Saturday, March 29, 2025

DOA AKHIR RAMADHAN

DOA AKHIR RAMADHAN

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kami.

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa kami.

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak-jejak ke Syurga untuk kami.

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.

*Ya Allah...* lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.

*Ya Allah...* sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.

*Ya Allah...*

▪️Lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia.

▪️Selamatkanlah setiap seorang dari kami dengan Iman dan Taqwa.

▪️Jadikanlah kami calon Syurga Mu.

▪️Sempurnakanlah akhlak kami dan lindungilah kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.

*Ya Mujibbasailin...*

▪️Limpahilah kami dengan sifat-sifat kebaikan dan terpuji.

▪️Jadikanlah kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.

*Ya Allah...*

Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.

*Ya Allah...*

Janganlah Kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang.

*Andainya ini Ramadhan terakhir buat kami...*

▪️Jadikanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati

▪️Jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayang Mu

▪️Jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus segala dosa-dosa kami

*Ya Allah…*

Temukanlah kami dengan Lailatul Qadr dan Kau pilihlah kami dikalangan hamba Mu yang dapat beramal di malam Al-Qadr

*Ya Allah...*

▪️Terimalah amalan kami

▪️Terimalah taubat kami

▪️Ampunkanlah dosa kami

▪️Amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi

▪️Kurniakanlah kepada kami Syurga Mu yang maha luas nikmatnya

*Allahumma innaka ‘afuwwun kareem tuhibbul ‘afwa fa’fu anni* (dibaca 3 kali)

Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

Andaikata Ini Ramadan Terakhirku

"Andaikata Ini Ramadan Terakhirku"

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Ya Allah...

Andai ini adalah Ramadan terakhir dalam hidupku,

Jadikanlah setiap detik yang berlalu sebagai detik yang paling berharga di sisi-Mu.

Jadikanlah setiap sujudku, setiap rukukku, setiap munajatku,

Sebagai saksi kasihku kepada-Mu.

Ya Rahman, Ya Rahim...

Andaikan ini Ramadan terakhir yang Kau izinkan untukku,

Izinkanlah aku mengisinya dengan taubat yang sebenar-benar taubat,

Dengan air mata penyesalan yang mengalir dari hati yang benar-benar insaf.

Ampunkan segala kekhilafan dan kelalaianku,

Limpahkan rahmat-Mu yang luas, menutupi dosa-dosaku yang hitam.

Ya Allah...

Andaikata ini Ramadan terakhir,

Jadikanlah aku di antara mereka yang Engkau pilih untuk merasai manisnya Lailatul Qadar,

Malam yang lebih baik dari seribu bulan,

Malam yang menjadi saksi keikhlasan dan keinsafan.

Ya Malikul Mulk...

Andaikata ini Ramadan terakhir,

Kurniakanlah padaku hati yang tenang dan redha,

Untuk menerima ketentuan-Mu dengan sabar dan syukur.

Jadikanlah aku dalam kalangan mereka yang Engkau bebaskan dari api neraka,

Yang Engkau pelihara dari azab yang pedih.

Ya Wadud...

Janganlah Engkau biarkan Ramadan ini berlalu,

Tanpa Engkau ampunkan segala dosa-dosaku,

Tanpa Engkau terima amalanku,

Tanpa Engkau berikan padaku hidayah dan keampunan yang sempurna.

Ya Allah...

Jika ini Ramadan terakhirku,

Jadikanlah pertemuanku dengan-Mu nanti dalam keadaan Engkau redha padaku,

Dalam keadaan hatiku dipenuhi cahaya iman,

Dalam keadaan aku diterima sebagai hamba yang diredhai dan dicintai oleh-Mu.

اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَرُكُوعَنَا وَسُجُودَنَا، وَتَجَاوَزْ عَنْ تَقْصِيرِنَا وَإِسْرَافِنَا فِي أَمْرِنَا. وَصَلِّ اللَّهُمَّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ. وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. آمِين.

Wednesday, February 26, 2025

ULANG KAJI KEMBALI BAB PUASA RAMADHAN:

Syarat Wajib Puasa :-

1. Islam 

2. Baligh

3. Berakal

4. Sihat

5. Bermukim (Tidak Musafir)

6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)


Syarat Sah Puasa :-

1. Islam

2. Berakal & Mumayyiz

3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

4. Nyata masuknya bulan Ramadhan


Rukun-Rukun Puasa:-

1. Orang Yang Puasa

2. Berniat

3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa


Perkara Yang Membatalkan Puasa :-

1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja

2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka

3. Muntah Dengan Sengaja

4. Keluar Haid & Nifas

5. Gila

6. Murtad

7. Keluar Mani Dengan Sengaja

8. Bersetubuh Di Siang Hari


Perkara Sunat Ketika Puasa :-

1. Segera Berbuka Puasa

2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis

3. Baca Doa

4. Melambatkan Bersahur

5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan

6. Sentiasa Bersedekah

7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat

8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh


Makruh Ketika Puasa :-

1. Bersuntik

2. Berbekam

3. Berkumur-Kumur

4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan

5. Mandi Yang Berlebihan

6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah


Golongan Yang Wajib Qada' Puasa :-

1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh

2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)

3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas

4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa

5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa

6. Orang Yang Pitam/Mabuk 

7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga


Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa:-


1. Mereka Yang Tidak Dapat Mngqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua - (Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa) Bagi Setahun Tertinggal..

Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan)

2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh

3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa

4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian (Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya)

5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya


Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan :-

Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :-

1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P

(Sekiranya Tidak Mampu)

2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus (Kalau Tidak Berdaya)

3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin

Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat


Tingkatan Puasa:-

1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak

2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas

3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin


Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa :-

1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran

2. Orang Musafir

3. Org Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah

4. Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga

5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Itu


# Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Umat Islam Mukminin Dan Mukminat..

Semoga Puasa Pada Tahun Ini Memberi Manfaat Kepada Kita..

Semoga Puasa Pada Tahun Ini Lebih Mudah Daripada Tahun Sebelumnya Dan Membanyakkan Kita Membuat Amal Ja'riah..

In Sya ALLAH..

Thursday, February 13, 2025

Doa Malam Nisfu Syaaban

 Doa mudah dalam Bahasa Melayu yang boleh anda baca pada Malam Nisfu Syaaban:


Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.

Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

Wahai Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan.

Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu.

Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit-ungkit nikmat.

Wahai Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

Selamatkanlah aku dan keluargaku serta umat Islam dari Fitnah Dajjal.

Selamatkanlah kami dari azab kubur dan azab api neraka.

Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadaqatul Jariah.

Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Tutup dengan selawat. Aamiin Aamiin Ya Rabbal ‘Aalamiin.

Friday, July 8, 2022

 Assalamu'alaikum keluarga, saudara, sahabat yg dikasihi krn ALLAH TA'ALA. Saya sertakan PANDUAN DU'A PADA HARI WUKUF/ARAFAH, Jumaat 8 Julai 2022 / 9 Zulhijjah 1443H: 👇

--------------------------------------

DOA YANG TERBAIK PADA HARI ARAFAH OLEH JAKIM


✔1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.


✔2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.


✔3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).


✔4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.


✔5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.


✔6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.


✔7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.


✔8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.


✔9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi


✔10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.


✔11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.


✔12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan. 


✔13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).


✔14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu.


✔15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.


✔16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.


✔17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.


✔18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.


✔19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.


✔20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.


✔21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadaqatul Jariah.


✔22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.


✔23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.


✔24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.


✔25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.


✔26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.


✔27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..


✔28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.


✔29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.


✔30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.


✔31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

by

Tutup dgn selawat.

Aamiin Aamiin Ya Rabbul 'Aalamiin.


Wallahu-a'lam.


Semoga bermanafaat.


