Monday, October 24, 2016

Cerita motivasi

Nak share satu cerita...

Sepasang pengantin baru yang sangat miskin tinggal di ladang yang kecil. Mereka ini masih muda.
Pada suatu hari si suami membuat cadangan berikut kepada isterinya.
“Sayang, saya akan meninggalkan rumah ini. Saya akan mengembara jauh, untuk mencari pekerjaan dan bekerja keras supaya dapat memberikan kamu kehidupan yang selesa yang selayaknya kamu dapat.  Saya tidak tahu berapa lama saya tinggal jauh dari kamu, cuma satu yang saya pinta, tunggu kepulangan saya, dan sepanjang kepergian saya, kamu harus setia kepada  saya, kerana saya akan setia kepada kamu.
Isterinya bersetuju, jadi pemuda itupun pergi. Dia jalan berhari-hari sehingga akhirnya dia bertemu dengan seorang peladang yang memerlukan pekerja. Pemuda itu menawarkan khidmatnya. Dia diterima. Oleh itu dia membincangkan syarat-syarat dengan majikannya.
“Saya akan bekerja selama mana yang saya mau dan apabila saya ingin pulang, tolong lepaskan saya daripada pekerjaan saya. Saya tidak mau menerima gaji saya. saya mau kamu simpankan itu untuk saya, sehingga pada hari saya akan pergi. Pada hari saya memutuskan untuk pulang, tolong berikan wang saya.”
Mereka sama-sama bersetuju. Jadi, pemuda itu bekerja selama dua puluh tahun tanpa  cuti dan tanpa rehat. Selepas dua puluh tahun, dia mendatangi majikannya dan berkata, “Tuan, saya mahukan wang saya, kerana saya ingin pulang.”
Majikan itu menjawab, “Baiklah, lagipun saya telah membuat perjanjian dengan kamu dan saya mematuhinya. Bagaimanapun, sebelum kamu pergi saya ingin menawarkan kepadamu sesuatu yang baru. Saya akan berikan semua wang kamu dan benarkan kamu pergi; atau saya berikan kamu tiga nasihat, tetapi kau tidak akan dapat wang itu. Sekarang, pergilah ke bilikmu dan fikirkan keputusanmu.”

Dia berfikir selama dua hari. Kemudian dia pergi berjumpa dengan majikannya dan berkata, “Saya mahukan tiga nasihat itu.”
Majikan itu menekankan semula, “Jika saya berikan kepadamu tiga nasihat, kamu kehilangan wangmu itu.”
Pemuda itu menjawab, “Saya mahu tiga nasihat itu.”

Kemudian majikan itu memberikan tiga nasihat:
1. Jangan mengambil jalan pintas dalam kehidupanmu, jalan pintas dan tidak diketahui boleh membahayakan nyawamu.
2. Jangan sekali-kali terlalu ingin tahu, kerana keingintahuan terhadap kejahatan boleh membunuh.
3. Jangan membuat keputusan ketika dalam kemarahan atau kesakitan, kerana  apabila kamu menyesal, itu sudah telambat.
Selepas memberikan tiga nasihat ini, majikan itu berkata kepadanya, “Di sini   ada tiga buku roti untukmu, dua untuk kau makan semasa dalam perjalanan dan yang terakhir adalah untuk kau makan bersama isterimu setelah kau sampai di rumah nanti.”
Jadi, pemuda itupun pergi, selepas dua puluh tahun jauh dari rumah dan isterinya  yang dia sangat cintai.
Selepas lima hari perjalanan, dia bertemu dengan seorang lelaki yang menyapa dia dan bertanya, “Ke mana kau pergi?”
Pemuda itu menjawab, “Ke suatu tempat kira-kira 20 hari perjalanan jika saya terus berjalan.
Orang itu berkata kepadanya, “Wahai pemuda, jalan itu sangat panjang! Saya tahu jalan pintas yang sangat selamat dan kau akan sampai dalam masa 5 hari sahaja.”
Pemuda itu mula ikut jalan yang dicadangkan, tetapi kemudian  dia teringat nasihat yang pertama. Lalu dia kembali mengikut jalan yang panjang. Beberapa hari kemudian dia ketahui bahawa jalan pintas itu membawa kepada serangan hendap.
Selepas beberapa hari perjalanan lagi, dia dapati rumah tumpangan di tepi jalan, di mana dia boleh berehat. Dia membayar sewa bilik dan setelah mandi dia baring untuk tidur. Pada malam itu dia terbangun kerana dia mendengar  jeritan yang menakutkan. Dia bangun dan pergi ke pintu untuk melihat apa yang berlaku. Ketika dia hendak membuka pintu, dia ingat nasihat yang kedua. Oleh itu dia kembali, baring dan tidur semula.
Esoknya, selepas sarapan, pemilik rumah tumpangan itu bertanya kepadanya sama ada dia tidak mendengar jeritan malam itu. Pemuda itu mengesahkan bahawa dia telah mendengar.
Kemudian tuan rumah itu berkata, “Kamu tidak ingin tahukah apa yang berlaku?”
Pemuda itu menjawab, “Tidak.”
Tuan rumah itu berkata, “Kamulah tetamu pertama yang meninggalkan rumah ini hidup-hidup. Jiran saya benar-benar gila. Dia biasanya menjerit pada waktu malam untuk menarik perhatian orang. Apabila tetamu keluar, dia membunuh mereka dan menguburkan mayat mereka di belakang rumah.”
Pemuda itu meneruskan perjalanannya, tak sabar-sabar sampai lebih awal.
Selepas beberapa hari dan malam berjalan, pemuda itu sangat penat, tetapi akhirnya dia nampak rumahnya  dari jauh. Waktu itu sudah malam. Ada cahaya dari tingkap dan dia nampak bayang-bayang isterinya. Tetapi dia lihat isterinya tidak bersendirian. Pemuda itu datang lebih dekat dan melihat ada seorang lelaki bersama isterinya. Dia memutuskan untuk menyerbu dan membunuh mereka berdua tanpa belas kasihan. Bagaimanapun, dia menarik nafas panjang dan mengingati nasihat yang ketiga. Lalu dia berhenti, dia memutuskan untuk tidur di luar pada malam itu. Dia tidur di semak, memutuskan untuk membuat keputusan esoknya.
Setelah pagi, dia lebih tenang dan dia berkata dalam hati,  “Saya tidak akan bunuh isteri saya dan kekasihnya. Saya akan kembali kepada majikan saya untuk meminta dia terima saya semula. Tetapi sepelum saya pergi, saya mau katakan kepada isteri saya bahawa  selama ini saya tetap setia kepadanya.”
Dia ke pintu dan mengetuk. Apabila isterinya membuka pintu dan mengenali dia, si isteri menangis dan memeluknya dengan perasaan yang gembira sekali. Suami itu cuba menolak isterinya tetapi tidak berdaya. Kemudian, dengan linangan air mata dia berkata kepada isterinya, “Saya tetap setia padamu tetapi   kamu menghianati  aku.
Isterinya terkejut, lalu dia menjawab, “Bagaiama saya menghianati kamu? Saya tidak pernah menghianati. Saya dengan sabat menanti  kamu selama dua puluh tahun.”

Kemudian si suami bertanya, “Bagaimana dengan lelaki yang kau usap-usapi semalam?”
Isterinya menjawab, “Lelaki itu adalah anakmu. Ketika kamu pergi, saya dapati saya sudah mengandung. Hari ini genaplah umurnya yang kedua puluh tahun.”
Setelah mendengarnya, si suami memohon ampun dari isterinya. Dia berjumpa dan memeluk anaknya. Kemudian dia menceritakan semua yang dia alami selama pemergiannya. Sementara itu, isterinya menyediakan minuman untuk mereka makan besama roti terakhir yang diberikan oleh majikan si suami. Selepas doa kesyukuran, dia  mematahkan roti itu. Di dalam roti itu dia melihat wangnya, semuanya. Bahkan, wang itu lebih daripada gaji yang sepatutnya dia terima bagi kerjanya yang dedikasi selama dua puluh tahun.
Kawan-kawan, begitula umpama Allah mengajar kita. Apabila dia meminta kita buat pengorbanan, dia ingin memberikan kita lebih banyak daripada apa yang kita berikan kepadaNya. Dia mau kita memiliki hikmatNya yang unik dan juga berkat kebendaan.
"RENUNGAN BUAT KITA YG SEMAKIN TUA"

1. Sisα hίdυρ semakin pendek:
» yg boleh kita makan, makanlah;
» yg boleh kita pakai, pakailah;
» yg Ingin kita beli, belilah;
» kalau masih mampu memberi, berilah;
» masih mampu berbagi, berbagilah.

Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dgn ahli waris, Allah yg akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hίdυρ ini dgn pasangan kita selagi masih ada.

2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.

3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !

4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia.
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.

5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan --- semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman.
Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yg Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela, mengawal  diri.
Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada...
dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.
Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.

6. Kasih ibubapa  kepada anak2 tidak ada batasnya !!!.
Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya.
Sedarlah! tatkala  anak sakit, hati ibubapa  terhiris;
tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya2 ala kadar...
Anak2 memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!!
Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.

7. Rumah ibubapa  adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas...  tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibu bapa. SELAMAT MENITI HARI TUA 😊

Aku berdoa.. Ya اَللّهُ : 

Muliakanlah yang membaca pesan ini;
Lapangkanlah hatinya;
Bahagiakanlah keluarganya, dan luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan;
Mudahkan segala urusannya; Kabulkan cita-citanya;
Jauhkan dirinya dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar, dan mungkar;
Jauhkan dari segala musibah serta terimalah semua amal ibadahnya; dan
Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Syurga-Mu.

آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن
📝Kirim kepada rakan² anda... Doakan mereka, dan mudah²an doa kita dikabulkan.

آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن
👍📝 kirimkan semula  doa ini agar kita sentiasa saling mendoakan.
👍👍

Friday, October 14, 2016

Makanan Ayam kampung

Bokashi Azolla.

Cara2 buat bokashi Azolla.
Bahan-bahan
- 1 kg Azolla
- 1 kg dedak biasa
- 50ml EM
- 50ml Molasses
- 1/2 liter air tanpa klorin

Cara-caranya
Campur EM, mollases dan air.
Gaul Azolla, dedak dan campuran EM/mollases hingga sebati.
Masukan dalam bekas kedap udara dan simpan selama seminggu sebelum digunakan.

2) Silaj adalah makanan ternakan ruminan yang terdiri daripada bahan rufaj yang berkelembapan tinggi di antara 35 % hingga 75 % kandungan air yang diperolehi melalui proses penapaian dan disimpan dalam keadaan kedap udara (anaerobic).

