Thursday, July 28, 2016

Dunia Akhirat Iman

Zaman dulu ada seorang sultan yang telah mengambil seorang ilmuan agama menjadi menterinya. maka diberi istana, gelaran, isteri yang cantik dan pelbagai kemewahan.

Satu hari sultan memanggil Menteri Agamanya dan bertanya 3 soalan;

_1. Apa itu Dunia_
_2. Apa itu Akhirat_
_3. Apa itu Iman._

Sultan hanya memerlukan jawapan yang tepat dan jitu, tak mahu syarahan yang panjang2.

Menteri Agama (MA) terpinga2 untuk mencari jawapan yang memuaskan hati sultannya.

Sultan telah murka memberi tempoh seminggu supaya boleh mencari jawapan.

Kemudian sultan hantar wakilnya kpd MA dan bagi titah bahawa sultan akan merampas segala kemewahan MA jika gagal memberi jawapan yang di kehendaki seperti banglo, harta, kenderaan, gelaran, isteri dan anak2 .

MA mengalami kerungsian yang amat sangat memikirkan dia akan kehilangan segala2nya. Tak dapat tidur, makan tak lagi berselera.

MA telah mengumpulkan ramai cerdik pandai untuk mendapatkan jawapan. tetapi gagal.

Akhirnya MA keluar dari istana untuk mencari orang yang boleh merungkaikan keresahannya sekaligus menyelamatkan apa yang di milikinya.

Saat apabila hampir tiba deadline, keserabutan MA makin bertambah memikirkan akan kehilangan segalanya.

Sehari sebelum deadline MA termenung di bawah sebuah pohon besar mengenangkan nasibnya.

Di tepi MA termenung ada seorang tua sedang berkebun. Bila matahari terik dikepala, orang tua berhenti untuk makan tengahari dan solat Zohor. Maka diajak MA makan bersama. MA yang kerungsingan memikirkan jawatan istana dan lain2 yang dimiliki hingga tak berselera nak makan.

Orang tua bertanya: Tuan, nampaknya ada masalah? Boleh hamba menolong tuan?

MA memberitahu kisahnya dan soalan2 sultan beserta syarat2 kepada orang tua tersebut.

*Soalan 1. Apakah Dunia?* maka jawab orang tua , Dunia ialah apa2 amalan yang kita buat untuk di tinggalkan (hal ini diketahui oleh hati masing2)

*2. Soalan 2, Apa itu akhirat?* jawab orang tua tersebut, Akhirat ialah apa2 amalan yang kita buat untuk di bawa ke alam akhirat tanpa ada apa2 maksud dunia di dalamnya (ini pun dkenali oleh hati masing2)

*_Soalan 3, Apa itu iman?_* Maka orang tua bagi tahu: Akan aku bagi tahu petang nanti selepas solat Asar.

Bila waktu Asar mereka solat Asar dan selepas solat MA terus bertanya Apa itu iman?

Pada masa itu terdapat beberapa ekor anjing sedang makan sisa2 makanan tengahari.

Orang tua memberi syarat utk memberi jawapan yang ketiga, MA mesti makan bersama anjing2 tersebut.

MA berfikir berkali2, makan dengan anjing najis berat, tak makan jawatan & harta habis, hidup susah dan melarat. fikir2... fikir2.

Akhirnya MA buat keputusan untuk makan bersama anjing2 itu. Apabila MA duduk untuk makan bersama anjing2 itu, orang tua pegang kolar bajunya dan berkata:

*_"Tuan, inilah Iman. Bagi mereka yang ada iman, sanggup kerugian segala dunianya tetapi *tidak akan* langgar perintah Allah._*

Tetapi mereka yang _tidak ada iman_ akan *sanggup langgar* perintah Allah untuk selamatkan dunianya." 😂😂😂

Wednesday, July 27, 2016

Tempat makan best Johor

1) Patin pais Nordan

Lokasi Kampung Durian Chondong, Bukit Kepong, Muar, Johor Darul Ta'zim.

Follow Tiang Lampu TNB No.56

Menu yang menjadi kegilaan ramai:
i) Patin Pais
ii) Patin Masak Stim
iii) Ikan Patin Goreng Tepung
iv) Semua Air RM1, tapi bancuh sendiri.

No. Tel Tokey: 012-7745 445

Kordinat GPS : 2.378432, 102.800835

#########################

2)

Monday, July 4, 2016

Doa akhir Ramadhan

DOA AKHIR RAMADAN

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

Ya Allah...
Janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yg terakhir dlm hidup kami. Seandainya Engkau menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasa kami ini sebagai puasa yg dirahmati, bukan puasa yg sia-sia.

Seandainya masih ada pd kami dosa yg belum Engkau ampuni dan dosa yg menyebabkan kami diseksa kerananya, sehingga terbitnya fajar mlm ini atau sehingga berlalunya bulan ini, maka ampunilah semuanya Wahai Yg Paling Pengasih dari semua yg mengasihi.

Ya Allah...
Terimalah puasa kami dgn sebaik2 penerimaan, perkenan kemaafan, kemurahan, pengampunan dan keredhaan mu Ya Allah.. Sehingga Engkau  memenangkan kami dgn segala kebaikan yg dituntut, segala anugerah yg Engkau curahkan dibulan ini.

Selamatkan kami didalamnya dari kebimbangan terhadap bencana yg mengancam dan dosa yg berterusan. Demikian jua dgn rahmat Mu, golongkan kami kedalam golongan org2 yg mendaptkan (keutamaan) dimalam al-Qadar. Mlm yg telah Engkau tetapkan lebih baik dari seribu bulan.

Semoga perpisahan kami dgn Ramadan ini bukanlah perpisahan utk selamanya dan bukan juga pertemuan terakhir kami. Moga kami dpt kembali bertemu pada Ramadan mendatang dlm keadaan penuh harapan dan kesejeteraan.

آمــــــــــــــــــين
يا ربّ العالمين