#akhiratdihatiduniaditangan

#muhasabahdirisendiri

DOA ARAFAH 1443H / 2022M

بسم ا الرحمن الرحيم

مم

مَ يْلاا لن َماَ لََلى ال َّامل مم يي لن لاال َصالُم لاال َسال

ممَّ مِيي لن لاال

مم يي لن لااليَلاِمبلُم ملَي

لح يم مْ مل لر ّمِ اليَلالل

اللي

مم ير لسمَيي لن لا لََلى لَامل مِ لا لص يحبم مِ َل يْ لم مَيين

RAHIM YA WA RAHMAN YA لََلى َل يْلر مِ ايأليْبميلا مَ لاالي

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, AMPUNKANLAH DOSA-DOSA KAMI DAN

MAAFKANLAH KESILAPAN KAMI ZAHIR DAN BATIN. YA ALLAH AMPUNKANLAH DOSA-DOSA KAMI, DOSA KEDUA IBU BAPA KAMI, DOSA MASYARAKAT KAMI DAN DOSA SELURUH UMAT ISLAM YANG TELAH MATI

DAN YANG MASIH HIDUP. YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KAMI POHONKAN APA YANG TELAH DIPOHONKAN

OLEH RASULULLAH SAW, DAN KAMI MEMINTA PERLINDUNGAN DARI APA YANG

PERNAH DIMINTA PERLINDUNGAN OLEH RASULULLAH SAW. YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KAMI POHONKAN SYURGA TANPA HISAB, DAN

BERILAH KEKUATAN TAUFIQ DAN HIDAYAH KEPADA KAMI, SUPAYA KAMI

DAPAT MELAKUKAN ASBAB YANG MEMBAWA KAMI KE ARAHNYA, SELAMATKAN

KAMI YA ALLAH DARI ASBAB YANG MEMBAWA KAMI KE NERAKA. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ‘ALIYYIL’AZIM, YA ALLAH YA TUHAN KAMI, ENGKAU SAHAJALAH YANG MENGETAHUI

KELEMAHAN DIRI KAMI ZAHIR DAN BATIN, BERILAH KEKUATAN, TAUFIQ DAN

HIDAYAH KEPADA KAMI SUPAYA KAMI DAPAT MEMPERBAIKI KELEMAHAN DIRI

KAMI YA ALLAH. TAMBAHKANLAH YA ALLAH KEPADA KAMI ILMU, IMAN DAN AMAL, HIDUPKANLAH KAMI DALAM ISLAM DAN MATIKANLAH KAMI DALAM ISLAM.


YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KAMI POHONKAN KEPADA ENGKAU IMAN YANG

SEMPURNA, ILMU YANG MEMBERI MANFAAT, REZEKI YANG HALAL, ANAK YANG

SOLEH, RUMAHTANGGA YANG BAHAGIA, USIA YANG BERKAT, DOA YANG

MUSTAJAB, HAJAT YANG TERTUNAI, KESIHATAN YANG BERTERUSAN, HUTANG

YANG TERBAYAR, KESELAMATAN DI DUNIA INI DAN DI AKHIRAT NANTI. YA ALLAH YA TUHAN KAMI, ENGKAU SAHAJALAH YANG MENGETAHUI SEGALA

YANG BERLAKU DI HATI KAMI, HIDUPKAN HATI INI DAN SAMPAIKANLAH HATI

INI KEPADA ENGKAU, SEMBUHKANLAH SEGALA PENYAKIT YANG ADA DI DALAM

HATI KAMI, SELAMATKANLAH HATI KAMI DARI SIFAT-SIFAT YANG KEJI DAN

JAUHI KAMI DARI PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMATIKAN HATI KAMI

LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYIL AZIM

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, JADIKANLAH HATI KAMI YANG SENTIASA

MENYEDARI AKAN HAKIKAT KETUHANAN DAN KEAGUNGAN KERAJAAN ENGKAU

DAN MASA DEPAN KAMI DI AKHIRAT NANTI. YA ALLAH JADIKANLAH KAMI INI HAMBAMU YANG HANYA MENGABDIKAN DIRI

KEPADAMU DENGAN SEBAIK-SEBAIKNYA, BERILAH KEKUATAN TAUFIQ DAN

HIDAYAH KEPADA KAMI SUPAYA DAPAT KAMI LAKUKAN APA-APA YANG

DIPERINTAHKAN OLEH ENGKAU DAN MENINGGALKAN SEGALA APA YANG

DILARANG OLEH ENGKAU. YA ALLAH YA TUHAN KAMI, JADIKANLAH HATI KAMI INI HATI YANG SENTIASA

MENYEDARI MASA DEPAN KAMI DI AKHIRAT NANTI DAN JADIKANLAH KAMI

HAMBAMU YANG SENTIASA BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI MASA DEPAN KAMI