Silaj sebagai salah satu sumber bekalan makanan ternakan berkualiti untuk ruminan mempunyai kelebihan berbanding dengan rumput segar dan hay kerana silaj dapat dikeluarkan sepanjang masa, proses pengeluarannya tidak bergantung kepada keadaan cuaca dan dapat dihasilkan daripada berbagai jenis bahan rufaj seperti rumput, batang jagung, pelepah kelapa sawit dan bahan-bahan lain. Silo (bekas simpanan silaj) terdiri daripada berbagai bentuk seperti bunker, stack, tower, tong plastik dan lain-lain. Faktor yang penting ialah bekas yang digunakan seharusnya praktikal dari segi pengendalian dan mesti dalam keadaan kedap udara.

PRINSIP DAN KEPERLUAN ASAS MEMBUAT SILAJ
Prinsip utama dalam membuat silaj ialah memastikan keadaan yang kedap udara dan kandungan karbohidrat larut air yang mencukupi. Keadaan kedap udara diperolehi dengan memadatkan bahan tanaman dengan segera bagi mengelakkan berlakunya proses pereputan bahan hijau dan separa hijau yang memerlukan udara.

Foder yang mempunyai bahan kering lebih daripada 35 % akan menyebabkan keadaan silaj menjadi kurang mampat dan ini akan menggalakkan pertumbuhan kulat. Bagi foder yang terlalu lembap (kurang 25% bahan kering) pula akan menghasilkan silaj yang masam, disamping kehilangan air dan nutrien yang banyak. Keperluan air ialah 65 – 75 % (25 – 35% bahan kering). Masa yang sesuai untuk mendapatkan kandungan air pada peratus tertentu bergantung kepada jenis tanaman. Foraj jagung perlu dipotong semasa berumur 75 hari manakala rumput gajah pula hendaklah dipotong pada umur tidak melebihi 40 hari.

KAEDAH MEMBUAT SILAJ

Foder untuk silaj hendaklah dipotong pendek di antara 3 – 15 cm supaya mudah dipadatkan. Foder di dalam silo hendaklah dipadatkan dengan secepat mungkin dalam masa dua hari selepas dipotong bagi menghindarkan udara daripada terperangkap. Keadaan ini mengurangkan pernafasan sel dan aktiviti enzim. Foder yang telah dipadatkan hendaklah diperam selama sebulan bagi menghasilkan silaj yang baik. Silaj yang baik boleh disimpan bertahun-tahun lamanya jika tidak diganggu.

Bahan silaj yang mengandungi kurang karbohidrat perlu ditambah dengan asid bukan organik (sulfuric, hidroklorik, fosforik) atau boleh juga menggunakan asid organik (formic, propionik) tetapi bahan-bahan tersebut sangat mahal. Untuk mengurangkan kos pengeluaran silaj, ianya boleh dicampur dengan jenis-jenis karbohidrat yang boleh di dapati dengan lebih murah seperti molas dan bijirin.

Semasa proses pemeraman perubahan bahan kepada produk tertentu dalam silaj akan berlaku. Secara am, karbohidrat dalam bahan hijau/segar yang diperam ditukarkan menjadi asid laktik atau asetik. Proses penukaran dilakukan oleh bakteria anaerobik dengan bantuan haba yang dihasilkan oleh sel tanaman yang masih hidup. Asid-asid yang dikeluarkan, terutamanya asid laktik akan merendahkan pH dan ini menyebabkan proses biokimia yang terjadi pada bahan silaj terhenti. Dengan ini bahan yang diperam akan dapat disimpan dengan baik dan kualiti pemakanannya dapat dikekalkan.

KENAPA SILAJ DIPERLUKAN?
Kefahaman mengenai asas keperlan ternakan ruminan terhadap unsur asid lemak berwap (volatile fatty acid) mendorong pengusaha untuk menjalankan aktiviti pembuatan silaj. Tenaga yang diperlukan oleh ternakan ruminan diperolehi dalam bentuk asid lemak berwap daripada jenis asid asetik dan propionik dan bukan glukos seperti ternakan monogastrik. Asid lemak berwap ini digunakan oleh ruminan untuk tumbesaran, penghasilan susu dan lain-lain fungsi metabolik.

PEMERAMAN SILAJ

Silaj boleh diperam di dalam silo atau tanpa silo. Silo merupakan struktur kedap udara atau separa kedap udara yang digunakan untuk memeram silaj.

Faktor utama kerosakan silaj adalah disebabkan kehadiran udara di dalam silo. Udara menyebabkan bahan silaj rosak akibat tindakan bakteria aerobik. Bila kerosakan berlaku, silaj tersebut tidak boleh lagi digunakan sebagai makanan ternakan kerana tercemar oleh kulat, baunya tidak menyenangkan dan mendatangkan mudarat kepada ternakan.

Kualiti silaj dapat diukur berdasarkan kepada beberapa parameter. Silaj dianggap rosak bila warna menjadi kehitaman serta berbau tengik. Nilai pH yang rendah menunjukkan tahap fermentasi asid laktid dalam silaj yang baik. Nilai pH antara 3.8 hingga 4.2 adalah silaj yang berkualiti baik manakala pH melebihi 4.5 dianggap kualiti kurang baik. Nilai pH melebihi 5 adalah dianggap rosak.

