Friday, October 13, 2017

Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

Asalamualaikum  dn salam sejahtera..... ...Intipati catatan kuliah Dhuha Oleh ustaz Ahmad Dusuki . Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)
1. Kehidupan manusia bermula dari
- alam rahim
- alam fana
- alam barzakh
- alam mahsyar
- alam syurga @ neraka
2.Ketika air mani dipancarkan ke dlm rahim, 40 juta sperma berenang msk & hanya satu shj yg diizinkan Allah bercantun dgn ovum utk membtk nuftah & hdp di alam rahim sehingga 9 bln.
3.Ketika di dlm kandungan(4 bln) akan ditiupkan roh dan ditetapkan 4 perkara iaitu:
- rezeki
- ajal (bila, di mana, bgm)    
- amalan & khdpn ( kahwin dgn siapa, brp org anak, adik beradik)
- ahli syurga@ neraka.
4.Walaupun tlh ditentukan 4 perkara tersebut qada dan qadar manusia boleh berubah.
5.Qada dan qadar ada 2 iaitu :
- qada mubram  iaitu qada yg boleh berubah melalui doa
- qada muallaq  iaitu qada yg tidak boleh berubah. Cth : 40 hari sblm kematian
6. Kita hidup di  alam ini adalah dlm keterpaksaan..dipaksa  & terpaksa.
7. Kita dipaksa keluar dari alam rahim ke alam fana ( dunia).. alam kanak2..alam remaja (12 - 21 thn)..alam dewasa (22- 40 thn)..alam tua ( lbh 40 thn). Lebih 70 thn disebut tua bangka..
8.Masa remaja adalah salah satu juzuk dari kegilaan..lihatlah dunia remaja..percakapan, cara berpakaian kadang2 celaru dan gila. Saat remaja adalah saat kebingungan..satu alam yg terpaksa dilalui..dari remaja dipaksa menjadi dewasa.
9. Hadis nabi ada menyebut  setiap manusia Allah berikan ujian sbyk 99 ujian kematian bermula  dr bayi hinggalah sebelum mati..sehinggalah ujian yg ke 100 maka kamu akan mati..
10. Siapa2 yg berusia pd umur 40 thn tetapi dia tdk berubah sikap ke arah yg baik maknanya mereka tidak akan berubah lagi  sehingga menunggu talkin dibacakan..
11.Setiap yg hidup akan merasai mati..roh org beriman adalah spt minyak yg berkumpul di dalam air. Roh akan berkumpul di kaki utk ditarik keluar. Dari kaki ke pinggang..ke perut bilamana smpai ke perut akan berdengar beberapa urat putus n bg lelaki terasa zakar naik ke atas lalu bg org beriman akan mengatakan laailahailallah..tp bg org yg tdk beriman akan mengatakan ia cuma kebetulan shj..tidak ada apa2 yg berlaku..
12. Semua makhluk Allah termasuk haiwan tahu yg roh si mati itu akan masuk syurga @ neraka kecuali jin dan manusia..
13. Tanda2 jenazah itu ahli neraka:
-mulut berbuih
-wajah masam
-najis keluar terlalu byk ketika sakarul maut.
14.Tanda2 jenazah itu ahli syurga:
-dahinya berpeluh
-hidung kembang kempis dan air matanya mengalir
- wajahnya lebih cerah ketika sakaratul maut
-najis keluar sedikit shj
15. Sakitnya perempuan yg bersalin   itu adalah 1 juzuk drpd 99 juzuk kesakitan kematian..
16. Kalau boleh yg memandikan jenazah kita adalah anak2 kita..yg mengkafankan kita adalah anak2 kita...anak kita jd imam solat jenazah kita..maka beruntungnya kita..
17. Ustaz berkongsi doa yg dibacakan oleh anak2 kpd ayahnya yg telah meninggal dunia.( sewaktu menziarahi jenazah seorg lelaki)
"Ya Allah ..waktu mana kami kecil2..ayah kami mandikan kami dgn penuh kasih sayang dgn penuh kelembutan...jadi kami mandikan jenazah ayah kami ini maka Kau ampunkan dosanya ya Allah..waktu mana kami kecil ya Allah..kami dipakaikan baju oleh ayah kami ya Allah..tp kami lempar ke mukanya ya Allah..jadi hari ini kami kafankan ayah kami dgn penuh kelembutan..Kau ampunkan dosanya..di waktu mana ayah kami menjadi imam solat kami dul u..kami lari tak nak  solat..jadi hari ini kami imamkan solat jenazah ayah kami ........."
18. Quran yg dibaca sebelum subuh akan menjadi peguambela sewaktu kita di alam barzakh nanti..
19. Nabi kata  aku tidak pernah tgk keadaan yg sgt huru hara spt pdg mahsyar ini..siapa yg selamat di alam barzakh maka selamatlah dia di pdg mahsyar nanti..
KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?
Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedrkah....." -(surah al mu'minun:10)
Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?
Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."
Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.
Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh. Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.
Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah.
"Kalaulah org yg bersedekah itu mengetahui dgn sbnrnya dan dpt menggambarkan bhw sedekah itu diletakkan dalam 'tangan Allah' sebelum ia ke tangan orang faqir, nescaya kelazatan orang yang memberi lebih terasa besar drp kelazatan si penerima.- Ibnu Qayyim.
Adakah anda pernah membaca tntang faedah bersedekah?
1) amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga
2) sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan
3) pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka
4) sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur
5) sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)
6) sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.
7) sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat
8) sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)
9) sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan
10) sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya
11) orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)
12) pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar
13) org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.
14) sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati
15) Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.
16) bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.
17) sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan
18) sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh
19) sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian
20) pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.
Dan sebaik2 sedekah skrg ini ialah menyebarkan msj ini dengan niat bersedekah. Kerana setiap org yg "copy paste" msj ini, pahalanya adalah utkmu juga, in sha Allah..