SELEPAS KEMATIAN KAMI. YA ALLAH YA TUHAN KAMI, HIDUPKANLAH KAMI DALAM IMAN DAN

MATIKANLAH KAMI DALAM IMAN, SELAMATKANLAH IMAN KAMI DARI SEGALA

GANGGUAN SYAITAN SEMASA KAMI MENGHEMBUSKAN NAFAS YANG AKHIR

NANTI. YA ALLAH YA TUHAN KAMI, SELAMATKANLAH KAMI SEMASA BERADA DALAM

KUBUR, JADIKANLAH KUBUR KAMI SATU TAMAN DARI TAMAN- TAMAN SYURGA, SELAMATKANLAH KAMI DARI SEGALA ANGKARA AZAB KUBUR DAN JANGAN

ENGKAU JADIKAN KUBUR KAMI ITU SALAH SATU LUBANG DARI LUBANG- LUBANG NERAKA. YA ALLAH YA TUHAN KAMI, SELAMATKANLAH KAMI SEMASA DALAM

PERJALANAN MENUJU MAHSYAR, SELAMATKANLAH KAMI YA ALLAH, SEMASA

BERADA DI PADANG MAHSYAR DAN MASUKKANLAH KAMI KE DALAM TUJUH

GOLONGAN ORANG YANG MENDAPAT BAYANGAN NAUNGAN ARASY ENGKAU YA

ALLAH.


YA ALLAH YA TUHAN KAMI, AMPUNKANLAH DOSA KAMI DAN MAAFKANLAH

KESILAPAN KAMI ZAHIR DAN BATIN SEMASA KAMI DIJALANKAN HISAB, HISABKANLAH KAMI YA ALLAH DENGAN HISAB YANG SEDIKIT, BERILAH

PELUANG KEPADA KAMI UNTUK MENDAPAT SYAFAAT NABI KAMI MUHAMMAD

SAW. YA ALLAH YA TUHAN KAMI, JADIKANLAH KAMI ORANG YANG BERJAYA DALAM

HIDUP INI DAN BERJAYA MENERIMA SURATAN AMAL DENGAN TANGAN KANAN. YA ALLAH, BERILAH KESEMPATAN KEPADA KAMI MEMINUM AIR KOLAM NABI

KAMI AL KAUTHAR, SELAMATKAN KAMI SEMASA MENYEBERANGI TITIAN

SIRITAL MUSTAQIM DAN MASUKKANLAH KAMI KE SYURGAMU BERSAMA-SAMA

ORANG-ORANG YANG MULIA DI SISIMU YA ALLAH. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILAHIL ALIYYIL AZIM

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, APALAH KIRANYA ENGKAU AKAN LAKUKAN PADA

PETANG, SAAT DAN KETIKA INI KEPADA SEORANG HAMBAMU YANG HINA YANG

MENGAKU BERDOSA DAN BERSALAH, YANG MERAYU KEPADAMU DI ATAS

KEJAHATAN, YANG BERTAUBAT KEPADAMU KERANA DOSANYA, YANG

MEMOHON KEAMPUNAN KEPADAMU KERANA KEZALIMANNYA, YANG

MENGHARAP KEMAAFANMU KERANA KESILAPANNYA, YANG MERAYU KEPADAMU

SUPAYA TERCAPAI SEGALA HAJATNYA, YANG MENGHARAPKAN LIMPAHAN

RAHMATMU PADA TEMPAT WUQUF INI, WALAUPUN DENGAN DOSA YANG

BEGITU BANYAK LAKSANA BUIH DI LAUTAN. YA ALLAH KAMI SEKELIAN KELUAR MENUJU KEPADAMU DAN BERHENTI DI

PERKARANGAN RUMAHMU, KEPADAMULAH KAMI MELETAKKAN SEGALA

HARAPAN KAMI, KEPADAMULAH KAMI MEMOHON KEMURAHAN RAHMAT, KAMI

TAKUT KEPADA DOSA KAMI, OLEH ITU KEPADAMULAH KAMI BERLINDUNG DARI

BENCANA DOSA KAMI. YA ALLAH YA TUHAN KAMI, ENGKAULAH YANG MEMILIKI SELURUH HAJAT

ORANG-ORANG YANG MEMOHON, YANG MENGETAHUI SELURUH KANDUNGAN

HATI ORANG-ORANG YANG MERAYU MERINTIH PADAMU

YA ALLAH, ENGKAU TELAH SEDIAKAN SAJIAN KEPADA SETIAP TETAMU DAN

KAMI SEKELIAN ADALAH TETAMU KEPADAMU, OLEH ITU KURNIAKANLAH

SYURGA SEBAGAI SAJIANMU KEPADA KAMI. YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KURNIAKAN RAHMATMU DAN REDHAMU, MAKA

KAMI SEKELIAN DATANG BERKUNJUNG KE RUMAHMU YANG MULIA INI DAN

BERADA DI TEMPAT IBADAH YANG AGONG INI DENGAN HARAPAN MENDAPAT

RAHMAT DAN KEAMPUNANMU, OLEH ITU JANGANLAH HAMPAKAN HARAPAN

KAMI SEMUA YA ALLAH.


YA ALLAH YA TUHAN KAMI, PERKENANKANLAH PERMOHONAN KAMI INI, MUSTAJABKANLAH DOA KAMI INI YA ALLAH, DENGAN BERKAT NABI KAMI