Sehingga kini teknik-teknik penghasilan silaj dengan menggunakan tower, stack dan bunker silo tidak sesuai dipraktikkan di negara ini. Jenis-jenis silo tersebut menghasilkan peratusan silaj rosak yang tinggi. Masalah utama yang dihadapi ialah cara pemampatan serta system penutupan silo yang tidak sempurna yang menyebabkan keadaan aerobic. Disamping itu jenis silo yang digunakan ini, tidak boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Bagi mengelakkan udara terperangkap di dalam silo, bahan silaj mesti dipadatkan semasa diisi ke dalam silo. Bila bahan diisi dengan padat, udara terperangkap berkurangan. Semakin kurang udara terperangkap, semakin baik kualiti silaj yang akan dihasilkan.

SILAJ TONG PLASTIK
Penggunakan tong plastik sebagai silo mula diterima oleh penternak kerana mudah dikendalikan. Tong plastik adalah paling sesuai digunakan berdasarkan saiz dan beratnya yang mudah dikendalikan, kualiti bahan plastkc yang mampu bertahan mengikut cuaca persekitaran, boleh digunakan berulang kali, harga lebih murah dan mudah diperolehi. Pada masa ini, teknik ini telah diterima pakai dan digunakan oleh penternak di Malaysia.

Penghasilan silaj menggunakan tong plastik sebagai silo, adalah dengan mendapatkan bahan silaj ke dalam silo, menggunakan tenaga manusia, di mana seseorang pekerja perlu memijak bahan silaj sehingga padat. Semakin kuat pijakan semakin padat bahan silaj dihasilkan. Biasanya kualiti silaj yang dihasilkan dengan cara ini akan mengalami sedikit kerosakan kerana tenaga pijakan manusia tidak menjamin udara di dalam silo dikeluarkan sepenuhnya. Memampatkan bahan silaj melalui pijakan manusia juga menggunakan banyak tenaga dan aktiviti ini amat meletihkan dan kurang praktikal. Akibatnya kualiti silaj yang dihasilkan sangat terhad dan kurang berkualiti.

Bagi mengatasi masalah memampatkan bahan silaj di dalam tong plastik, JPH telah merekacipta sebuah mesin pemampat mekanikal yang merupakan kombinasi daripada alat pemampat, alat penyedut udara serta tong plastik yang diubahsuai. Mesin tersebut terdiri daripada alat pemampat yang digerakkan oleh motor eletrik bagi menghasilkan tekanan kepada pam hidrolik. Satu plat dipasang di hujung pam untuk menekan bahan silaj supaya lebih padat. Plat ini boleh ditukar bergantung kepada saiz tong plastik yang digunakan.

Lazimnya apabila bahan silaj diisi penuh, ia selalunya akan terkeluar melebihi paras muka tong plastik. Untuk menutup tong plastik dalam keadaan ini, kaedah menggunakan tangan adalah sangat sukar. Dengan menggunakan mesin berkenaan bahan silaj boleh diisi dengan kuantiti yang banyak kerana mampatan ini dapat menjimatkan jumlah tong yang digunakan dan udara di dalam tong dapat diminimumkan. Selain daripada itu, penutup tong dapat ditutup dengan kemas dan seterusnya menjamin tiada kebocoran udara agar proses fementasi silaj berlaku dengan sempurna.

Mesin ini juga dilengkapi dengan penyedut udara yang direka khusus bagi menyedut udara daripada tong plastik yang diubahsuai dengan memasang injap pada penutup tong.

Mesin pemampat mekanikal berpotensi besar untuk dikomersilkan kerana mempunyai ciri-ciri kecekapan tinggi dimana kerja-kerja menghasilkan silaj menjadi lebih mudah, cepat dan kualiti silaj yang dihasilkan adalah terjamin.

Sumber:JPH
Akan Datang...Jenis-jenis Silaj dan pembuatannya.

MEMBUAT SILAJ ATAU RUMPUT PERAM DAN PEMPROSESAN BAJA ORGANIK
sumber : http://bakteriabaik.blogspot.com

Kos makanan (pellet) yang mahal menjadi beban kepada peternak baru, jadi,anda boleh membuat makanan tambahan pada ternakan anda seperti silaj atau rumput peram. Rumput di cincang halus, EM @probiotik, Gula Merah dan Air dicampur sekali selepas 24 jam ianya sudah boleh dimakan dan ianya juga boleh tahan lama.

Pendapatan tambahan bagi peternak kambing, lembu, ayam daging dengan membuat baja Organik. Tidak perlu jual kepada pomborong tahi atau di bakar. Lebih baik hasilkan baja organik untuk dijual atau guna sendiri bagi yang mempunyai tananam.

Biar EM bekerja untuk anda.Dengan EM, patogen-patogen,bau dan penguraian akan terkawal dan kompos akan lebih cepat siap.

PEMBUATAN SILAJ
sumber : http://integratedfarm.blogspot.com/

MAKNA SILAJ

Silaj merupakan bahan makanan ternakan hasil daripada pemeraman foder basah atau bahan sampingan pertanian yang disimpan di tempat yang kedap udara.Foder yang berkelembapan tinggi (65-75%) diperam dalam keadaan tanpa udara (anaerobik) dalam jangkamasa yang lama bagi mengelakkan kerosakan.

MEMBUAT SILAJ

Tujuan utama pengeluaran silaj adalah untuk menyimpan foder atau bahan makanan ternakan tanpa mengurangkan mutu pemakanan dan silaj yang dihasilkan digunakan terutama ketika kekurangan foder atau bahan makanan ternakan terutama di musim kemarau atau banjir.

BAHAN UNTUK MEMBUAT
Rumput• Semua jenis rumput terutama rumput gajah
Lain – lain• Bahan sampingan pertanian seperti pelepah sawit dan batang (stover) jagung

PROSPEK MEMAJUKAN SILAJ
Sebab-sebab:-
• Penternak semakin progresif dan komersial
• Kekurangan masa dan buruh memungut foraj atau mengembala ternakan
• Tekanan ke atas kawasan ragut akibat proses urbanisasi
• Kesediaan bahan sampingan pertanian yang banyak
• Kewujudan foder yang bermutu tinggi
• Keupayaan silaj dikomersialkan

KAEDAH PEMBUATAN SILAJ SEBAGAI SUMBER MAKANAN TERNAKAN

Rumput dipotong pendek antara 3-15cm keratan dengan menggunakan mesin khas ’CHOPPER’.
Rumput perlu dilayukan – bahan kering 30% adalah terbaik.
Pengisian foder dan pemampatan dilakukan secepat mungkin, Penutupan hendaklah dilakukan segera.

Ada beberapa jenis silo (bekas) yang boleh digunakan:-
• Silo Palung (kerek)
• Silo Tong Drum Plastik
• Silo Bungker
• Silo Wrap

Pengurusan silaj semasa memberi makan kepada ternakan:-
• Silo yang baik bersaiz sederhana
• Apabila silo dibuka, ianya patut dihabiskan pada hari itu juga
• Silaj yang rosak berwarna kehitaman/berkulat.

PROSES SILAJ
Fasa 1
Rumput dimasukkan ke dalam silo
• Respirasi berterusan
• Oksigen digunakan
• CO2 dan haba dihasilkan
• Suhu meningkato

Fasa 2
asetik dikeluarkan
• pH turun dari 6.0 ke 4.2o

Fasa 3
• Asid laktik di hasilkan
.Asid asetik menurun

Fasa 4
• Pengeluaran asid laktik berterusan
• Suhu turun
• Aktiviti bakteria terhenti pada pH 4.

FAKTOR YANG DIPERLUKAN UNTUK SILAJ BERKUALITI
• Keadaan kedap udara untuk menjadi persekitaran anaerobik
• Kelembapan foraj 65-75%
• Cukup karbohidrat larut (>3%)
• Bahan boleh dimampat untuk menyingkir udara
• Bahan tidak tercemar dengan benda asing seperti tanah.

JUMLAH SILAJ YANG PERLU DIBERIKAN KEPADA SETIAP EKOR TERNAKAN
.Setiap hari ternakan memerlukan pastura atau foder segar yang bermutu sebanyak 7% daripada berat badan mereka ATAU 3% bahan kering. Bagi mengurangkan pembaziran silaj perlu diberi tidak melebihi keperluan dan dimasukkan dalam tempat makanan yang sesuai.

PRINSIP PENYIMPANAN SILAJ
• Foraj disimpan dalam persekitaran pH rendah(4.2) dan anaerobik di mana proses biokimia dan aktiviti bakteria pengurai aerobik serta kulat akan terhalang.

KELEBIHAN SILAJ
• Lebih selera daripada rumput kering
• Tidak bergantung kepada cuaca
• Boleh disimpan lebih lama tanpa kerosakan
• Tidak mudah terbakar
• Kurang ruang penyimpanan

KESIMPULAN
• Kejayaan dalam pengeluaran silaj membantu dalam penyelesaian pemakanan ternakan yang semakin meningkat.
• Pengeluaran silaj yang efisien mengurangkan kos makanan.
• Kesediaan bahan sampingan pertanian yang banyak membantu pengeluaran silaj.
• Secara am silo mestilah kedap udara.
• Pengendalian bahan silaj sangat perlu dalam pemilihan silo.
• Silaj mampumemainkan peranan dalam menampung keperluan makanan ternakan di Malaysia.

CONTOH CARA PEMBUATAN SILAJ NAPIER DAN JAGUNG

SILAJ RUMPUT NAPIER
1. Rumput napier 160 batang - 80kg ( 1 tong drum)
2. Molasses - 800 gram
3. Garam - 800 gram
4. Urea – 400 gram
5. Air – 3.2 kg
6. Additif - EM atau Laktos atau EIMO ~ 1 liter (setelah di campur air – cth:-100ml laktos, 900ml air).

Kadar peratusan:-
1. Molasses – 1%
2. Garam – 1%
3. Urea – 0.5%
4. Air – 4%
5. Additif – EM atau Laktos atau EIMO – 1%.

Cara- cara:-
1. Cincang/mesin rumput napier.
2. Masukkan dan mampatkan ke dalam bekas kedap udara.
3. Siram dengan larutan molasses/garam/uraea/air/laktos.
4. Tutup rapat (kedap udara).
5. Peram 21 hari

SILAJ JAGUNG
1. Pokok jagung 420 batang – 70kg ( 1 tong drum)
2. Molasses - 700 gram
3. Garam - 700 gram
4. Urea – 350 gram
5. Air – 2.8 kg
6. Additif – EM atau Laktos atau EIMO ~ 1 liter (setelah di campur air – 100ml laktos, 900ml air).

Kadar peratusan:-
1. Molasses – 1%
2. Garam – 1%
3. Urea – 0.5%
4. Air – 4%
5. Additif – EM atau Laktos atau EIMO – 1%.

