Monday, April 27, 2015

Rukun Qauli

Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai di dengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita. Berbisik, TAK SAH. suara angin, TAK SAH. baca dlm hati, lg TAK SAH.
Satu huruf tidak terdengar dlm Al-Fatihah tu tak sah. Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker mdjd kuat sgt.

Rukun qauli tu apa? Takbiratul ihram, Al-Fatihah, tahiyyat akhir, selawat dn salam pertama, ada 5 shj.
Yg lain rukun fi'li.
Niat rukun qalbi.

Rukun solat terbahagi kpd tiga (3) kategori:

1. Qalbi (di ingat dlm hati) ,
2. Qauli (diucap dgn lidah).
3. Fi'li (perbuatan)

Rukun solat ada 13 perkara iaitu:

  1. Berdiri bg yg mampu. [Fi'li]
 
2. Niat.[Qalbi]

  3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yg pertama). [Qauli]
Takbiratul Ihram di lafazkan dgn salah.
Contohnya, bertakbir dgn lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dlm hati.
Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB di lafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu huruf pun dlm kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ .
Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dgn suara angin (saperti suara org berbisik).

  4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yg wajib di lafazkan 100% oleh mulut dgn makhraj dn tajwid yg betul.
Sekiranya membaca Al-Fatihah dlm hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.

  5. Rukuk dgn tama'ninah. [Fi'li]
 
6. Iktidal dgn tama'ninah. [Fi'li]
 
7. Sujud dgn tama'ninah. [Fi'li]
 
8. Duduk di antara dua sujud, dgn tama'ninah. [Fi'li]
 
9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]

10. Membaca bacaan Tasyahhud / Tahiyat Akhir. [Qauli]
Lafaz tahiyyaat akhir yg salah.
Perkara ini merupakan antara kesalahan yg amat biasa di lakukan tetapi ramai yg tidak menyedarinya.
Lafaz tahiyyaat wajib di sebut dgn makhraj yg betul krn ia adalah rukun qauli.
Sekiranya lafaz tahiyyat itu di lafazkan dgn suara angin juga, ia akan membatalkan solat.

11. Selawat kpd Nabi Muhammad saw dlm Tasyahhud Akhir. [Qauli]
اللهم صَلِّ على سيـّدنا مُحمـّد

12. Mengucapkan salam yg pertama. [Qauli]

Lafaz salam di baca dlm hati, di lafaz dgn suara angin, atau melafazkan salam dgn makhraj dn huruf yg salah juga boleh membatalkan solat.
Lafaz yg tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kpd ﺃ, huruf ﺡ kpd ﻫ, atau apa shj sebutan yg selain drpd ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat.
Menyebut salam dlm hati juga boleh membatalkan solat, krn lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB di lafazkan 100% oleh mulut dgn makhraj dn tajwid yg betul.

13. Tertib [Qalbi]

No comments: