Punca Penyakit Gout Dan Cara Mengatasinya
Pernah dengar mengenai penyakit gout?
Kepada individu yang menghidapnya pasti tahu bagaimana sakitnya apabila penyakit gout ini menyerang.
Sebenarnya penyakit gout terjadi akibat kandungan asid urik yang berlebihan di dalam darah.
Mendapan asid urik dalam bentuk kristal akan terkumpul di bahagian sendi-sendi dan menyebabkan keradangan dan seterusnya kesakitan yang melampau.
Penyakit gout biasanya menyerang kaum lelaki yang berumur dalam lingkungan 30 hingga 60 tahun.
Dan ia jarang menyerang menyerang kaum wanita sebelum putus haid.
Tanda - Tanda Penyakit Gout
Kebiasaannya penyakit gout menyerang ibu jari.
Ibu jari kaki yang diserang penyakit gout akan menjadi merah, panas, membengkak dan rasa sakit yang teramat sangat.
Serangan penyakit gout boleh berlaku dengan mengejut dan berlanjutan sehingga semalaman.
Bahagian sendi-sendi yang diserang penyakit gout akan terasa berbisa dan menyeksakan sehingga tidak langsung dapat menerima sebarang sentuhan atau geseran walaupun sedikit.
Individu yang diserang penyakit gout akan menderita sakit sehingga berhari-hari dan boleh berlajutan sehingga 1 atau 2 minggu sekiranya tidak menerima rawatan yang sewajarnya.
Penyakit gout juga pada kebiasaannya boleh menyerang kembali selepas seminggu dua atau selepas sebulan diserang.
Selain ibu jari penyakit gout juga turut menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, pergelangan tangan, lutut dan jari-jemari.
Bagaimana Penyakit Gout Terjadi?
Cara pemakanan yang yang tidak terkawal adalah punca utama penyakit gout.
Makanan yang mengadungi kandungan asid purin yang tinggi akan menyebabkan bahan kumuh berupa asid urik dihasilkan secara berlebihan.
Antara faktor yang menyebabkan asid urik berlebihan di dalam darah adalah:
Kadar metabolisma dan pengendalian asid yang tidak seimbang akibat kegagalan buah pinggang menyingkirkan asid urik berlebihan.Faktor keturunanKandungan asid purin (sejenis protein) yang banyak daripada pemakananObesiti Pengambilan alkohol Pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat deuratik dan aspirin
Asid urik berlebihan akan terkumpul pada bahagian sendi dan menyebabkannya sendi membengkak.
Bengkak atau benjolan yang terjadi ini dipanggil "tophi".
Asid urik yang berlebihan dan terkumpul juga boleh mengakibatkan pembentukan batu karang pada buah pinggang.
Pembentukan batu karang pada buah pinggang akan mengakibatkan jangkitan kuman dan seterusnya kegagalan buah pinggang sekiranya rawatan awal yang seawajarnya tidak diambil.
Pada kebiasaannya penghidap penyakit gout juga turut mengalami masalah lain seperti kegemukan, diabetes, darah tinggi dan hiperlipidemia.
Rawatan Penyakit Gout
Sekiranya anda mengalami tanda-tanda serangan penyakit gout, anda perlu segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Doktor akan memberi nasihat sewajarnya dan memberikan preskripsi ubat-ubatan yang tertentu mengikut tahap penyakit gout yang anda hadapi.
Bagi rawatan melalui doktor di klinik atau hospital, kebiasannya pesakit akan diberikan ubat-ubatan anti-radang untuk mengurangkan kesakitan pada sendi.
Walaupun rawatan ini berkesan untuk mengurangkan kesakitan akibat penyakit gout, namun perlu diingat bahawa kandungannya adalah berasaskan dadah yang boleh mendatangkan kesan sampingan sekiranya diambil dalam jangka masa panjang.
Antara kesan sampingan yang akan dialami adalah:
Ubat anti radang / pain killer - Sakit perutColchicine - Menyebabkan rasa loya, muntah dan cirit-birit. (Perlu diambil melalui preskripsi doktor)Steroid - Steroid adalah sejenis dadah yang boleh mengakibatkan ketagihan dan halusinasi sekiranya diambil berlebihan. (Perlu diambil melalui preskripsi doktor)
Cara terbaik bagi mengatasi penyakit gout adalah melalui rawatan semulajadi.
Penghidap penyakit gout juga boleh cuba mengamalkan Set Gout Shaklee yang terdiri daripada Alfalfa Complex, Performance Drinkdan OmegaGuard.
Set Gout Shaklee dihasilkan dengan bahan-bahan yang 100% semulajadi yang selamat diambil walaupun dalam jangka masa yang lama serta disahkan halal.
Set Gout Shaklee terbukti berkesan dan hasil tinjauan, ramai pesakit gout berjaya sembuh dalam tempoh kurang daripada 1 bulan.
Set Gout Shaklee berupaya membantu penghidap penyakit gout dengan cara berikut:
Alfalfa Complex
Mengelakkan keradangan dalam sendi dan mengurangkan kesakitan akibat goutPesakit perlu minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari untuk membantu melancarkan proses detoks dan pembuangan asid urik.Anda juga boleh tahu lebih lanjut mengenai Alfalfa Complex melalui artikel lalu yang bertajuk: Rahsia Kelebihan Alfalfa Yang Belum Anda Ketahui
OmegaGuard
Kandunngan DHA and EPA dalam Omega 3 boleh membantu mengelakkan keradangan sendi dan mengurangkan kesakitan pada sendi.Amat penting bagi individu yang mengalami sakit gout yang teruk.Anda juga boleh tahu lebih lanjut mengenai OmegaGuard melalui artikel lalu yang bertajuk: Shaklee OmegaGuard Demi Kesihatan Insan Tersayang
Performance Drink
Memelihara dan mengekalkan imbangan cecair dan elektrolit dalam badan bagi mengelakkan penghidratan.Pesakit gout perlu menyingkirkan asid urik berlebihan dengan cara membuang air kecil dengan lebih kerap.Berfungsi menggantikan air yang hilang dan memastikan tahap air yang seimbang dalam badan pesakit.Anda juga boleh tahu lebih lanjut mengenai Performance Drink melalui artikel lalu yang bertajuk: Performance Drink Untuk Kecergasan Berganda
Amalan Pemakanan Bagi Pesakit GoutGout berpunca daripada asid urik berlebihan di dalam darah.
Jadi amat penting bagi pesakit gout menjaga pemakanan. Pastikan makanan yang diambil tidak mengandungi kandungan asid purin yang tinggi yang boleh meningkatkan tahap asid urik dalam darah.
Antara makanan yang perlu dielakkan:
Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otakIkan bilis, kembung dan sardinDaging cincangEkstrak daging, ragi (marmite) dan kiub rebusan dagingMakanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
Antaran makanan yang perlu dikurangkan:
Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayamKekacang Ayam dagingRoti jagung dan bijirin
Perlu diingat penyakit gout adalah penyakit yang boleh sembuh dan semakin awal anda mengambil tindakan untuk merawatnya semakin mudah untuk anda sembuh sepenuhnya.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba Set Gout Shaklee ini, bolehlah segera menghubungi saya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Wasalam.
No comments:
Post a Comment