Cara- cara:-
1. Cincang/mesin rumput napier
2. Masukkan dan mampatkan ke dalam bekas kedap udara.
3. Siram dengan larutan molasses/garam/uraea/air/additif.
4. Tutup rapat (kedap udara).
5. Peram 21 hari

😌cpy dri group sblah

Ubat herba (antibiotik) ayam:

1.lengkuas
2.kunyit
3.lempuyang
4.temulawak
5.cekur
6.daun betik
7.halia
8.bunga cengkih
9.Em-1
10.Molasses/gula perang

Cara 1- air herba untuk ternakan:

-Hiris bahan 1 hingga 8 dan rebus dalam 30 minit
-Biarkan menyejuk  dan kemudian asingkan bahan bahan yang tidak terlarut
-ambil air rebusan dan masukkan kedalam bekas tertutup
-campurkan sedikit larutan EM-1 (bergantung kepada nilai air rebusan yang disimpan / sekadar cukup rasa)
-Masukkan molasses/gula perang
-tutup bekas dan biarkan semalaman sebelum boleh digunakan -

* terus guna juga boleh, campur sahaja dengan air minuman ayam atau makanan
*molasses/gula merah/gula perang
*air mestilah bebas klorin (air hujan dll)

Cara 2- ibu herba (pati)

1. Potong bahan 1-8 dan masukkan ke dalam bekas
2. Masukkan sedikit larutan EM-1 dan tambahkan molasses
3. Tutup dan simpan campuran bahan tadi di di kawasan bersuhu bilik
4. Biarkan selama 1 bulan dan buka tutup  bekas sekali bagi setiap satu minggu
5.  Setelah itu boleh guna pati herba tadi dengan cara yang sama dengan air herba tadi

Sekadar perkongsian - saya juga masih belajar . Untuk khasiat2 herba-herba tersebut boleh google sahaja apa fungsinya .. Maaf jika ada yang terkurang ..

*p/s boleh tambah lagi pelbagai herba lain spt bawang putih, serai , lada hitam dll.

Homestay

N9

Port Dickson

Homestay D'Azam
================
-Corner lot 2 tingkat / 4 bilik 3 bilik air.
-Aircond ruang tamu & bilik 1 & 2
-Kipas bilik 3 & 4 & TV Astro Njoy
-Water heater - Peti sejuk & Mesin basuh
-Dapur memasak & Peralatan memasak
-Rice cooker & Pembakar roti & Kattle air
-Pinggan mangkok & Cawan.
-teh/kopi & gula & Mineral water
-Penyidai baju & Sejadah
#Extra bantal & Extra tilam
#Khemah berkelah - BBQ Set.
#PORTABLE SWIMMING POOL

-1 Minit ke Pantai berhampiran
-8 Minit ke Telok Kemang
-2 Minit ke Bandar PD
-2 Minit ke Petronas
-2 Minit ke McD dan KFC

No 10 Jln impian putra 9 Taman Putra Impian. Port Dickson N9.

Rm250/day - Isnin-khamis
Rm300/day - Jumaat-Ahad & PH
IN@2PM & OUT@12 NOON

BOOKING rm100
==============
164017004466 / MAYBANK
MD AZAM BIN BEDUWALI
01137060605 / 0126112882

✌�✌�siapa cepat dia dapat✌�✌

Terengganu

Nak mari tERENGGANU!!! Jom bulan Oktober 2016 masih ada kosong. Jom whtssap saya, Aimi 📲013.7405244

Nak mari ke TERENGGANU!!!
Marilah inap di Homestay!! Harga berbaloi2 !! Hanya RM 220 sahaja semalam. Dengan ada WIFI lagi 💞 location homestay DEKAT PANTAI TELUK KETAPANG & PANTAI TOK JEMBAL Kuala Terengganu, dekat SANGAT2 Dengan UMT, UNISZA, Airport Terengganu, Gong Badak, Padang sasar, TH Hotel, Sekolah Sukan, dan Kedai2 makan banyak sekitar Homestay mahligai D'Jembal ni uollss.. Mudah sangat2 ☺