Doa akhir dan awal tahun hijrah


*DOA AKHIR TAHUN*

Doa ini dibaca sesudah shalat ashar (sebelum maghrib)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعٰلمِيْنَ.  وَصَلىَّ اللهُ عَلىٰ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ وَ عَلىٰآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ اَللهم مَا عَمِلْتُ فِي هٰذِهِالسَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنِيْ عَنْهُ فَلَمْ أَتُبْ مِنْهُ وَلَمْ تَرْضَهُ وَلَمْ تَنْسَهُ وَحَلِمْتَ عَلَيَّ بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلىٰ عُقُوْ بَتِيْ وَدَعَوْ تَنِيْ إِلَى التَّوْ بَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْاءَتِيْعَلىٰ مَعْصِيَتِكَ فَإِنِّيْ أَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْلِيْ وَمَا عَلِمْتُ فِيْهَا مِمِّاتَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنِيْ عَلَيْهِ الثَّوَابَ فَأَسْأَلُكَ اَللهم يَا كَرِيْمُ يَاذَاالْجَلاَلِ وَالْإِكْرَامِ. اَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنِّيْ وَلاَتَقْطَعْ رَجَائِيْ مِنْكَ يَاكَرِيْمُ وَصَلىَّ اللهُ عَلىٰ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ وَ عَلىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. وَ الْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعٰلمِيْنَ

*Bismillaahir rahmaanir rahiim, Alhamdulillaahi robbil 'aalamiin. Wa shallallaahu ‘ala sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shahbihii wa sallam. Allaahumma maa ‘amiltu fii haadzihis sanati mimmaa nahaitanii ‘anhu falam atub minhu wa lam tardhahu wa lam tansahu wa halimta ‘alayya ba’da qudratika ‘alaa 'uquubati wa da’autanii ilat taubati minhu ba’da jur-atii 'alaa ma’shiyatika fa innii astaghfiruka faghfirlii wa maa ‘amiltu fiihaa mimmaa tardhaahu wa wa’adtanii ‘alaihits tsawaaba fa-as-aluka Allaahumma yaa kariimu yaa dzal jalaali wal ikraami an tataqabbalahuu minni wa laa taqtha’ rajaa-ii minka yaa kariim, wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihii wa sahbihii wa sallam, walhamdulillaahi robbil 'aalamiin*

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami nabi Muhammad SAW, beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang aku belum bertaubat, padahal Engkau tidak meridhainya dan melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu) kepadaku, yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untukku dan Engkau telah mengajakku untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat kepada-Mu. Karena itu, aku mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepadaku. Segala apa yang telah aku kerjakan selama tahun ini berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala. Saya mohon kepada-Mu ya Allah wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan semoga berkenan menerima amalku dan semoga Engkau tidak memutuskan harapanku kepada-Mu wahai Dzat Yang Maha Pemurah. Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas junjungan kami Muhammad beserta para keluarga dan sahabatnya. dan Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam

*DOA AWAL TAHUN*

Doa ini dibaca sesudah shalat maghrib

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعٰلمِيْنَ. وَصَلىَّ اللهُ عَلىٰ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ وَ عَلىٰآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. اَللهم أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ الْأَوَّلُ وَ عَلىٰ فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ المُعَوَّلِ وَهٰذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ نَسْأَلُكَ اْلعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَائِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلىٰهٰذِهِ النَّفْسِ الْأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَاْلإِشْتِغَالَ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفٰى يَاذَالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ وَصَلىَّ اللهُ عَلىٰ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ وَ عَلىٰآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. وَ الْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعٰلمِيْنَ

*Bismillaahir rahmaanir rahiim. Alhamdulillaahi robbil 'aalamiin Wa shallallaahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shahbihii wa sallam. Allaahumma antal abadiyyul qadiimul awwalu wa ‘alaa fadhlikal ’azhimi wujuudikal mu’awwali  wa haadza ‘aamun jadiidun qad aqbala nas-alukal ‘ishmata fiihi minasy syaithaani wa auliyaa-ihi wa junuudihi wal ’auna ‘alaa haadzihin nafsil ammaarati bis suu-i wal isytighaala bimaa yuqarribunaa ilaika zulfaa yaa dzal jalaali wal ikraami yaa arhamar raahimin, wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shahbihii wa sallam, walhamdulillaahi robbil 'aalamiin*

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW beserta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah Engkaulah yang abadi, dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung. Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan dan penghulu kami Muhammad beserta para keluarga dan sahabatnya. dan Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.


Keutamaan berpuasa 9 Muharram (tasu'a) dan dan 10 Muharram ('asyura)

Tazkirah Pg Sabtu.......Keutamaan berpuasa 9 Muharram (tasu'a) dan dan 10 Muharram ('asyura)
9 Muharram : 30 Sep (Sabtu)
10 Muharram : 1 Okt (Ahad)

*Kelebihan berpuasa 'asyura.*

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a bahawasanya:

وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ؟ فَقَالَ: «يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ»

“Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, maka baginda bersabda: “Ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu.”(Muslim 1162)

*Sejarah puasa 'asyura 10 Muharram*

Hari ‘Asyura atau 10 Muharram adalah hari yang agung, pada hari tersebut Allah menyelamatkan nabi Musa dan Harun a.s dan Bani Israil dari dikejar Fir’aun dan bala tentaranya di Laut Merah. Untuk mensyukuri nikmat yang agung tersebut, kaum Yahudi diperintahkan untuk melaksanakan puasa ‘Asyura.

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا، قَالَ: قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ المَدِينَةَ فَرَأَى اليَهُودَ تَصُومُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، فَقَالَ: «مَا هَذَا؟»، قَالُوا: هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ هَذَا يَوْمٌ نَجَّى الله بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ، فَصَامَهُ مُوسَى، قَالَ: «فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ»، فَصَامَهُ، وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

Dari Ibnu Abbas r.hma berkata: “Nabi s.a.w tiba di Madinah, maka baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa hari ‘Asyura. Baginda bertanya kepada mereka: “Ada apa ini?”

Mereka menjawab, “Ini adalah hari yang baik. Pada hari ini Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka. Maka Nabi Musa berpuasa pada hari ini.”

Nabi s.a.w bersabda, “Saya lebih layak dengan nabi Musa dibandingkan kamu.” Maka baginda berpuasa ‘Asyura dan memerintahkan para sahabat untuk berpuasa ‘Asura.”(AlBukhari dan Muslim)

*Sejarah puasa tasu'a 9 Muharram*

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، قَالَ: حِينَ صَامَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ» قَالَ: فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ، حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Dari Abdullah bin Abbas r.hma berkata: “Ketika Rasulullah s.a.w melakukan puasa ‘Asyura dan memerintahkan para sahabat untuk berpuasa ‘Asyura, maka para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, ia adalah hari yang diagungkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani.”