MUHAMMAD SAW. DAN DENGAN BERKAT AMALAN KAMI YANG PALING IKHLAS

KEPADA MU YA ALLAH. ALLAHHUMMA YA ALLAH, WA YA SAMIA ASSHOUT. TIDAK MUNGKIN KAKI KAMI MAMPU MELANGKAH KE TEMPAT INI

KECUALI ENGKAU YANG MENGUATKAN

TIDAK MUNGKIN TERGERAK DI HATI KAMI INGIN MENUNAIKAN HAJI

KECUALI ENGKAU YANG MENGGERAKKAN

TIDAK MUNGKIN SERINGGIT PUN KAMI MILIKI KECUALI ENGKAU YANG

MEMBERIKAN

TIDAK MUNGKIN KAMI SIHAT KECUALI ENGKAU YANG MENYIHATKAN

TIDAK MUNGKIN KAMI DAPAT MEMBANTU TUBUH INI BERWUDUK

KECUALI ENGKAU YANG MENGAJARKAN

TIDAK MUNGKIN LIDAH INI DAPAT MENYEBUT NAMAMU

KECUALI ENGKAU YANG MEMBIMBING YA ALLAH

BETAPA RAMAI MAKHLUK YANG ENGKAU CIPTAKAN BETAPA

SEDIKIT YANG BERADA DI ARAFAH INI YA ALLAH

YA RABBI

DENGAN APA KAMI MENSYUKURI NIKMAT HAJI INI YA ALLAH

KECUALI BERHARAP KEPADAMU

TERIMALAH HAJI KAMI INI YA ALLAH

TERIMALAH HAJI KAMI INI YA ALLAH

TERIMALAH HAJI KAMI INI YA ALLAH

الَهم اََْْا حْال مبرارال اسَيال مْكارال اذْبال مغفارال اَمال صالحا

مِباال اّْارُ لن ّبار يا َزيز يا غفار يا رِ الَالمين

RABBANA ZOLAMNA ANFUSANAA WA ILLAM TAGHFIRLANAA

WATARHAMNA LANA KUUNANNA MINAL KHOSIRIN. YA ALLAH, AMPUNI SELURUH DOSA-DOSA KAMI

ENGKAU MENJANJIKAN HAJI YANG MABRUR

BERSIH DARI DOSA SEPERTI BAYI YANG BARU DILAHIRKAN ALANGKAH

INDAHNYA JIKA KAMI ENGKAU PILIH DEMIKIAN YA ALLAH

YA ALLAH, ENGKAU MAHA MENGETAHUI BETAPA MENDERITANYA DIRI

KAMI DENGAN LUMURAN DOSA

BETAPA SENGSARANYA HIDUP KAMI DENGAN MENUTUPI AIB

BETAPA HINANYA DIRI KAMI DENGAN MAKSIAT


BERSIHKAN KAMI YA ALLAH

BERSIHKAN DOSA KAMI YA ALLAH

AMPUNI DOSA KAMI KEPADA ORANG TUA KAMI

AMPUNI JIKALAU MEREKA MENYESAL MELAHIRKAN KAMI

AMPUNI DOSA KAMI KEPADA KELUARGA KAMI YA ALLAH, KEPADA ANAK-ANAK KAMI

JANGAN BIARKAN MEREKA MENUNTUT KAMI DI AKHIRAT BERIKAN

KESEMPATAN BAGI KAMI MEMPERBAIKI SEGALANYA. RABBANA HABLANAA MIN AZWAAJINAA WADZURRIYYATINA

QURROTA A’YUN, WAJ’ALNAA LILMUTTAQIINA IMAMA. AMPUNI YA ALLAH JIKA DI SEKUJUR TUBUH KAMI ADA HARTA HARAM DI

RUMAH KAMI BANYAK BARANG HARAM

PADAHAL ENGKAU MENGHARAMKAN KE SYURGA BAGI YANG

DITUBUHNYA ADA DAGING HARAM

BERIKANKESEMPATAN KAMI UNTUK MENYUCIKAN DIRI DARI

HARTA HARAM YA ALLAH

JAUHKAN SEJAUH-JAUHNYA YA ALLAH

CUKUPI DIRI KAMI DENGAN REZEKIMU YANG HALAL

YA ALLAH AMPUNI JIKALAUKAMI SERING MENZALIMI

HAMBA-HAMBAMU YANG LEMAH

BERIKAN KESANGGUPAN BAGI KAMI UNTUK TERPELIHARA DARI

KEZALIMAN

YA SAMIUL ALIM, WAHAI YANG MAHA MENDENGAR, HANYA

ENGKAULAH TUMPUAN HARAPAN KAMI

JADIKAN KAUM MUSLIMIN INI MENJADI SUAMI YANG BENAR

MENJADI AYAH YANG JUJUR

MENJADI LELAKI YANG SOLEH

JADIKAN KAUM MUSLIMAH INI MENJADI ISTERI YANG SOLEHAH

MENJADI IBU YANG SOLEHAH

MENJADI MUSLIMAH YANG TERPELIHARA

KURNIAKAN KEPADA KAMI YA ALLAH, KETURUNAN YANG LEBIH BAIK DARI KAMI

LINDUNGI DARI KEDERHAKAAN DAN KEHINAAN DUNIA DAN AKHIRAT

YA ALLAH BERKATILAH SISA UMUR KAMI

BERKATILAH REZEKI YANG ENGKAU KURNIAKAN KEPADA KAMI

BERKATILAH ILMU YANG ENGKAU KURNIAKAN

BERKATILAH SISA UMUR INI

ALLAHUMMAGHFIR LILMU’MININ WAL MU’MINAT MUSLIMIN WAL

MUSLIMAT, AL AHYAAI MINHUM WAL AMWAAT..


