Thursday, April 21, 2016

Doa2

                               
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                            
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami mohon keampunan Mu dan kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu Ya Allah.

Ya Allah, permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat.

Ya Allah jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu.

Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu Ya Allah.

Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, ikhlaskan hati kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati kami agar apa yang kami lakukan adalah semata mata kerana Mu Ya Allah.

Ya Allah kami mohon kepada Mu Ya Allah bantulah  kami, peliharalah kesihatan kami, berikanlah ketenangan kepada kami, jauhilah kami daripada perasaan resah dan gelisah.

Ya Allah Ya Tuhan kami berilah kami kejayaan dan semoga kejayaan itu menjadi pembuka jalan untuk kami menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri kami kepada Mu Ya Allah.
Ya Allah  perbaikilah akhlak  kami, jadikanlah kami umatMu yang mempunyai sahsiah diri yang baik. 

Ya Allah, apa yang kami doakan ini kami doakan juga untuk anak-cucu dan sahabat handai kami Ya Allah.

Ya Allah, jadikanlah anak-cucu kami umat Mu yang soleh Ya Allah, yang menyejukkan mata kami memandangnya Ya Allah.

Ya Allah jjadikanlah anak-cucu kami ahli syurga Ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu Ya Allah.

Ya Allah jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu Ya Allah.

Ya Allah tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat.

Ya Allah janganlah Engkau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah Ya Allah.

Ya Allah, kami serahkan kepada Engkau untuk mengawasi anak-cucu kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami Ya Allah.

Ya Allah gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai dan jauhilah mereka daripada berada di tempat  yang Engkau murkai.

Ya Allah, perkenankanlah doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami.

Ya Allah kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha mengkabulkan doa doa kami ini. َ
َ
Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidu kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

No comments: