antibacteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni Caranya: Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan solution ni at least 3 kali sehari. Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-kelaman nanti dah tak rasa apa.

4. Demam

Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan-simpan. Minum setiap 2jam sehingga demam tiada lagi! Selesema dan Sakit Tekak Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak Caranya: Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi. Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali selama 30saat dengan sebiji perahan lemon. Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibac dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. Lepas tu telan la jus ni untuk membolehkan sifatnya yang boleh boost immune sistem ni pulak bertindak dalam badan.

5. Merawat kutil dan ketuat (corn and calluses).

Letakkan potongan lemon setebal 5mm pada kutil dan balut dengan kemas. Biarkan semalaman. Sapukan kawasan yang dijangkiti dengan lemon essential oil yang pekat dan belum dicairkan juga membantu proses penyembuhan. Sapu dengan cotton ball atau Q-tip untuk mengelakkan dari terkena kawasan yang tidak dijangkiti.

6. Merawat Eczema

Lemon Wrap mungkin dapat membantu anda yang terkena jangkitan kulit

Tambahkan 8 titik lemon essential oil kepada 1 cawan (250ml) air suam and 1 sudu besar (15ml) madu. Madu juga mempunyai kesan anti radang dan menguatkan lagi healing power of lemon tadi Rendamkan kain ke dalam campuran tadi, perah, dan letak kain tu di kawasan jangkitan selama 15 minit, 2 ke 3 kali sehari Bukan sahaja mengurangkan jangkitan, malah mengurangkan perasaan ingin menggaru.

7. Merawat Keletihan.

Sekiranya kita letih sangat-sangat, especially kepada world traveller.

Cucuk lemon dengan straw dan sedut je. Ini boleh menjadi ubat dan pada masa yang sama sebagai refreshment Tambahkan lemon pada air minum biasa, ia boleh menjadi antiseptic dan mengelakkan penyakit akibat allergy pada sumber air minum yang berbeza-beza Lemon oil juga boleh merangsang brain activity. Jadi bila rasa letih, tambahkan 4 titik lemon oil kepada bekas aromatherapy yang telah diisi air Ataupun minum segelas air lemon selang beberapa jam.

8. Hypertension

Bawang putih, bawang merah dan lemon apabila bergabung boleh melawan hypertension.

Tambahkan 3 ulas bawang putih yang dihancurkan dan 1 biji potongan bawang besar kepada 1liter susu rendah lemak ataupon susu soya. Reneh atas api selama 5 minit Tapiskan dan sejukkan Tambahkan 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari .

9. Kolestrol

Pectin yang ada dalam lemon boleh merendahkan kolestrol.

10. Melegakan sengatan serangga berbisa

Sekiranya penyengat masih ada, amik tweezer dan tarik dia. Urut di tempat yang terkena gigitan tu dengan 1 atau 2 titis lemon oil, campurkan dengan 1sudu sudu kecil madu.

11. Untuk buat insect repellent.

Tambahkan 20 titis lemon oil kepada 1 cawan (250ml) air dan spray ke udara. Dah la berbau wangi, siap boleh halau serangga lagi Ataupon boleh juga rendam cotton ball dalam lemon oil dan letak je dalam bilik Sekiranya nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit yang tak ditutupi baju dengan lemon oil ataupon boleh sapukan dengan 1/2 oz sunflower oil yang telah dicampurkan dengan 10 titisan lemon oil

12. Menidurkan Insomnia

Kajian menunjukkan lemon balm yang digabungkan dengan beberapa calming herbs seperti chamomile dapat mengurangkan keresahan dan membantu untuk tidur. Dalam kajian ini 18 orang volunteers menerima 2 single dosage lemon balm extract ( 300mg dan 600mg) selama 7 hari. 600mg dose of lemonbalm meningkatkan mood dan meningkatkan ketenagan dan kepekaan Menyelamatkan perut Setiap kali makan, minumlah sebiji lemon yang diperah kedalam air suam. Asid pada lemon akan merangsang penghasilan asid dalam perut dan aktiviti otot perut Selamat tinggal Varicose Vein! Caranya: Tambah 6 titis lemon oil kepada 50ml wheat germ oil, 2 titis cypress dan 2 titis juniper oil Gunakan campuran ini setiap hari untuk mengurut kaki dari bawah ke atas, in the direction of the heart Untuk mandian yang menyegarkan urat dan badan, campurkan 8 titisan lemon oil kedalam air mandian yang suam. Tambahkan juga 4 titisan cypress oil yang di blend dengan 1 sudu besar (15ml) madu. Berendam selama 15 minit. dah sudah tu jangan lap badan tapi tekap-tekap je badan tu dengan tuala. Menghilangkan kesakitan Amalkan meminum sebiji lemon yang diperah kedalam air suam 3 kali sehari. Sekiranya sakit yang teruk, letak 2 biji lemon untuk minuman 3 kali sehari Lemon oil mempunyai sifat melegakan kesakitan. Jadi untuk mengurangkan kesakitan, urutlah dibahagian yang sakit itu dengan beberapa titisan lemon oil dicampur dengan 1 sudu besar (15ml) jojoba oil Menghilangkan nafas berbau! Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan, ataupon selepas merokok ataupon air liur yang tak cukup ke. Caranya: Berkumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam Ataupon kunyah lemon slice setiap kali lepas makan Walaupon lemon ni adalah natural remedies, tapi ada beberapa garis panduan: Kanak-kanak berusia 10 tahun dan kebawah, penghidap pedih ulu hati, buah pinggang tidak sesuai minum jus lemon Untuk melindungi enamel gigi kita, jangan terus gosok gigi selepas minum/berkumur dengan air lemon. Tunggu sekurang-kurangnya setengah jam