Meh cepat-cepat booking.. Sebelum full dear❤️

📲 013.7405244

🏡 senarai hotel / apartmen / homestay di Cameron...🍓

🏰 HOTEL GREEN GARDEN 05-4915824 / 4961824 019-5571717 BRINCHANG
🏰 IRIS HOUSE HOTEL 2* 05-4911818 BRINCHANG
🏰 KAVY HOTEL 05-4915652 BRINCHANG
🏰 HILL GARDEN LODGE 05-4912988 / 05-4912808 BRINCHANG
🏰 TUDOR HOME INN 05-4901353/012-7520776 BRINCHANG
🏰 HOTEL RAINBOW 05-4914628 BRINCHANG
🏰 HOTEL ROSA PASSADENA 3* 05-4912288 BRINCHANG
🏰 JASMINE HOTEL 05-4911588 / 05-4914688 BRINCHANG
🏰 HOTEL CHUA GIN 05-4911801/019-5726688 BRINCHANG
🏰 HOTEL TITIWANGSA 2* 05-4901188 BRINCHANG
🏰 KOWLOON HOTEL 05-4911366 / 05-4911780 BRINCHANG
🏰 PARKLAND HOTEL 05-4911299 / 05-4911399 BRINCHANG
🏰 BRINCHANG HOTEL 05-4911755 / 05-4911452 BRINCHANG
🏰 STAR REGENCY HOTEL 3* 05-4915133 BRINCHANG
(GPS : 4.492834 , 101.389526)
🏰 HIGHLANDS CHALET ( PAK MAN )012-5534425/019-5458425 BRINCHANG
🏰 CHALET ( K.NOR ) 012-5844246 BRINCHANG
🏰 COUNTRY LODGE RESORT 3* (BELAKANG JIMAT) 05-4911811 BRINCHANG
🏰 RUMAH TUMPANGAN 05-4911093/012-6758918 BRINCHANG
🏰 HOTEL LIDO BUDGET 013-5010267 BRINCHANG
🏰 HOTEL SENTOSA 05-4915492 BRINCHANG
🏰 HOTEL REMIX 05-4912439 BRINCHANG
🏰 HONG KONG HOTEL 016-5513876/012-5644278 BRINCHANG
🏰 HOTEL GOLDEN NIGHT 05-4912809/013-5077744/019-3870865 BRINCHANG
🏰 HOTEL RIA CAMERON 05-4901777
019-5593119 BRINCHANG
26 PANGSAPURI HONEYMOON VILLA 05-4911346
019-5736083 PECAH BATU,BRINCHANG
27 HOTEL WIRA AWAN 05-4914251 PECAH BATU,BRINCHANG
28 AGROHIGHLANDS HOMSTAY ( HJ.TEE)
0137185744 (AGROHIGHLANDS) PECAH BATU,BRINCHANG
🏰 COPTHORNE HOTEL  05-4961777 KEA FARM
🏰 WAN ALYASA HOTEL 05-4914578 BRINCHANG
🏰 CENTURY PINES RESORT 3* 05-4915115 TANAH RATA
🏰 PLANTERS HOTEL 1* 05-4901001 TANAH RATA
🏰 HOTEL BB INN -5* 05-4914551/3 TANAH RATA
🏰 HERITAGE HOTEL 3* 05-4913888 TANAH RATA
🏰 HOTEL COOL POINT 2* 05-4914914 TANAH RATA
🏰 HOTEL DE’LA FERNS 3* 05-491488 / 05-4911888 TANAH RATA
(GPS : 4.481272 , 101.377082)
🏰 HOTEL CASA DELA ROSA 2* 05-4911333 TANAH RATA
🏰 MARDI APARTMENT ( KAK YATI ) 017-5763577 TANAH RATA
🏰 CALLALILY HOTEL ( NASIR) 019-9783703 ROYAL LILY,TANAH RATA
🏰 APARTMENT ( CIKGU BOB )019-5216989 ROYAL LILY,TANAH RATA
🏰 APARTMEN ( SUHAILI ) 013-5946433 ROYAL LILY,TANAH RATA
🏰 HOMSTAY / APARTMEN DR.AYOB 012-5059220 TAMAN SEDIA & TANAH RATA
🏰 ORCHID HOMESTAY ( ABG.ROSTAM) 05-4911958/013-6358322 TAMAN SEDIA
🏰 RZ LODGE ( CIK ZUL ) 019-9521426 TAMAN SEDIA
🏰 M& Z HOMESTAY 05-6211261
019-5480129 TAMAN SEDIA
🏰 ROS CHALET STRAWBERY FARM ( CIK ZUL ) 012-5838060 TAMAN SEDIA
🏰 LILY HOMESTAY ( IMAM & MAKCIK SARIAH) 05-4911477 TAMAN SEDIA
🏰 FAUZIZ HOMESTAY 017-2725107 TAMAN SEDIA
🏰 AGAPHANTES HOMESTAY ( CIKGU RAFLES) 017-5530806/019-4605284 TAMAN SEDIA
🏰 DAHLIA HOMESTAY ( MAKCIK DIAH ) 05-4912605/013-2211547 TAMAN SEDIA
🏰 NEEZA CHALET 012-2677287 TAMAN SEDIA
🏰 MARINA CHELET 05-4911295/019-5066759 TAMAN SEDIA
🏰 MARINA CAFE,CATERING&CHALET
( MD FAIZAL BIN IDRIS ) 013-6430602/019-3711672 TAMAN SEDIA
🏰 AL-MASHOOR CHALET 05-4914204/019-5760669 TAMAN SEDIA
🏰 HOMESTAY ZURAIDA 05-4915884/019-5416377 TAMAN SEDIA
🏰 ANGGERIK DESA CHALET 05-4911896/019-6414857TAMAN SEDIA
🏰 AIZA CHALET 019-7560991 TAMAN SEDIA
🏰 ASZI HOMESTAY 017-2725107 TAMAN SEDIA
🏰 DESA ANTURIUM- 0175181052 / 017-5316860(E.MEGAD)
🏰 APARTMEN FLET JASAR - 017-3367786
🏰 APARTMRN FLET JASAR - 013-3635832( E.ROSTAM)
🏰 PUNCAK ARABELA APARTMEN- 0195265310( E.RAHIM)
🏰 K.AZIE APARTMEN - 019-9408573
🏰 SITI FAIZUN APARTMEN - 017-3908132
🏰 GOLDEN MOUNTAIN VILLA 019-5693922 HABU, RINGLET
🏰 YELLOW HOUSE APARTMENT
(SEBELAH SHELL) 05-4956388 / 05-4956160/019-4021159 RINGLET

Thursday, October 13, 2016

KESILAPAN SOLAT JUMAAT YANG RAMAI LELAKI TIDAK SEDAR

Manusia tak pernah lari dari kesilapan cuma malang selalu berlaku kesilapan kerana kurang ilmu terutama ketika Solat Jumaat. Nampak remeh tetapi boleh mengurangkan pahala malah silap-silap boleh abis lansung pahala solat Jumaat. Aku sendiri pun tak terlepas daripada kesilapan ketika solat jumaat jadi mari kita azam sungguh-sungguh untuk tidak melakukan kesilapan untuk mendapat redha ALLAH.