YA ALLAH SELAMATKAN UMAT ISLAM YA ALLAH

SELAMATKAN UMAT ISLAM YA ALLAH

JANGAN BIARKAN ENGKAU SAKSIKAN KAMI TERHINA SEPERTI INI

PERSATUKAN HATI KAMI YA ALLAH

BANGKITKAN PARA PEMIMPIN YANG MENCINTAIMU DAN MENCINTAI

UMATMU

TOLONGLAH SAUDARA KAMI YANG TERANIAYA DI PENJURU MANA PUN

YA ALLAH

JANGAN BIARKAN KAUM ZALIM BERJAYA ATAS KAUM BERIMAN YA ALLAH

JANGAN BIARKAN KAUM YANG INGKAR KEPADAMU MENZALIMI KAUM YANG

BERSUJUD KEPADAMU

BANTULAH SAUDARA KAMI PEJUANG-PEJUANG ISLAM DAN UMAT ISLAM DI

PALESTIN, AFGHANISTAN DAN SELURUH PEJUANG AGAMAMU. DIMANA JUA

MEREKA BERADA YA ALLAH MEREKA DALAM GENGGAMANMU YA ALLAH

YA ALLAH CEGAHLAH KEZALIMAN KE ATAS UMATMU YA ALLAH

YA ALLAH SELAMATKAN NEGERI KAMI YA ALLAH

ENGKAULAH YANG MAHA TAHU KEADAAN NEGERI KAMI

JANGAN BIARKAN UMATMU SERAMAI INI DITINDAS DAN DIHINA

BANGKITKAN YA ALLAH

JADIKAN NEGERI KAMI NEGERI YANG MEMANCARKAN CAHAYA ISLAM

MENJADI NEGERI YANG RAHMATAN LIL’ALAMIN

YA ALLAH KURNIAKAN KEPADA KAMI PEMIMPIN YANG SOLEH

PARA PEMIMPIN YANG MENCINTAI UMATMU

PARA PEMIMPIN YANG TEGUH HIDUP DI JALANMU

PARA PEMIMPIN YANG BENAR-BENAR MENJADI SURI TAULADAN

BAGIKAMI

YA ALLAH YANG MAHA AGUNG

UNDANGLAH KAMI, KELUARGA KAMI DAN KETURUNAN KAMI, DENGAN

ORANG-ORANG YAG BERBUAT BAIK KEPADA KAMI

YA ALLAH, IZINKAN KELAK KAMI BERTEMU DENGAN MU YA ALLAH

BERTEMU DENGAN RASULMU

BERTEMU DENGAN KEKASIH-KEKASIHMU

RABBANA AATINA FIDDUNYA HASNAH WAFIL AKHIRATI

HASANAH WAQINA A’ZABANNAR

RABBANA TAQOBBAL MINNA INNAKA ANTA SAMIUL’ALIM WATUB

ALAYNA INNAKA ANTATTAWABURRAHIM. SUBHAANA RABBIKA

RABBIL ‘IZZATI ‘AMMAA YAASHIFUUN WASALAMUN ALAL MURSALIN

WALHAMDULILLAHIRABBIL ALAMIN

Saturday, May 21, 2022

Tumbung kelapa

Mengalami Masalah Penyakit kulit (eczema) kulitnya mengelupas2. 
Pertama cari kelapa yang dah tumbuh.  
Ambil tumbung dan dibland sehingga hancur. 
Kemudian bacakan surah Al-Fatihah tujuh kali, Ayat kursi dan tiga Qul.
Setelah dibacakan sapu tempat yang gatal ketiga hendak tidur.
Bagi yang gatal-gatal disebabkan santau/sihir pun boleh guna kaedah ini. Ulang sehingga nampak perubahan.
Tombong kelapa sebenarnya kaya khasiat dan elok diamalkan dimakan.

Antara Khasiatnya:

Fikiran jadi lebih tenang
Menguatkan daya otak
Mencegah selsema
Menurunkan kadar tekanan darah tinggi
Mengatasi sukar tidur
Melegakan batuk kering
Kesihatan mata
Melegakan sakit kepala
Cegah radang selaput otak
Cegah Penyakit Lumpuh
Perkuatkan tulang dan gigi
Cegah Penyakit jantung
Cegah Penyakit hati
Dan lain-lain penyakit boleh cuba ikhtiar.

Ilmu ini milik Allah swt..saya hanya berusaha. Ini hanya sebagai salah satu ikhtiar bagi menghindari / merawat segala Penyakit yang ada di dalam tubuh badan kita.
Sesungguhnya Allah yang maha melindungi dan menyembuhkan.