Tuesday, July 24, 2018

PERANGKAP CICAK MUDAH

 PERANGKAP CICAK MUDAH
Cit cit cit, alahai banyaknya cicak ni, yang paling tak tahannya, buang najis bersepah, musyukk yakmattt. Kalau terpijak, rata pulak najis satu rumah.
Dah puas spray dengan berbagai bahan, letak macam-macam umpan tapi tak jalan.
Nak menghalaunya memang satu kerja yang sukar, silap hari bulan diberaknya kita,tup tup kena atas hidung😡
Jom, kita buat perangkap cicak.Mudah dan murah jer nak buat perangkap cicak ni
Alat dan bahan:
1. Botol plastik kosong
2. Kapas muka
3. Air paip
4. Gula (boleh ganti dengan susu pekat manis- cicak suka benda manis2 kan)
5.Minyak masak
Cara membuatnya:
1.Potong botol air di bahagian atas.
2.Letakkan kapas muka di bahagian bawah botol.
3.Masukkan gula pasir.
4.Masukkan air.
5.Sapukan sedikit minyak masak pada bahagian dalam botol plastik dan bahagian luar pada atas botol yang dipotong tadi.
6.Letakkan semula bahagian atas botol dengan cara menterbalikkannya.
7.Siap untuk guna.
Untuk lebih detail, sila
tonton video ini.
Dengan melihat pada gambar dan video ini, korang boleh tahu cicak tersebut akan masuk ke dalam botol dan tak boleh keluar sebab botol licin kerana di sapu minyak masak.
*semasa nak letak perangkap ni, pastikan muncung tu betul2 melekat di dinding, biar cicak boleh lalu terus dari dinding, tampal guna selotep pun boleh ya .
Mudah bukan? Cara begini lebih senang dari mengejar cicak untuk di spray atau dilastik dengan getah.

Foto Alosnida Musa.  Foto Alosnida Musa.  Foto Alosnida Musa.  

APA MAKSUD BAJA NPK ?.

APA MAKSUD BAJA NPK ?.
1. Ramai pekebun menggunakan baja butiran yang tertera tulisan NPK pada bungkusan:15-15-15 atau 12-12-17.
2. Maksud NPK :
N bermaksud Nitrogen : Baja untuk daun
P bermaksud Posphorus: Baja untuk akar
K bermaksud Kalium (Potassium) : Baja untuk buah/bunga
3. Jika pada baja NPK 12-12-17, bermaksud mempunyai kandungan:
Nitrogen:12%,
Posphorus:12%
Kalium (Pottasium):17%.
4. NPK 12-12-27, jika dijumlahkan semuanya baru 41%. Ini kerana lebihan 59% tersebut adalah bahan lengai ataupun 'filler' yang digunakan bagi memegang dan mengurangkan 'kepanasan' setiap komponen tersebut. Jika peratusan setiap komponen tersebut digunakan 100%, ia akan menjadi merbahaya pada pokok dan mengakibatkan kesan terbakar.
5. Contohnya, Baja Urea, bacaan label adalah 46-0-0. Ini bermakna Urea hanya mempunyai komponen Nitrogen sebanyak 46% dan tiada Posphorus atau kalium. (Baja Daun)
6. Pembajaan untuk tumbesaran : Baja nilai N yang tinggi ataupun NPK yang SAMA seperti 15-15-15 atau 16-16-16 atau 18-18-18
7. Untuk akar yang kuat : Baja yang nilai P yang tinggi. Seperti CIRP (Christmas Island Rock Phosphate) Kandungan P adalah 28%-32%
8. Untuk ualiti Buah & Bunga : Baja yang nilai K yang tinggi. Seperti PN (Potassium Nitrat) di mana kandungan K adalah 46%
9. Kita perlu merancang untuk memberi TUMBESARAN POKOK yang baik dengan memberikan baja 15-15-15 atau 16-16-16 atau 18-18-18.
10. Apabila tiba masa untuk BERBUNGA atau BERBUAH, ubah pula kepada 12 -12 -17 + Magnesium+Trece Elemen (TE)
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat..

Foto Kitosan Fertilizer Bio. Foto Kitosan Fertilizer Bio. Foto Kitosan Fertilizer Bio.