Kekadang bukan sahaja anak-anak yang bising ketika solat Jumaat tetapi bapak budak tak kurang lebihnya berbual macam tak ada apa-apa sedang berlaku walaupun khatib sedang berkhutbah. Berikut beberapa kesilapan ketika solat Jumaat yang telah disemak betul oleh Ustaz Noehas semuga menjadi mengajaran untuk kita semua insan lemah.

1. Datang lewat ke masjid. Kata Rasulullah SAW: Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang shalat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup. (Hasan, Ahmad:21756)

2. Membaca al-Quran atau memasang rakaman bacaan al-Quran dengan kuat. Kata Nabi SAW: Ketahuilah sesungguhnya kalian semua bermunajat kepada Tuhan. Oleh itu, janganlah sebahagian kalian mengganggu sebahagian yang lainnya, dan janganlah sebahagian mengangkat suara atas yang lainnya dalam membaca al-Quran, atau baginda berkata di dalam solat. (Shahih, Abu Dawud:1332, disahihkah oleh Ibn Abdil Barr)

3. Tidak memenuhkan saf hadapan. Kata Nabi SAW: Jika kalian atau mereka mengetahui apa yang terdapat dihadapan saf paling hadapan, nescaya akan dilakukan undian. [bagi mendapatkan saf hadapan] (Shahih, Muslim:439)

4. Bermain tasbih, bersiwak dan lain-lain ketika mendengar khutbah. Barangsiapa memegang batu kerikil [ketika khutbah], maka dia telah berbuat hal yang sia-sia. (Shahih, Muslim:857)

5. Tidak melakukan solat tahiyatul masjid apabila tiba ketika imam berkhutbah. Kata Nabi SAW: Jika salah seorang daripada kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut. (Shahih, Muslim:875)

6. Masih melakukan urusan keduniaan apabila azan telah berkumandang. Firman Allah: Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (Surah al-Jumuah:9)

7. Bercakap ketika khutbah. Rasulullah SAW berkata: Jika engkau berkata kepada teman engkau Diam pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia. (Shahih,al-Bukhari:934, Muslim:851)

8. Bersandar ke dinding dan tidak menghadap khatib. Kata Ibn Masud r.a: Jika Rasulullah SAW sudah berdiri tegak di atas mimbar, maka kami menghadapkan wajah kami ke arah beliau. (Hasan, at-Tirmizi:509)

Semuga sedikit perkongsian ini dapat memberi ilmu yang bermanafaat kepada kita untuk mendapat santapan minda setiap hari Jumaat melalui khutbah yang dibaca oleh khatib. Jom azam sama-sama tutup telefon dan jangan layan internet, wassap, facebook dan instagram ketika khutbah kerana talian ALLAH lebih penting dari segala-gala urusan dunia.

Monday, October 10, 2016

Talkin

akan dibaca oleh orang yg tinggal utk orang yg telah pergi juga utk orang yg tinggal

(Diberikan oleh Imam Adam, Masjid Alam Impian)

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian makhluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Ta'ala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA , apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA , bahawasanya Mungkar dan Nakir itu makhluk Allah Ta'ala, sebagaimana kamu juga makhluk Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang serta dengan lidah yang faseh, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.

Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA , bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Ta'ala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Ta'ala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut" Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran."

Surah Al-A'sr

Sunday, October 9, 2016

Doa buat anak anakku

Ya Allah,

Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan PT3, SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,

Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu Ya Allah.

Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat kami Ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,

Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,

Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah.

Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Allah  Allahurobbi,
Ya Rahman
Ya Rahim
Ya Sami' (Yang Maha Mendengar) 
Ya Mujib (Yang Maha Memakbulkan)

Ya Allah Ya Zohir (Yang Maha Menampakkan) , Nampakkan kepada anakku jawapan bagi soalan-soalan peperiksaannya.

Ya Allah Ya Haadi (Maha Beri Petunjuk) , berikan petunjuk jawapan-jawapan bagi soalan peperiksaanya.📝

Ya Allah Ya Nuur (Maha Bercahaya) , pancarkan cahayaMu di dalam fikirannya agar dia mendapat jawapan bagi segala Persoalan Peperiksaan dan Persoalan Kehidupannya ⌛

Ya Allah Ya Baari' yang Maha Mengatur, aturkanlah jari-jemarinya untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaannya.✏

Allah ya 'Alim, Ya Hakim Ya Rashid
Ya Allah, kurniakan kepada anakku Kefahaman  ilmu-Mu yang Luas, kebijaksanaan dan kepintaran agar dia menjadi pelajar yang cemerlang Di Akhirat dan Dunia ini 📚

Semoga anakanda ( *nama anak kita*) tenang menjawab peperiksaan dengan jayanya.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah Tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengabulkan doa doa kami ini.

Jika Engkau tidak mengabulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan mengabulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami Ya Allah. Ya Rahman. Ya Rahim.

Aamiin Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.