Saturday, March 29, 2025

DOA AKHIR RAMADHAN

DOA AKHIR RAMADHAN

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kami.

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa kami.

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak-jejak ke Syurga untuk kami.

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.

*Ya Allah...* lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.

*Ya Allah...* sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.

*Ya Allah...*

▪️Lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia.

▪️Selamatkanlah setiap seorang dari kami dengan Iman dan Taqwa.

▪️Jadikanlah kami calon Syurga Mu.

▪️Sempurnakanlah akhlak kami dan lindungilah kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.

*Ya Mujibbasailin...*

▪️Limpahilah kami dengan sifat-sifat kebaikan dan terpuji.

▪️Jadikanlah kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.

*Ya Allah...*

Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.

*Ya Allah...*

Janganlah Kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang.

*Andainya ini Ramadhan terakhir buat kami...*

▪️Jadikanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati

▪️Jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayang Mu

▪️Jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus segala dosa-dosa kami

*Ya Allah…*

Temukanlah kami dengan Lailatul Qadr dan Kau pilihlah kami dikalangan hamba Mu yang dapat beramal di malam Al-Qadr

*Ya Allah...*

▪️Terimalah amalan kami

▪️Terimalah taubat kami

▪️Ampunkanlah dosa kami

▪️Amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi

▪️Kurniakanlah kepada kami Syurga Mu yang maha luas nikmatnya

*Allahumma innaka ‘afuwwun kareem tuhibbul ‘afwa fa’fu anni* (dibaca 3 kali)

Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

Andaikata Ini Ramadan Terakhirku

"Andaikata Ini Ramadan Terakhirku"

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Ya Allah...

Andai ini adalah Ramadan terakhir dalam hidupku,

Jadikanlah setiap detik yang berlalu sebagai detik yang paling berharga di sisi-Mu.

Jadikanlah setiap sujudku, setiap rukukku, setiap munajatku,

Sebagai saksi kasihku kepada-Mu.

Ya Rahman, Ya Rahim...

Andaikan ini Ramadan terakhir yang Kau izinkan untukku,

Izinkanlah aku mengisinya dengan taubat yang sebenar-benar taubat,

Dengan air mata penyesalan yang mengalir dari hati yang benar-benar insaf.

Ampunkan segala kekhilafan dan kelalaianku,

Limpahkan rahmat-Mu yang luas, menutupi dosa-dosaku yang hitam.

Ya Allah...

Andaikata ini Ramadan terakhir,

Jadikanlah aku di antara mereka yang Engkau pilih untuk merasai manisnya Lailatul Qadar,

Malam yang lebih baik dari seribu bulan,

Malam yang menjadi saksi keikhlasan dan keinsafan.

Ya Malikul Mulk...

Andaikata ini Ramadan terakhir,

Kurniakanlah padaku hati yang tenang dan redha,

Untuk menerima ketentuan-Mu dengan sabar dan syukur.

Jadikanlah aku dalam kalangan mereka yang Engkau bebaskan dari api neraka,

Yang Engkau pelihara dari azab yang pedih.

Ya Wadud...

Janganlah Engkau biarkan Ramadan ini berlalu,

Tanpa Engkau ampunkan segala dosa-dosaku,

Tanpa Engkau terima amalanku,

Tanpa Engkau berikan padaku hidayah dan keampunan yang sempurna.

Ya Allah...

Jika ini Ramadan terakhirku,

Jadikanlah pertemuanku dengan-Mu nanti dalam keadaan Engkau redha padaku,

Dalam keadaan hatiku dipenuhi cahaya iman,

Dalam keadaan aku diterima sebagai hamba yang diredhai dan dicintai oleh-Mu.

اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَرُكُوعَنَا وَسُجُودَنَا، وَتَجَاوَزْ عَنْ تَقْصِيرِنَا وَإِسْرَافِنَا فِي أَمْرِنَا. وَصَلِّ اللَّهُمَّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ. وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. آمِين.

Wednesday, February 26, 2025

ULANG KAJI KEMBALI BAB PUASA RAMADHAN:

Syarat Wajib Puasa :-

1. Islam 

2. Baligh

3. Berakal

4. Sihat

5. Bermukim (Tidak Musafir)

6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)


Syarat Sah Puasa :-

1. Islam

2. Berakal & Mumayyiz

3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

4. Nyata masuknya bulan Ramadhan


Rukun-Rukun Puasa:-

1. Orang Yang Puasa

2. Berniat

3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa


Perkara Yang Membatalkan Puasa :-

1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja

2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka

3. Muntah Dengan Sengaja

4. Keluar Haid & Nifas

5. Gila

6. Murtad

7. Keluar Mani Dengan Sengaja

8. Bersetubuh Di Siang Hari


Perkara Sunat Ketika Puasa :-

1. Segera Berbuka Puasa

2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis

3. Baca Doa

4. Melambatkan Bersahur

5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan

6. Sentiasa Bersedekah

7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat

8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh


Makruh Ketika Puasa :-

1. Bersuntik

2. Berbekam

3. Berkumur-Kumur

4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan

5. Mandi Yang Berlebihan

6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah


Golongan Yang Wajib Qada' Puasa :-

1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh

2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)

3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas

4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa

5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa

6. Orang Yang Pitam/Mabuk 

7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga


Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa:-


1. Mereka Yang Tidak Dapat Mngqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua - (Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa) Bagi Setahun Tertinggal..

Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan)

2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh

3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa

4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian (Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya)

5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya


Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan :-

Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :-

1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P

(Sekiranya Tidak Mampu)

2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus (Kalau Tidak Berdaya)

3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin

Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat


Tingkatan Puasa:-

1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak

2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas

3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin


Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa :-

1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran

2. Orang Musafir

3. Org Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah

4. Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga

5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Itu


# Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Umat Islam Mukminin Dan Mukminat..

Semoga Puasa Pada Tahun Ini Memberi Manfaat Kepada Kita..

Semoga Puasa Pada Tahun Ini Lebih Mudah Daripada Tahun Sebelumnya Dan Membanyakkan Kita Membuat Amal Ja'riah..

In Sya ALLAH..

Thursday, February 13, 2025

Doa Malam Nisfu Syaaban

 Doa mudah dalam Bahasa Melayu yang boleh anda baca pada Malam Nisfu Syaaban:


Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.

Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

Wahai Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan.

Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu.

Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit-ungkit nikmat.

Wahai Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

Selamatkanlah aku dan keluargaku serta umat Islam dari Fitnah Dajjal.

Selamatkanlah kami dari azab kubur dan azab api neraka.

Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadaqatul Jariah.

Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Tutup dengan selawat. Aamiin Aamiin Ya Rabbal ‘Aalamiin.