Maka beliau bersabda, “Jika begitu, pada tahun mendatang kita juga akan berpuasa pada hari kesembilan, insya Allah.”

Ternyata tahun berikutnya belum datang, Rasulullah s.a.w telah wafat.” (Muslim)

Sahabat, jom kita berpuasa. Yang paling afdhal ialah berpuasa 9 dan 10 Muharram seperti yang dianjurkan Rasulullah s.a.w. Namun jika tidak mampu, memadai dengan berpuasa sehari sahaja pada 10 Muharram seperti yang dilakukan Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang mulia. Semoga Allah memberikan kita kekuatan dan Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu. Amiin ya robbal 'alamiin.
Wallahua'lam

Sempurnakah Solat Kita?

Dalam 13 rukun solat itu terdapat 3 rukun khusus

Ramai yang SOLAT tetapi ramai juga yang solat ikut-ikutan dan tidak berapa faham cara solat yang sebenar yang boleh menjejaskan sah solat kita

Rukun solat ada 13

1.   Niat
2.   Berdiri dengan betul
3.   Takbiratul ihram
4.   Membaca Al Fatihah
5.   Rukuk
6.   I’tidal
7.   Sujud
8.   Duduk antara 2 sujud
9.   Bacaan tahiyat akhir
10. Duduk tahiyat akhir
11. Selawat dalam tahiyat akhir
12. Salam
13. Tertib

Dalam 13 rukun itu dipecahkan kepada 3 bahagian

I. Rukun Qalbi iaitu rukun ke atas pekerjaan hati
2. Rukun Fi’il iaitu rukun ke atas perbuatan atau gerak kerja
3. Rukun Qauli iaitu rukun ke atas ucapan atau kata-kata di mulut.

Majoritinya ramai dari kita faham dan lulus 2 rukun pertama iaitu Rukun Qalbi dan Rukun Fi’il dan ramai yang melanggar Rukun Qauli terutamanya ke atas mereka yang menjadi makmum dalam solat.

Kesalahan Rukun Qauli Yang Selalu Di Langgar Dalam Solat

Ramai dari kita tidak kira samada ketika bersolat sendirian mahupun ketika berjemaah kita selalu membaca bacaan-bacaan solat di dalam hati
Kita ingat dengan bersolat begitu kita rasa kita sah tapi kita khuatir ianya tidak sah.

Ada juga yang seperti membaca di bibir tetapi rupa-rupanya hanya bunyi angin yang keluar dari mulut yang tidak mengeluarkan bunyi bacaan (Hanya bunyi angin sahaja).

5 Rukun Qauli yang selalu kita langgar di dalam solat

1. Tidak takbir ‘Allahu Akbar’ dengan menyebut atau melafaz jelas di bibir

2. Tidak membaca Al Fatihah secara lafaz

3. Tidak membaca Tahiyat Akhir secara lafaz

4. Tidak membaca selawat secara lafaz di rakaat terakhir

5. Tidak memberikan salam ‘Assalamualaikum Warahmatullah’ dengan secara lafaz

Apa Maksud “Menyebut Dan Melafaz” ?

Dalam Rukun Qauli kita perlu menyebut atau melafaz bacaan yang perlu kita sebut dan lafazkan sehingga terdengar pada telinga kita sendiri.
Cukup sekadar untuk telinga kita sendiri dan tidak wajib ke atas semua bacaan solat tetapi pada 5 tempat

1. Semasa Takbiratul Ihram

2. Semasa membaca Al Fatihah

3. Semasa Tahiyat Akhir

4. Semasa membaca selawat pada rakaat terakhir

5. Semasa lafaz salam

Oleh itu, perbaiki segera 5 Rukun Qauli ini untuk menjadikan solat kita sah dan sempurna

Jika solat yang selama ini kita lakukan tidak sempurna atau tidak sah,  perlulah kita segera:

1. Taubat mohon keampunan dari Allah dan jangan di ulagi lagi kesalahan yang sama

2) Tuntut ilmu, belajar, ulangkaji, jangan melenting apabila di tegur, perbaiki diri dan kesilapan lalu..

Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun

Carilah ilmu yang sebenar dan beramal dengannya agar tidak rugi di dunia apatah lagi di  akhirat nanti.

Sebarkan kebaikan
Kongsikan kebahagiaan